Thursday, January 1, 2015

3 hrs · Edited · 
Kita tahu air dari Sg.Galas dan Sg.Lebir bertemu dengan air di Sg.Kelantan(248KM) di Kuala Krai sebelum mengalir melalui Bandar Machang, Tanah Merah, Pulai Chondong, Ketereh, Pasir Mas, dan akhirnya melalui Kota Bahru dan Tumpat sebelum keluar ke laut melalui Pulau Aur.
Air dari Sg.Galas(178KM) juga melalui Jeli dan Gua Musang dan kemudiannya bertemu dengan Sg. Beris manakala air dari Sg.Lebir(91KM) pula yang bercantum juga dengan Sg.Kelantan mengalirkan airnya melalui Manik Urai. Ketiga-tiga bandar itu menerima musibah Banjir baru-baru ini.
Terdapat 8 anak sungai yang mengalirkan air dari Gunung Stong(1422m) ke dalam Sg.Galas berhampiran Bandar Jeli, Kuala Balah, Dabong sebelum bertemu dengan Sg.Kelantan di Kuala Krai manakala terdapat 15 anak sungai yang mengalirkan air dari Gunung Stong dan dari jajaran pergunungan tengah Negara ke Sg, Beris berhampiran Bandar Gua Musang sebelum air dari Sg.Beris itu mengalir memasuki Sg. Galas sehingga ke Kuala Krai sebelum bertemu pula di Sungai Kelantan.
Terdapat 13 anak sungai yang mengalirkan air dari sempadan Kelantan-Terengganu, dari Taman Negara Kuala Koh dan dari Gunung Tahan di Taman Negara Pahang ke dalam Sg. Lebir melalui Manik Urai sehingga ke Kuala Krai sebelum berakhir juga di Sungai Kelantan.
Kesemua Sungai di atas mencatatkan paras air Bahaya khususnya dari Sungai Galas(46.47 meter) dan Sg. Lebir(42.17 meter).
Sg.Semerak pula sejauh 27.67KM terletak di Pasir Puteh tidak berhubung dengan Sg.Kelantan tetapi mempunyai muaranya sendiri di Tok Bali untuk mengalirkan airnya keluar ke laut. Sumber air hanyalah dari bukit-bukit berdekatan dengan ketinggian kurang dari 300 meter (termasuk Bukit Peraksi). Terdapat pintu air di Sungai Semerak berhampiran Tok Bali untuk menghalang limpahan air laut ke dalam Sg.Semerak. Paras Air di Sg.Semerak hanyalah di paras Amaran sahaja.
Tuduhan yang mengaitkan punca banjir akibat pembalakan semata-mata di Tanah Tinggi Lojing di Gua Musang adalah tidak berasas sama sekali kerana paras air yang tinggi dicatatkan Sg.Galas, Sg.Lebir, Sg.Kelantan dan Sg.Golok datangnya dari beberapa anak sungai dilokasi jajaran pergunungan yang berbeza.
Taburan hujan yang sangat luar biasa (seperti yang pernah dicatatkan 17 tahun yang lalu), Fenomena 'New Moon', Monsun Had Tinggi serta Deras (Angin pada kelajuan 50-60KM/j) termasuk peningkatan aras air laut (3 meter - 5.5 meter) serta musibah banjir yang melanda 13 daerah di Narathiwat (rekod tertinggi dalam masa 9 tahun) adalah beberapa FAKTOR UTAMA punca musibah banjir yang sangat luar biasa di Kelantan.
Adakah banjir di Kuala Lumpur baru-baru ini disebabkan Pembalakan Tidak Terkawal???
Adakah banjir di Pekan Pahang juga (iaitu di Negeri PM) kita tidak ada kena mengena dengan Pembalakan Tidak Terkawal???
Semoga fokus kita ketika ini untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan tidak diganggu oleh fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap Kerajaan Negeri serta Kepimpinan Ulamak di Kelantan. Cukuplah dengan polemik politik murahan seperti ini. Mudah-mudahan proses pemulihan di Kelantan dan di Negeri lain dapat dilakukan dengan seberapa segera demi masa hadapan seluruh Rakyat di Negara ini.
Like ·  

No comments:

Post a Comment