Tulahan
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Abu Ubaidah bin Al-Jarrah maut bersama rakyat dan tenteranya hadapi bencana Nama sebenarnya adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri al-Quraisy al-Makki. Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga, memiliki wajah yang berseri, tampan orangnya tinggi lampai, tidak gempal dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra, tawaddhu' dan pemalu. Namun, di saat yang genting beliau bagaikan singa yang mencari mangsa. Kualiti iman dalam dirinya dapat kita ketahui melalui sabda Baginda Nabi S.A.W, “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” - Riwayat al-Tirmizi Abdullah bin ‘Umar pernah menjelaskan perwatakan Abu Ubaidah ini, “Tiga lelaki Quraish yang paling berseri wajahnya, paling baik akhlaknya, dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakr, Uthman bin ‘Affan dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” Manakala diriwayatkan yang dinayatakan oleh Saidatuna Aishah R.A.H, beliau berkata, “Rasulullah S.A.W pernah ditanya, Siapa yang engkau cintai (dari golongan laki-laki)?” Baginda menjawab, “Abu Bakar.” Lalu ditanyakan kepada Baginda lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” - riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. Dalam riwayat lain mengatakan bahawa Umar al Khattab. Abu Ubaidah bin al-Jarrah dilahirkan di Makkah, di dalam sebuah rumah keluarga suku Quraish yang dihormati dan disegani oleh pemuka kabilah masyarakat Arab. Meskipun demikian, Abu Ubaidah juga tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam, agama yang menjadi ancaman kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu. Abu Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu Ubaidah. Pengislaman Abu Ubaidah disaksikan Abdul Rahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah S.A.W. Maka, ini bermakna Abu Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah daripada awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan ajaran yang dibawa oleh Baginda Nabi. Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan perjuangan menegakkan Islam. Ketika Baginda Rasulullah mengizinkan umat Islam berhijrah ke Habsyah, beliau turut serta berhijrah ke sana bersama rombongan Muslim yang lain di saat gelombang kedua kekejaman musyrikin Quraish demi menyelamatkan aqidahnya. Walaupun Abu Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling mencabar yang dihadapinya adalah ketika perang Badar di mana dugaan ini benar-benar melampaui jangkaan dan khayalan. Ketika peperangan itu, Abu Ubaidah menyerang musuh-musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan mencari syahid dan tidak takutkan mati. Semangat kepahlawanan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mereka berwaspada dan cuba mengelak daripada bertempur dengan Abu Ubaidah. Dalam pada jumlah tentera Quraish yang ramai itu, ada seorang sahaja yang benar-benar ingin bertempur dan mengekang semangat kepahlawanan Abu Ubaidah itu. Keadaan ini menyebabkan Abu Ubaidah cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat kemaraan Abu Ubaidah dengan menghunuskan pedang ke arah Abu Ubaidah sehingga tiada pilihan lain lagi untuk beliau mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu Ubaidah. Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu Ubaidah terhadap bapanya sendiri : “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Al Mujadilah:22) Ketika Abu Ubaidah di medan perang Uhud, beliau adalah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah S.A.W. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka tembok yang menghalang panah dan tombak musuh. Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu Ubaidah berkata, “Biarlah saya yang mencabutnya.” Abu Bakr berundur dan memberikan laluan kepada Abu Ubaidah kerana bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Abu Ubaidah berusaha mencabutnya tetapi beliau menggunakan gigi kacipnya dengan cara menggigitnya sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan sebahagian giginya lerai ke bumi. Abu Bakr as-Siddiq R.A berkata, “Abu Ubaidah merupakan manusia rongak yang berakhlak mulia.” (rujuk dalam Siyar A'lam an Nubala') Sepeninggalan Rasulullah S.A.W, Umar bin al-Khattab R.A mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Saqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiah kamu, kerana saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.” Lalu Abu Ubaidah menjawab, “Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah S.A.W menjadi imam kita di waktu solat (yakni Saidina Abu Bakr as-Siddiq R.A), oleh sebab itu kita sayugia memilih Abu Bakr menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah S.A.W.” Di sisi lain tentang kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin oleh Umar bin al-Khattab R.A hampir-hampir membebaskan Baitul Maqdis daripada belenggu Rom, Umar telah mengadakan kunjungan dan singgah ke khemah Abu Ubaidah. Namun, tidak terlihat sesuatu pun di dalamnya yang berharga kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umar pun lantas berujar kepada Abu Ubaidah, “Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?” Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini sahaja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah bin al-Jarrah menyertai dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai kesempatan besar untuk mengumpul kekayaan dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berhasil menakluki semua wilayah di negeri tersebut. Ketika wabak taun merebak di negari Syam sehingga menyebabkan ramai nyawa yang terkorban akibat penyakit itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab mengirim surat dengan tujuan memanggil kembali Abu Ubaidah, sahabat kepercayaannya. Namun, Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi, “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.” Tatkala Umar bin al-Khattab membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersamanya bertanya, “Apakah Abu Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?” “Tidak, tetapi beliau mahu menjemput kematian,” jawab Umar teresak-esak. Setelah beberapa hari, Abu Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak bertarung dengan penyakit tersebut, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya. “Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menurutinya, kamu akan sentiasa memperolehi kebajikan. Dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun sekalipun, dia tetap akan menemui kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan.” Kemudian Abu Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal, “Wahai Mu’az, imamkan mereka (menjadi ketua).” Apabila Abu Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun di hadapan rakyat dan berucap, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.” Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijriah di Jordan dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.
Saturday, December 27, 2014
Sunday, December 21, 2014
Saturday, December 20, 2014
Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan
Gambar-gambar konvoi bermotor PERKASA pertahankan kalimah Allah.
Hai perkasa. I dengar u nak pertahankan kalimah Allah. Lebih tepat you nak pertahankan kesucian kalimah Allah dari digunakan oleh mana2 pihak non muslim di malaysia be it kristian ke sapa ke seme tak boleh hanya muslim je boleh menggunakan ia.
Itulah tujuan asal you all seme berkonvoi semalam. Menggunakan motor. Konvoi bermotor nama diberi. Matlamat pertahankan kesucian kalimah Allah jadi sasaran.
Maaf, i tak dapat join. Bukan sebab busy. Atau malas. Cuma i tak cukup alim macam you all.
Terus terang. Bagi orang macam i, momantai la kristian nak guna ke apa ke nak gunakan Kalimah Allah.. dalam bible ke dalam gereja ke apa ke.. lantak la.
Itu bukan my biggest concern, currently.
Boleh dikatakan aku tak memandang non muslim ancaman kepada akidah umat islam.
Boleh dikatakan aku beranggapan ada isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan ditumpukan berbanding isu kalimah Allah itu.
Maka, begitulah aku berfikir.
Jadi, PERKASA i am so sorry because not supporting your cause. Apa pun tahniah ek, cara korang pertahankan kalimah Allah agak unik untuk direnungkan.
Well, yang harus itu harus hukumnya. Yang wajib itu wajib hukumnya. Sebelum pertahankan yang harus, marila kita mengimani yang wajib, oke? Bai. -malaysiansmustknowthetruth
ULASAN GB
Hukum kebenaran dan keadilan verjalan. Terserlah siapa "munafik" sebenar dalam masyarakat kita..
Ini lah Realiti nya..
Komen yg baik dari......Tanpa Nama berkata...
munke msia cukup bijak walau.makan dedak... naik harga tak payah bincang 2 tapi masa nak turun kena bincang 2...kah kah kah bincang sampai 7 hari 7 malam...kah kah kah... memang dasar penipu sejak turun temurun...ingat rakyat masih bodoh....ingat rakyat masih jenis sunsidi... rakyat tau apa yang dibuat munke...harta dikumpul saban hari... undang 2 diguna mengekang rakyat...ugut... dakwa ... jangan silap...jangan alpa...setiap perjuangan bagi menegak keadilan menjadi sejarah... munke hidup kaya raya... apa pun buat lah drama lakon lah setakat mana mampu..jadi pelakon terbaik... kah kah kah semua menjadi perhatian rakyat kah kah kah jangan nak.tumpang hidup...jangan jadi free loader... jangan makan tanggung berak cangkung... hidup biar ada maruah diri...biar ada jati diri sebagai manusia berakal kah kah kaj
Thursday, December 18, 2014
AKHIRNYA IMPERIALIS UNDUR
KOMENTAR
rakyat CUBA
dibawah parti komunis
yang dipimpin oleh CASTRO dan CHE
telah angkat sejata
berjaya menggulingkan
ditaktor batista
pada tahun 1959 SOSIALIS CUBA lahir
republik sosialis cuba
dikatakan mengancam amerika
yang tak jauh dari cuba
imperialis amerika telah melakukan:
pelbagai keganasan
pelbagai taktik
pelbagai sabotaj
pelbagai kempen
pelbagai bentuk boikot
pelbagai bentuk tekanan
pelbagai bentuk larangan
untuk menjatuhkan
republik sosialis cuba
puluhan kali cuba diserang
belasan kali castro cuba dibunuh
ledakan demi ledakan dilakukan
ajen ajen amerika merusuh
soldadu upahan menyerang
cuba tegak berdiri
sebagai sebuah negara merdeka
CUBA menjadi contoh
untuk warga dunia ketiga
hari ini republik cuba:
pengeluar doktor terbanyak dunia
teknoloji mata terulung dalam dunia
nisbah warga dengan doktor paling kecil
negara paling banyak ilmuan
negara sifar buta huruf
negara jaguh sukan dunia
negara pemusik latin
cha cha rumba dan samba adalah cuba
di cuba ada 627 dan 94 doktor gigi
untuk 100,000 warga
di amerika ada 225 doktor dan 54 doktor gigi
untuk 100,000 warga
perubatan percuma di cuba
perubatan wajib bayar di amerika
cuba menjadi contoh kepada amerika latin nicaragua bolivia venuezula
hinduras dan dan dan
semua menCUBAkan
ekonomi mereka
hari ini dua musuh ketat
cuba dan amerika
telah memulakan sejarah baru
memulakan hubungan berbaik-baik
kita lihat dan tunggu
NOTA
hanya ini sahaja yang dapat
dilakukan oleh obama
untuk menebus kejahatan
dan kerosakan dunia
yang telah dilakukan
dengan harapan sejarah
akan mengingati obama
Obama and Raúl Castro thank pope for breakthrough in US-Cuba relations
Barack Obama and Raúl Castro have thanked Pope Francis for helping broker a historic deal to begin normalising relations between the United States and Cuba, after 18 months of secret talks over prisoner releases brought a sudden end to decades of cold war hostility.
Ralat:Nabi Muhammad s.a.w. dgn segala mukjizat dianugerah Allah SWT, pun perlu 23 tahun untuk membawa musyrikin pd Islam dan gagal untuk mengislamkan semuanya termasuklah bapa saudaranya sendiri. Apakah kelebihan yg ada pd sang menantu ini boleh lakukan untuk memberikan kefahaman Islam pd yg bukan Islam dlm masa yg singkat pula? Hebat sangatkah dia tu?
Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat
HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).
"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.
"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.
"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -Bernama (9/5/2012)
pasal hudud,pasal sebat ni memang ada sebut dlm quran ,tapi yg paling banyak sebut dlm quran bantu org miskin,tolong anak yatim,kasih sayang,lebih banyak di sebut,aku tak le pandai tapi aku tahu bahawa islam ni di turun ada lah lebih banyak membawa rahmat pada sekelian alam,hudud tu wajib tapi mene ntang kezxaliman kertajaan yg yg menekan kehidupanm rakyat terutama2 rakyat2 yg miskin yg nak makan pun kadang takde,nak berbelanja anak2 sekolah pun takde,bayar rawatan kos hospital puin tak mampu,rasa2 aku lah yg lebih penting,rahmatan lil alamin,wallahualam
dia mcm ni..taraf hidup perlu diperbaiki terlebih dahulu.. dah baik, rakyat miskin tiada then baru buat hudud..ini korang tak buat ape2 kemudian mahu laksanakan hudud..rakyat mencuri sebab taraf hidup kat malaysia ni susah..ditekan sana sini..budak melayu mengentot sebab ape ? sebab nak kawin kene byr smpi 20k dan sebagainya.. lepas tu budak2 tu buat salah ko terus nak hududkan dia.. aku sokong 100% hudud.. cuma ada perkara major yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. cuba lah fikir sket wey.. korang yg duk atas tu boleh la.. makan gaji..duit ada byk..nk makan senang.. semua senang..tak kira bn atau pakatan.. aku taj pernah tgok wakil rakyat pakatan atau bn hidup melarat..yang hidup melukut tepi gantang adalah rakyat .. rakyat bhai..
so aku mohon kepala-kepala pas ni fikir dulu di manakah situasi taraf hidup kita ni . adakag kita hidup senang atau susah skrg ni.. perbaiki ini dulu.. kalau kita dah hidup senang, semua rakyat tiada yang miskin.. so aku yakin akan kurang masalah2 ini.. bila dah kurang, buatlah hudud.. sebab apa, sebab kalau masih ada yang mencuri, mengentot ertinya manusia ini memang cari nahas bahkan waktu tu hidup dah cukup senang.. itu fundamentalnya..
FACE BOOK
HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).
"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.
"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.
"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -Bernama (9/5/2012)
pasal hudud,pasal sebat ni memang ada sebut dlm quran ,tapi yg paling banyak sebut dlm quran bantu org miskin,tolong anak yatim,kasih sayang,lebih banyak di sebut,aku tak le pandai tapi aku tahu bahawa islam ni di turun ada lah lebih banyak membawa rahmat pada sekelian alam,hudud tu wajib tapi mene ntang kezxaliman kertajaan yg yg menekan kehidupanm rakyat terutama2 rakyat2 yg miskin yg nak makan pun kadang takde,nak berbelanja anak2 sekolah pun takde,bayar rawatan kos hospital puin tak mampu,rasa2 aku lah yg lebih penting,rahmatan lil alamin,wallahualam
dia mcm ni..taraf hidup perlu diperbaiki terlebih dahulu.. dah baik, rakyat miskin tiada then baru buat hudud..ini korang tak buat ape2 kemudian mahu laksanakan hudud..rakyat mencuri sebab taraf hidup kat malaysia ni susah..ditekan sana sini..budak melayu mengentot sebab ape ? sebab nak kawin kene byr smpi 20k dan sebagainya.. lepas tu budak2 tu buat salah ko terus nak hududkan dia.. aku sokong 100% hudud.. cuma ada perkara major yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. cuba lah fikir sket wey.. korang yg duk atas tu boleh la.. makan gaji..duit ada byk..nk makan senang.. semua senang..tak kira bn atau pakatan.. aku taj pernah tgok wakil rakyat pakatan atau bn hidup melarat..yang hidup melukut tepi gantang adalah rakyat .. rakyat bhai..
so aku mohon kepala-kepala pas ni fikir dulu di manakah situasi taraf hidup kita ni . adakag kita hidup senang atau susah skrg ni.. perbaiki ini dulu.. kalau kita dah hidup senang, semua rakyat tiada yang miskin.. so aku yakin akan kurang masalah2 ini.. bila dah kurang, buatlah hudud.. sebab apa, sebab kalau masih ada yang mencuri, mengentot ertinya manusia ini memang cari nahas bahkan waktu tu hidup dah cukup senang.. itu fundamentalnya..
FACE BOOK
di Kala orang bukan islam mempamerkan konsep kasih sayang, ada sebilangan orang Islam pula pamerkan kebencian, perkauman dan permusuhan.
di waktu orang bukan islam sedang berusaha mempamerkan budaya debat dan wacana tentang agama, ada jabatan-jabatan agama Islam menggunakan kuasa halang budaya wacana yang melibatkan islam.
Sebagai orang islam, saya malu dengan budaya sebilangan orang-orang islam yang pamerkan tindakan memalukan imej Islam ini. Islam yang saya fahami, amat bermaruah dan cukup indah. Bukan seperti yang mereka pamerkan
ISLAM ITU INDAH
.Cakap islam itu indah tapi nasih menindas penganut agama lain.apalah kita dapat dengan merampas kitab agama lain.apakah kita mahu jadi monyet terkinja2 membuat bantahan dikedutaan negara yang buat perkara yang sama dengan merampas alquran, mengecop kitab dan melarang penyebaran islam dikalangan kafir?
ISLAM ITU INDAH
.Cakap islam itu indah tapi nasih menindas penganut agama lain.apalah kita dapat dengan merampas kitab agama lain.apakah kita mahu jadi monyet terkinja2 membuat bantahan dikedutaan negara yang buat perkara yang sama dengan merampas alquran, mengecop kitab dan melarang penyebaran islam dikalangan kafir?
Subscribe to:
Posts (Atom)








.jpg)
.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
