Thursday, March 12, 2015
Perhatikan ayat berikut:
{يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ قَالُوا بَلَى وَلَكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْأَمَانِيُّ حَتَّى جَاءَ أَمْرُ اللَّهِ وَغَرَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ
“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: "Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kalian?" Mereka orang-orang mukmin menjawab: “Ya Benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri dan kalian menunggu dan kalian ragu-ragu serta ditipu oleh angan-angan kosong sehingga datanglah ketetapan Allah; dan kalian telah ditipu terhadap Allah oleh (syaitan) yang amat penipu.” (Surah Al Hadid : Ayat 7)
KESIMPULAN :
Menunda-munda amal adalah tipuan iblis. Menunda-nunda amal adalah sifat dominan kaum munafik. Menunda-nunda amal akan mengakibatkan seseorang terlena sampai ajal menjemputnya, sedangkan ia masih belum beramal.
قَالَ سَهْلُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ: الْجَاهِلُ مَيِّتٌ، وَالنَّاسِي نَائِمٌ، وَالْعَاصِي سَكْرَانُ، وَالْمُصِرُّ هَالِكٌ، وَالْإِصْرَارُ هُوَ التَّسْوِيفُ، وَالتَّسْوِيفُ أَنْ يَقُولَ: أَتُوبُ غَدًا، وَهَذَا دَعْوَى النفس، كيف يتوب غدا وغدا لَا يَمْلِكُهُ!.
“Sahl bin Abdullah r.a berkata: “Seorang yang bodoh itu adalah (seperti) orang mati, seorang yang lupa adalah (seperti) orang yang tidur, seorang yang bermaksiat adalah (seperti) seorang yang mabuk, seorang yang selalu terus menerus bermaksiat adalah (seperti) seorang yang binasa, dan terus-menerus adalah menunda-nunda, dan menunda-nunda adalah seseorang berkata: “Aku akan bertaubat esok”, dan ini adalah pengakuan diri, bagaimana ia akan bertaubat esok, padahal esok ia tidak (dapat menjamin) memilikinya.” (Kitab Tafsir Al Qurthubi, 4/211)
Wallahu a'lam...

Tuesday, March 10, 2015
KUALA LUMPUR 10 MAC- Polis menahan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berhubung Himpunan Menyokong Pembebasan Anwar Ibrahim #KitaLawan di ibu negara, Sabtu lalu,
Difahamkan beliau ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman, menjadikan empat pemimpin parti itu ditahan setakat ini.
Rafizi ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di Kuala Lumpur untuk membuat laporan tentang isu 1Malaysia development Berhad (1MDB).
Ahli Parlimen Pandan itu ditahan kira-kira jam 7 petang selepas memberi keterangan berkaitan syarikat pelaburan berkenaan.
Polis hari ini turut menahan Anggota Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di bawah tuduhan yang sama.
Ahad lalu, polis menahan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang lagi pemimpin AMK, Saifullah Zulkifli sehari sebelum itu. Laporan media memetik peguam Nik berkata, Ketua AMK itu dijangka dibebaskan malam ini
Sunday, March 1, 2015
SYUKUR
Woi TT.. hang bukan tau cara nak stim dgn agama.. hang try suruh kawan hang bersyukur.. yentu dia akan tutup mulut dan x reti nak menjawab dah.. Inilah yg ostat2 dan mufti2 suka.. cara nak checkmate orang melayu paling cool..
suruh mereka bersyukur.. jika mengomel dan marah2.. tekankan lagi konsep bersyukur.. aku suka cara cool ini untuk mengjepalabutuhkan orang.. Mari kita cuba.. hang blom tau lagi nikmat mengkepalabutuhkan orang ni TT.. syiok woo.. on BOSAN DENGAN PEJUAL AGAMA
Tuesday, February 24, 2015
UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
KENYATAAN MEDIA
24 FEBRUARI 2015
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
Hari ini merupakan hari ke-15 ayahanda kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan agar ayahahanda kami dibebaskan dari penjara.
Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dan dihukum penjara selama 5 tahun. Jesteru itu ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik.
Kami telah mengemukakan segala fakta-fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar untuk diteliti secara menyeluruh melalui petisyen tersebut.
Oleh yang demikian, kami dengan meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
Wednesday, February 18, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)