SELAMAT TINGGAL BARISAN
NASIONAL
Perencah whb
Carta pengundi jika dikaji, masyarakat Cina sudah tidak lagi memberi undi kepada MCA/UMNO/BN begitu juga kaum India, undinya tidak lagi kearah MIC/UMNO/BN. Bagaimana pula orang Melayu?
Umum mengetahui mereka yang menganggotai UMNO adalah mereka yang berpendidikan pertengahan dan sekular, cerdik pandai dan berpendidikan agama tidak terarah kepada UMNO/BN kecuali mereka yang berkepentingan.
Penyokong tegar UMNO/BN yang ada sekarang ini hanya mereka yang berumur dan golongan belia sudah tidak berminat kepada Barisan Nasional.
Pakatan Rakyat satu-satunya parti berasaskan pelbagai kaum dan sewajarnya masyarakat Melayu, Cina dan India mendokong parti berkenaan. Tambahan pula dasar yang diperjuangkannya tidak bersifar perkauman. Didokong oleh DAP yang mana keahliannya juga dari pelbagai kaum.
Penelitian Pilihanraya Umum Ke 13 yang bertempuh matang sembilan ( 9 ) bulan lagi nampaknya BN akan berakhir di Putrajaya kecuali mendapat bantuan rakan seperjuangannya di Sabah dan Sarawak. Pengundi di Sabah dan Sarawak beralih arah ke Pakatan Rakyat......... SELAMAT TINGGAL BARISAN NASIONAL. BARISAN NASIONAL DALAM KENANGAN.
Assalamualaikum wbt
salam sejahtera
...hby............
No comments:
Post a Comment