HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).
"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.
"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.
"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. -Bernama (9/5/2012)
pasal hudud,pasal sebat ni memang ada sebut dlm quran ,tapi yg paling banyak sebut dlm quran bantu org miskin,tolong anak yatim,kasih sayang,lebih banyak di sebut,aku tak le pandai tapi aku tahu bahawa islam ni di turun ada lah lebih banyak membawa rahmat pada sekelian alam,hudud tu wajib tapi mene ntang kezxaliman kertajaan yg yg menekan kehidupanm rakyat terutama2 rakyat2 yg miskin yg nak makan pun kadang takde,nak berbelanja anak2 sekolah pun takde,bayar rawatan kos hospital puin tak mampu,rasa2 aku lah yg lebih penting,rahmatan lil alamin,wallahualam
dia mcm ni..taraf hidup perlu diperbaiki terlebih dahulu.. dah baik, rakyat miskin tiada then baru buat hudud..ini korang tak buat ape2 kemudian mahu laksanakan hudud..rakyat mencuri sebab taraf hidup kat malaysia ni susah..ditekan sana sini..budak melayu mengentot sebab ape ? sebab nak kawin kene byr smpi 20k dan sebagainya.. lepas tu budak2 tu buat salah ko terus nak hududkan dia.. aku sokong 100% hudud.. cuma ada perkara major yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. cuba lah fikir sket wey.. korang yg duk atas tu boleh la.. makan gaji..duit ada byk..nk makan senang.. semua senang..tak kira bn atau pakatan.. aku taj pernah tgok wakil rakyat pakatan atau bn hidup melarat..yang hidup melukut tepi gantang adalah rakyat .. rakyat bhai..
so aku mohon kepala-kepala pas ni fikir dulu di manakah situasi taraf hidup kita ni . adakag kita hidup senang atau susah skrg ni.. perbaiki ini dulu.. kalau kita dah hidup senang, semua rakyat tiada yang miskin.. so aku yakin akan kurang masalah2 ini.. bila dah kurang, buatlah hudud.. sebab apa, sebab kalau masih ada yang mencuri, mengentot ertinya manusia ini memang cari nahas bahkan waktu tu hidup dah cukup senang.. itu fundamentalnya..
FACE BOOK
No comments:
Post a Comment