Monday, July 2, 2012















SELAMAT TINGGAL BARISAN 

NASIONAL

Melayu mudah lupa. Sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad. Taburan penduduk Malaysia  mengikut kaum nampak sekata. Cina monopoli kawasan bandar, India kawasan perladangan dan Melayu pinggir bandar dan perkampungan.


Carta pengundi jika dikaji, masyarakat Cina  sudah tidak lagi memberi undi kepada MCA/UMNO/BN begitu juga kaum India, undinya tidak lagi kearah MIC/UMNO/BN. Bagaimana pula orang Melayu?






Umum mengetahui mereka yang menganggotai UMNO adalah mereka yang berpendidikan pertengahan dan sekular,  cerdik pandai dan berpendidikan agama tidak terarah kepada UMNO/BN kecuali mereka yang berkepentingan.


Penyokong tegar UMNO/BN yang ada sekarang ini hanya mereka yang berumur dan golongan belia sudah tidak berminat kepada Barisan Nasional.




Kenyataan terbaru Mahathir, kemenangan BN bergantung undi maysarakat Cina. Jika masyarakat Cina tidak lagi memilih MCA, bermakna BN akan tumbang mandatori.  Pada pandangamn BN, masyarakat India tidak dapat menolong memenangkan calon BN, apakah nasib masyarakat India selepas ini jika BN masih meneraju negara?








Keadilan dalam berpolitik yang diamalkan dalam BN sekarang ini nampak kabur. Persepakatan BN sudah beralih arah. UMNO dengan aktivitinya, MCA dan GERAKAN membawa haluan sendiri, MIC nampak macam berkubur. Memang benarlah, PRU 13 menuju ke arah perkauman sebagaimana kata Mahathir ( apa yang dilapurkan dalam Sinar harian )


Pakatan Rakyat satu-satunya parti berasaskan pelbagai kaum  dan sewajarnya masyarakat Melayu, Cina dan India mendokong parti berkenaan. Tambahan pula dasar yang diperjuangkannya tidak bersifar perkauman.  Didokong oleh DAP yang mana keahliannya juga dari pelbagai kaum.




PAS satu-satunya parti berasaskan keagamaan yang ada di Malaysia yang berjuang menegakkan syiar Islam. Keanggotaannya terbuka kepada perbagai kaum yang beragama Islam, tidak berteraskan Melayu sahaja. Ianya dibantu oleh kelab penyokong PAS.


Penelitian Pilihanraya Umum Ke 13 yang bertempuh matang sembilan ( 9 ) bulan lagi nampaknya BN akan berakhir di Putrajaya kecuali mendapat bantuan rakan seperjuangannya di Sabah dan Sarawak. Pengundi di Sabah dan Sarawak beralih arah ke Pakatan Rakyat.........  SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL.   BARISAN NASIONAL DALAM KENANGAN.




Assalamualaikum wbt
salam sejahtera
...hby............

Sunday, June 10, 2012


Nuffnang Ads



Pahlawan Islam hebat terhumban ke neraka

Satu hari, pertempuran berlaku di antara pihak Islam dengan Musyrik. Kedua-dua pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan satu sama lain.

Tiba saatnya, pertempuran dihentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana, Nabi Muhammad SAW dan sahabat berkumpul untuk membincangkan pertempuran terbabit.

Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka kagum dengan seorang daripada sahabat mereka iaitu Qotzman.

Ketika bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti singa lapar membaham mangsanya. Keberaniannya menyebabkan dia menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman" kata seorang sahabat.

Mendengar perkataan itu, Rasulullah SAW mencelah: "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Sahabat yang mendengarnya menjadi hairan dengan jawapan baginda.

Bagaimana seorang yang berjuang dengan gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Mereka berpandangan sesama sendiri apabila mendengar penjelasan baginda.

Rasulullah sedar mereka tidak percaya dengan penerangannya lantas mengatakan: "Ketika Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman mengalami luka parah akibat tikaman musuh.

"Badannya dipenuhi darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya.

"Dia melakukan perbuatan itu kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya tetapi membunuh dirinya.

"Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka dia akan masuk syurga. Namun dia menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah SAW lagi, sebelum mati, Qotzman ada mengatakan: "Demi Allah, aku berperang bukan kerana agama tetapi sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.

"Aku berperang hanya untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat ini dirawikan oleh Luqman Hakim.

Friday, June 8, 2012


Apa Khabar Orang Kampung

Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera ,
 Mengharungi Lautan Luas ,
Bertemankan Badai disisi…..



Masih Terhot !!! isu Beku PTPTN: 

Khaled bakal senasib Khir Toyo...Sah !!

 Rakyat Selangor Tolak BN ?

















Umno telah memukul gendang menandakan bermulanya perang habis-habisan terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan menjadikan anak-anak muda di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) sebagai tebusan. Menteri Pengajian Tinggi mengarahkan permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu Unisel dibekukan. Timbalan Perdana Menteri pula menyokong tindakan pembekun ini. Datuk Seri Noh Omar pula memberi kata dua-sama ada PKR mengaku silap isu pendidikan percuma atau pelajar menangung sengsara. Terbaharu, PTPTN membenarkan pelajar Unisel memohon pinjaman pendidikan hanya selepas beberapa hari isu ini mendapat liputan meluas media massa. Keputusan flip flop ini mungkin tidak tahan dengan desakan dan kecaman pelbagai pihak termasuk parti komponen BN termasuk ahli Umno peringkat akar umbi yang menentangnya kerana menganiaya pelajar Melayu. Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN dan disokong pula Timbalan Perdana Menteri adalah berniat jahat yang akhirnya memakan diri sendiri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan pembekuan ini adil tetapi selepas keputusan ini ditarik balik, apakah beliau berani mengatakan tindakan menarik balik pembekuan ini sebagai tidak adil?Nampaknya kedua-dua Menteri dari Johor ini tidak tetap pendirian. Mereka mula kelam kabut kerana Johor yang menjadi kubu kuat Umno selama ini sedang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat. Pada pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat akan pastikan Johor bukan lagi deposit tetap bagi Umno BN. Kita percaya pembekuan ini ditarik balik kerana tidak tahan dengan desakan dalaman dan luaran atau juga Datuk Seri Khaled Nordin baru sedar bahawa pembekuan ini seumpama menggali kubur untuk dirinya dan Umno. Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa semua negeri di Malaysia berhak mendapat peluang pendidikan yang saksama, tidak kira negeri itu ditadbir oleh pembangkang atau pemerintah yang menepati konsep Federalisme. Rakyat Selangor atau penduduk di Selangor membayar cukai lebih RM90 billion kepada Persekutuan atau 23% daripada pendapatan negara. Bagaimanapun, hanya RM370 juta sahaja diagihkan kepada Selangor dalam bentuk pelaburan pembangunan. Nilai ini sama sekali tidak sepadan dengan sumbangan yang diberikan Selangor kepada pembangunan negara. Jelas sekali, Persekutuan mengamalkan diskriminasi melampau terhadap Negeri Selangor. Kita sedar Umno BN sangat terdesak untuk merampas semula Selangor. Namun, tindakan zalim membekukan pinjaman PTPTN adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara. Tindakan ini menampakkan Umno BN telah mula beralih fokus kepada mempertahankan Kerajaan Pusat kerana keyakinan untuk dapatkan semula Selangor semakin tiada harapan. Umno BN telah berpatah arang untuk merampas semula Selangor. Kita berterima kasih kepada Khaled Nordin yang juga disebut-sebut bakal menggantikan Dato’ Abdul Ghani Othman, Muhyiddin dan Noh yang telah menggagalkan transformasi yang dicanang Perdana Menteri. Selepas ini, Khaled Nordin akan dijadikan kambing hitam sebagai punca kekalahan Umno BN, nasib yang sama dialami Dr Khir Toyo. * Faekah Hussin, Penulis adalah Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor. Syabas Rakyat Selamgor..