Friday, January 30, 2015

Thursday, January 29, 2015


Buli (2)

Selepas 25 tahun PAS Kelantan mentadbir negeri dengan pelbagai teladan mulia, 
KM Penang kejutkan rakyat Kelantan, "MB tak tahu buat kerja."

Sebabnya satu, apa MB Kelantan buat saat hadapi banjir paling teruk di Kelantan sejak hampir 100 tahun?
(Prof Dato Dr yang incharge ayahanda di HUSM kini beritahu saya, HUSM Kubang Kerian dibina tapaknya oleh kajian kepakaran dari US yang mengambil kira aras banjir besar 1927)
Definasi baru demokrasi tegar KM Penang kini ialah kalau gagal hadapi banjir besar, tiada nilai mentadbir bersih rasuah. You are fired!
Contoh teladan "tahu dan boleh buat kerja' ialah kerajaan kena taburkan wang kepada NGOs dan yayasan-yayasan jenis Darul Dinar wal Dirham sebagaimana KM Penang buat di Kelantan.
(Kerajaan negeri Selangor nampaknya tak advance langsung. Kerja streotaip, stail lama. Awat pergi jumpa MB yang tak tahu buat kerja?)
ii
Saya bersyukur MB Kelantan meneruskan watak rendah diri sebagaimana ayahanda bekas MB.
Hasilnya PM Malaysia umumkan akan bina semula lebih 2000 buah rumah yang ranap akibat banjir. Pastinya ia rekod negara, kali pertama kerajaan bina rumah yang ranap akibat banjir.
Bayangkan jika MB Kelantan ambil resmi KM Penang.. berbongkak.. 'Saya tahu buat kerja.' Apa PM akan respon?
Hasilnya juga, puluhan juta ringgit berbentuk bantuan banjir tiba di Kelantan daripada seluruh rakyat Malaysia yang bersimpati dengan bala yang menimpa. Pastinya ia rekod baru negara, jalan raya Kelantan 'macet' dengan kenderaan sukarelawan dari seluruh negara!
Bayangkan jika Kelantan ditadbir oleh MB kaya, boleh buat kerja dan bongkak. Adakah Allah akan gerakkan hati seluruh rakyat Malaysia untuk berhabisan wang membantu?
(Saya dimaklumkan antara yang menghabiskan beribu-ribu wang demi bantu Kelantan ialah tauke-tauke arak di Lembah Kelang!.. walaupun mereka tahu arak dihadkan di Kelantan. Hati mereka dibuka oleh arak atau Allah??)
Untuk menyempurnakan pentadbiran demokrasi tegar versi KM Penang, sudi kiranya saya cadangkan tambahan ketiga dan keempat;
1) Bebas rasuah
2) Boleh buat kerja
3) Berlidah sederhana
4) Jangan lupa 'Umar bin Abdul Aziz' tu..
Tajuk asal artikel pendek ini ialah 'The Return Of Bully'.

Sunday, January 25, 2015


SEORANG RAJA YANG PULANG 
MENGHADAP MAHARAJA DIRAJA 
KEPADA SEGALA RAJA-RAJA DI DUNIA
Raja Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud telah selamat dikebumikan dengan panduan Sunnah Rasulullah SAW yang cukup ringkas dan sederhana.
Maka seisi dunia menyaksikan bagaimana jenazah baginda disolatkan di Masjid Jami’ Imam Turki Bin Abdullah lalu disempurnakan di Perkuburan Al-Ud Riyadh dengan:
• Tidak ada tembakan meriam
• Tidak ada bacaan surah Yaasin
• Tidak ada payung untuk jenazah
• Tidak ada taburan bunga di kubur
• Tidak ada kenduri arwah dan majlis tahlil
• Tidak ada kemenyan atau setanggi dibakar
• Tidak ada iringan muzik ketenteraan dan kebesaran
• Tidak ada doa beramai-ramai dipimpin di atas kubur
• Tidak disyaratkan berpakaian berkabung yang khusus
• Tidak ada siraman air mawar atau air Yaasin di kubur
• Tidak ada ucapan Al-Fatihah disedekahkan merata-rata
• Tidak ada tafakkur dan pengibaran bendera separuh tiang
• Tidak ada bacaan talkin dan duduk beramai-ramai di kubur
• Tidak ada binaan tembok, kubah dan makam di atas kubur
• Tidak disyaratkan pemakaian ikat kepala atau ikatan lengan yang khusus
• Tidak ada sedekah atau upah diberikan kepada rakyat yang bersolat jenazah
• Tidak ada perarakan jenazah, panji-panji dan pingat kebesaran berkilometer jauhnya
• Tidak ada batu nisan marmar berukir indah yang mahal, melainkan batu nisan simen tidak bertanda
• Tidak ada amalan menunggu kubur dengan mengkhatamkan bacaan al-Qur’an di atas kubur
• Tidak ada pentas atau tempat khas disediakan untuk kerabat DiRaja menyaksikan upacara pengebumian
• Tidak ada cuti berkabung rasmi sehari atau berhari-hari, sekolah dan pejabat kerajaan dibuka seperti biasa
• Tidak ada menunda-nunda penguburan jenazah sehingga ramai pemimpin atau ketua negara luar tidak sempat sampai
• Tidak ada tandu usungan jenazah berpedati untuk diusung puluhan orang, melainkan pengusung biasa
• Tidak ada kain baldu hijau bersulam ayat al-Qur’an menutup jenazah, melainkan menutup jenazah adalah jubah luar atau “Mishlah” yang dipakai oleh si mati ketika hidupnya
• Tiada penghormatan dengan tradisi ketenteraan seperti pemberian hormat, tiupan bugle, lagu Last Post dan tembakan segerup senapang 3 kali berturut-turut dilaksanakan
Kesemua amalan di atas tidak keluarga baginda laksana, bukan kerana tidak kuat beragama. Tidak pula mereka tinggalkan kerana mereka miskin dari segi kewangan. Bahkan baginda dan kerabat baginda merupakan antara kelompok manusia terkaya di dunia.
Sebaliknya raja yang baru, Raja Salman Bin Abdul Aziz Al-Saud dan kaum kerabat baginda bersyukur dan merasa cukup senang hati untuk melaksanakan petunjuk Nabi Muhammad SAW dalam pengurusan jenazah baginda.
“Ya Allah Rahmatilah Hamba-Mu Abdullah Bin Abdul Aziz Al-Saud. Masukkanlah Dia Ke Dalam Syurga-Mu Yang Luas”
* Inilah reality in Saudi n Parctised for their King...rhm.

Saturday, January 24, 2015

Negara seperti Malaysia tidak akan masuk syurga ataupun neraka. Mereka yang akan dihadapkan di Mahkamah Masyar di hadapan Allah pada Hari Kiamat ialah mereka yang menguruskan negara atas apa nama sekalipun. 

Jika mereka amanah dan adil seperti yang Allah perintahkan maka mereka akan selamat. Jika mereka khianat dan zalim mereka tidak selamat walau apa jenama negara sekalipun. 

Raja Najasyi Habsyah bernama Ashamah bin Abjar beriman dengan Nabi s.a.w tetapi beliau mengepalai Kerajaan Kristian Habsyah. Beliau tidak mampu mengubah kerajaannya, tetapi mampu melindungi sahabah-sahabah yang berhijrah mencari perlindungan di Habsyah dan menegakkan asas-asas keadilan untuk rakyatnya. 

Nabi s.a.w berutus surat dengan Najasyi, tetapi baginda tidak memerintahkan Najasyi meninggalkan kerajaannya. Nabi memujinya, sekalipun beliau mati di Habsyah ketika mentadbir sebuah kerajaan Kristian. 

Sabda Nabi s.a.w

“Telah mati pada hari ini seorang lelaki soleh. Bangunlah dan bersolatlah ke atas saudara kamu Ashamah (nama Najasyi)”. (Riwayat al-Bukhari).

Nabi Yusuf a.s pula pernah menjadi menteri dalam sebuah kerajaan yang pemerintah tidak beriman kepada Allah namun Nabi Yusuf mampu menegakkan keadilan.

Tapi, jika mentadbir negara bernama Islam sekalipun namun zalim dan khianat, tempatnya tetap di neraka. 

Sabda Nabi s.a.w:

“Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga” 
(Riwayat Muslim).

Ertinya, yang penting nilai Islam itu mestilah terus diterapkan oleh pentabir dalam negara ini untuk mencapai erti amanah dan adil bukan sekadar bergantung kepada takrif negara semata-mata.

Tuesday, January 13, 2015

Di Peti Dari Sumber




HENTIKAN KEGIATAN PEMBALAKAN DI KAWASAN HULU TEMBELING
Jerantut: Kerajaan negeri diminta memberhentikan kegiatan pembalakan di negeri masing-masing bagi mengelakkan musibah banjir lebih teruk sehingga menyebabkan kesusahan kepada rakyat pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, semua kerajaan negeri wajar mengkaji pemberian lesen pembalakan kerana kegiatan itu dipercayai penyumbang besar kepada kejadian banjir besar yang berlaku ketika ini.

“Penguatkuasaan peraturan pembalakan wajar ditingkatkan selain tidak sewenang-wenangnya meluluskan lesen di kawasan penampan, hulu sungai dan hutan simpanan berdekatan pusat pelancongan,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa seperti Jabatan Perhutanan dan penguatkuasa tertentu kerajaan negeri perlu bertindak lebih tegas dan tidak berdiam diri.

“Mereka perlu berani bertindak berasaskan peraturan sedia ada tanpa memilih bulu terhadap pihak tidak bertangungjawab menebang pokok dan meneroka hutan secara haram.

“Musibah banjir lumpur dan hakisan di Cameron Highlands sebelum ini sepatutnya menyedarkan semua pihak supaya menjaga alam sekitar dan khazanah biodiversiti yang menjadi tarikan pelancong serta manfaat penduduk tempatan.

“Sikap rakus dan ‘tangan-tangan gatal’ sesetengah pihak tidak bertangungjawab menggunakan kuasa dan legitimasi orang tertentu meratah hutan menjadi gondol sehingga menyebabkan banjir besar, sekali gus menyusahkan rakyat,” katanya ketika ditemui meninjau kesan musibah banjir di Kampung Belebar, Kuala Tahan, dekat sini, semalam.

Terdahulu, Shahidan meninjau kawasan Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling yang terbabit dengan musibah banjir sebelum bertemu 29 mangsa banjir di Kampung Belebar, di sini.

Hadir sama Ahli Parlimen Jerantut Ahmad Nazlan Idris.

Shahidan berkata, kejadian banjir di daerah ini menyebabkan kediaman penduduk dan pusat pelancongan terletak di persisiran Sungai Tembeling dan Sungai Pahang terjejas berpunca akibat penebangan hutan dan pembalakan komersial di kawasan hulu.

“Saya berharap kerajaan negeri memberhentikan kegiatan berkenaan dan jangan meluluskan lesen mengeluarkan kayu balak di kawasan penampan berdekatan sungai dan pusat pelancongan Taman Negara.

“Tinjauan saya dari udara, hari ini (semalam), menunjukkan hampir keseluruhan hutan Hulu Tembeling sudah diteroka dan penebangan balak berleluasa yang hampir sama seperti berlaku di Cameron Highlands, baru-baru ini,” katanya. Sumber Metro

 Wassalam, Wa'allahhualam.


Mana bukti konkrit dari kajian lapangan yang kata punca banjir dari pembalakan semata-mata??? Berapa banyak sumbangan isipadu air dari kawasan pembalakan terhadap kenaikan paras air 8-9 meter di Kelantan???
Nak stop pembalakan bukan suruh Kerajaan Negeri sahaja yang bertindak. Kerajaan Pusat juga kena gubal Dasar Perhutanan Negara (DPN), Majlis Perhutanan Negara (MPN) dan Majlis Tanah Negara(MTN). Bukankah MTN yang benarkan CTT- Catuan Tebangan Tahunan kepada setiap Kerajaan...
See More
 — with Abdul Manan and 48 others.

  • Huzir Sulaiman Not you la Jehan Bakar...Shahidan should ask all states including Sabah and Sarawak. I wonder why Sabah and Sarawak is not included in his recommendation to stop logging when Sabah and Sarawak contributes 77.70% of logging nationwide(2005-2009). Why go and attack Kelantan who only produce 6.9% of logs only??? especially when Kelantan are being denied to received royalti from oil as well.
    4 hrs · Edited · Like · 1

Monday, January 12, 2015

Di Petik Dari Sumber


KADIR JASIN KUTUK CYBERTROOPER UMNO YANG TAK BIJAK?

 Menurut Kadir Jasin, paraCybertrooper dan pecacai yang diupah Najib sebenarnya tidak bijak dalam mengehentam pengkritik Najib. Beliau mendakwa bahawa para cybertrooper yang kaya raya bukan sahaja gagal menaikkan nama najib, malahan terlalu daif untuk mengkritik apa yang akan Najib lakukan apabila keadaan ekonomi merudum dan harga minyak makin jatuh untuk menampung perbelanjaan mengimport makanan selain menghentam rakyat melalui GST.
Para pendiayah dan laskar siber wajib sedar, iaitu ketika mereka masih merangkak dalam dunia maklumat dan propaganda, para pengkritik Mohd Najib sudah pun makan sekarung garam dan kenal bos mereka dari A ke Z.
Daripada cuba membunuh pembawa khabar (the messengers) adalah lebih baik mereka tajamkan sedikit pemikiran dan jawab kritikan terhadap bos mereka satu persatu.
Kalau mereka kurang faham, biar saya beri sedikit “hint” dalam bentuk soalan, khususnya berkaitan ekonomi sebab saya yakin ramai daripada mereka tidak faham ekonomi. Antaranya:
1. Mengapakah PM tidak mengisytiharkan darurat kerana banjir besar sedangkan kerajaan mengisytiharkan darurat ketika berlaku wabak SARS pada tahun 2009 dan jerebu pada tahun 2013?
2. Bagaimanakah PM, sebagai Menteri Kewangan, hendak melestarikan (sustain) Belanjawan 2015 apabila harga minyak mentah sudah jatuh di bawah paras AS$50 setong sedangkan anggaran belanjawan adalah antara AS$100 hingga AS$105 setong?
3. Apakah laskar siber Mohd Najib peduli membaca berita ekonomi untuk mengetahui bahawa harga minyak mentah Brent yang digunakan sebagai penanda aras telah jatuh kepada AS$48.90 setong Jumaat lepas dan harga di New York jatuh kepada AS$46.85 pada hari Rabu, iaitu paras paling rendah sejak April 2009?
4. Bolehkah GST dan punca-punca lain pendapatan menampung kejatuhan hasil akibat kemerosotan harga minyak mentah yang menyumbang hampir 40% kepada perolehan kerajaan?
5. Apakah implikasi kejatuhan nilai ringgit terhadap kos import, khususnya import bahan makanan seperti beras, gandum, jagung, gula, kacang soya, susu dan daging yang bernilai lebih RM35 bilion setahun?
6. Apakah potensi inflasi import (imported inflation) ke atas harga barang pengguna akibat kejatuhan nilai ringgit?
7. Sebanyak manakah kita dapat menambah eksport negara kerana nilai ringgit jatuh dan eksport kita menjadi lebih murah?
8. Mengapakah prestasi pasaran saham kita buruk sehingga dikalahkan oleh Filipina, Indonesia dan Thailand dan banyak lagi pasaran membangun?
9. Tidak percaya tanyalah peneroka Felda atau sesiapa saja yang melabur dalam saham Felda Global Ventures Berhad. Bukankah harga saham FGVB telah merosot daripada harga IPO RM4.55 pada tahun 2012 kepada RM2.18 pada 9 Jan, kejatuhan lebih 50 peratus?
Mohd Najib "Mentor" Felda
 10. Apakah sebabnya rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh daripada RM441.9 bilion pada akhir 2013 kepada RM405.5 bilion – merosot RM36.4 bilion- dalam masa 12 bulan hingga akhir bulan lalu?
11. Adakah Bank Negara masuk ke pasaran bagi mempertahankan nilai ringgit dan rugi?
12. Apakah akan terjadi kepada sistem perbankan negara dan penarafan antarabangsa pasaran modal kita kalau 1MDB gagal memenuhi obligasi hutangnya yang berjumlah RM42 bilion itu?
13. Apakah kesan kejatuhan nilai ringgit terhadap hutang 1MDB yang kebanyakannya dalam mata wang dolar Amerika?
Arul Kanda Kandasamy Presiden Baru 1MDB
14. Apakah tepat laporan CIMB (yang dibina oleh adik PM sendiri) pada awal bulan ini bahawa 1MDB “telah gagal” membayar balik pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada Maybank yang sepatutnya dilakukan pada Disember lalu?
  
15. Apakah tepat unjuran CIMB bahawa Maybank terdedah kepada RM5.5 bilion hutang 1MDB?
16. Apakah tepat unjuran jika Maybank (milik PNB) membuat peruntukan (provision) hutang lapuk bagi tahun kewangan 2015 akibat pinjaman 1MDB keuntungan bersihnya akan merosot 5.6 peratus?
Maybank Asalnya Milik Cina Tapi Kina Aset Utama PNB
17. Adakah benar syarikat-syarikat yang menjual IPP hujung hayat kepada 1MDB belum mendapat bayaran sepenuhnya dan mempunyai opsyen membeli balik IPP itu dengan harga potongan?
  
18. Dan satu soalan yang mudah – mengapakah kerajaan tidak memberi penjelasan terperinci dan terus terang mengenai apa sebenarnya terjadi kepada pesawat eksekutif TUDM yang membawa PM ke Hawaii, tetapi tidak membawa beliau balik?
Para pendiayah, laskar siber PM dan kaki ampu perlu faham dan ada keutamaan. Yang hendak dipertahankan adalah PM – peribadi beliau, dasar beliau, prestasi beliau dan kesesuaian beliau untuk terus memerintah

Saturday, January 10, 2015

mli Rozma liked this.
Usah sebar fitnah ...
USAH SEBAR FITNAH ...
KENYATAAN MEDIA
YB. Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
(Ahli Parlimen Kuala Nerus)
10 Januari 2015 / 19 Rabiulawal1436H
Jangan Tuding Jari Salahkan Kerajaan Negeri Kelantan
1. Merujuk kepada Kenyataan Media YAB Menteri Besar Kelantan bertarikh 31 Disember 2014 dan 3 Januari 2015 lalu, saya mengingatkan agar semua pihak tidak lagi menuding jari menyalahkan Kerajaan Negeri Kelantan dengan mendakwa bahawa banjir besar atau ‘bah kuning’ yang menimpa negeri itu berpunca daripada pembalakan haram.
2. Dalam kenyataan beliau, Datuk Ahmad Yakob telah menjelaskan bahawa sistem pembalakan di negeri itu adalah mematuhi Kup Tahunan yang diluluskan oleh Majlis Tanah Negara dan pengurusan hutan pula memperoleh pensijilan (Malaysian Criteria & Indicators for Sustainable Forest Management) daripada badan bebas antarabangsa.
3. Taburan hujan tertinggi bagi tempoh 3 hari berturut-turut (21-23 Disember) iaitu 1,295 mm yang bersamaan taburan hujan bagi 64 hari adalah punca banjir besar yang melanda negeri itu yang mengakibatkan paras air di sungai-sungai utama di Kelantan meningkat secara mendadak.
4. Apa yang mendukacitakan ialah di kala rakyat Kelantan sedang meruntun jiwa menanggung beban kesan bah kuning dan pihak Kerajaan Negeri Kelantan pula sedang berhempas pulas memulihkan dan membangunkan semula kawasan terjejas serta membantu melengkapkan keperluan mangsa-mangsa banjir, ada pihak celupar mulut menuduh Kerajaan Negeri Kelantan dengan tuduhan yang tidak berasas dan dengan maklumat yang tidak masak.
5. Pada saat-saat genting sebegini, saya menyeru agar semua pihak tidak saling menuding menyalahkan pihak lain dan tidak juga menyebarkan fitnah yang bukan-bukan kerana ia akan menyulitkan keadaan dan tidak sedikit pun membantu memulihkan keadaan. Penjelasan oleh YAB Menteri Besar Kelantan adalah paling autentik dalam isu ini.
Sekian.

Wednesday, January 7, 2015

Isu balak dan pergolakan dalaman PAS
Jaminan Timbalan Presiden PAS Muhammad Sabu bahawa parti itu akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pemimpin yang terlibat menyelewengkan balak di Kelantan akan menjadi penentu kepada masa depan ‘bapa demonstrasi PAS’ itu pada Muktamar Jun depan.
"Sila buktikan. Kami tidak akan bela mana-mana pemimpin yang menyeleweng," kata Mat Sabu pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur semalam.Balak adalah isu survival di Kelantan. Ianya sangat sensitif dan boleh menggugat jawatan seseorang. Sebelum ini Husam Musa gagal naik pangkat kerana isu balak.Ketika menjadi exco di bawah kepimpinan Nik Aziz Nik Mat, Husam pernah menolak beberapa permohonan membalak di Hulu Kelantan. Konsesi balak tidak boleh diberikan sesuka hati kepada sesiapa sahaja kerana kelak akan menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur.
Husam diketepi
Perkara yang cuba dielakkan itu menjadi kenyataan pada Disember 2014 apabila Kelantan tenggelam dalam banjir lumpur luar biasa dan terburuk dalam sejarah.Nik Aziz selepas PRU 13 menolak menjadi MB kerana keuzuran. Beliau mencadangkan Husam diangkat sebagai MB pada malam PAS diisytihar menang di Kelantan. Bagaimanapun isu balak menyebabkan Husam terhalang daripada mengangkat sumpah jawatan. Kini isu balak akan menggugat Mat Sabu pula. Mat Sabu sukar mendapat sokongan untuk melakukan siasatan dalaman ke atas pemimpin PAS dalam isu pembalakan di Kelantan. Puak UG dalam PAS sebelum ini memang tidak senang untuk bekerjasama dengan puak profesional. Sebaliknya Mat Sabu akan ditentang habis-habisan dalam perebutan Timbalan Presiden kelak.
Ketelusan dan integriti jarang ditunjukkan oleh ulama PAS. Badan Hisbah dicadangkan sebagai manifesto pilihan raya PAS Kelantan sejak sedekad lalu. Tetapi jawatankuasa Hisbah itu tidak pernah ditubuhkan sehingga ke hari ini.Sebaliknya jawatankuasa sama telah beroperasi dengan jayanya di Selangor sebagai Selcat dan C.A.T di Pulau Pinang. PAS mungkin berpandangan rakyat biasanya mempercayai ulama melaksanakan pemerintahan yang baik, maka jawatankuasa hisbah tidak perlu disegerakan penubuhannya. Namun tanpa hisbah, Selangor dan Pulau Pinang kelihatan lebih telus dan akauntabiliti. Mungkin desakan agar ulama diperiksa akan menyebabkan penyokong ‘geng ulama’ akan bertindak balas terhadap puak profesional. Bagi ulama, profesional tidak layak mentadbir PAS kerana mempromosi idea-idea barat yang tidak secocok dengan pendirian PAS.
Umno - PAS
Namun ketelusan dan akauntabiliti bukanlah idea Barat, sebaliknya idea yang dicedok dari tamadun awal Islam. Mungkin pemerhati politik melihat pertembungan dalaman PAS adalah berkenaan puak Erdogan yang menyokong Anwar dan ulama penyokong Hadi. Hakikatnya, ia lebih daripada itu.
Pemimpin pro Anwar di Selangor dan Pulau Pinang sangat telus dan terbuka. Sebaliknya, ulama PAS kini lebih cenderung kepada Umno yang mengamalkan penyelewengan secara besar-besaran demi menegakkan Hudud.Jadi ada kemungkinan besar pertembungan pada Muktamar bulan Jun nanti berkisar idea Ketelusan + Anwar lawan Hudud + Umno.Puak profesional diramal akan kalah. Jadi telah diketahui dasar PAS selepas Jun depan. Tentunya agenda merapatkan hubungan Umno – PAS diutamakan dan parti itu akan menjarakkan diri dengan PR.Bagi penyokong PAS, Hudud bukan bererti tamatnya penyelewengan. Malah di negara yang ada Hudud seperti Pakistan, negara Arab dan sebagainya, kadar rasuah adalah amat tinggi. Perkara yang paling penting adalah akauntabiliti dan ketelusan. Jika tidak hanya rakyat biasa yang dikenakan Hudud sebaliknya pemimpin terlepas.

Monday, January 5, 2015




JET RASMI KERAJAAN 9M-NAA TELAH GUNA RM500 RIBU BAHAN API, TAPI RAKYAT KENA BAYAR?

Jet Rasmi Kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya "pulang" ke tanah air Malaysia pada 4hb Januari 2015.

Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab.

Satu analisa telah dijalankan oleh Biro Penerangan Angkatan Muda KEADILAN berkenaan dengan penerbangan jet 9M-NAA dan hasil pengiraan mendapati bahawa penerbangan jet jenis Airbus 319 dengan menggunakan laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York – Dubai – Bangkok – Kuala Lumpur dianggarkan telah menggunakan 64,232.36 Gallon [US] minyak jet.

Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gallon, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA telah menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404! Kos ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain.

Di samping mempersoalkan siapakah yang membayar bil penggunaan jet ini, KEADILAN menegaskan bahawa adalah lebih bermakna jika perbelanjaan wang berjumlah setengah juta ini digunakan untuk membantu mangsa banjir.

Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan untuk membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada para mangsa banjir. Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Selain itu, saya juga membidas laman Facebook “Friends of BN” yang seolah-olah menjadi jurucakap Jabatan Perdana Menteri dengan memberi penjelasan berkenaan penerbangan Jet Rasmi 9M-NAA ini. Penjelasan laman tersebut bahawa jet tersebut menghadapi isu teknikal dan terpaksa singgah di Amerika adalah tidak logik dan penjelasan melalui Facebook tanpa sebarang pengesahan JPM seolah-olah sedang memperlekehkan pegawai-pegawai JPM.

Akhir sekali, lawatan Perdana Menteri ke Bangkok semasa jet 9M-NAA mendarat di Bangkok sekali lagi menjadi misi misteri yang menimbulkan keraguan orang ramai. Seandainya perkara ini masih tidak mendapat sebarang penjelasan, saya sendiri akan hadir ke Jabatan Perdana Menteri untuk mendapatkan jawapan, dan saya ingin menjemput “Friends of BN” untuk datang bersama dalam lawatan tersebut.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat

Sunday, January 4, 2015

  • Pendirian Kerajaan Negeri Kelantan dalam meningkatkan kesedaran Rakyat terhadap Hutan melalui penubuhan kawasan hutan lipur di dalam kawasan Hutan simpanan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992 ) untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat berekreasi dan eko park di samping mendekatkan masyarakat untuk mengenali hutan bagi menanam kesedaran mencintai hutan dan memelihara alam semula jadi serta juga untuk kepentingan alam sekitar. BUKTI KERAJAAN KELANTAN TIDAK MENGABAIKAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR KHUSUSNYA HUTAN WALAUPUN KEKURANGAN DANA SELEPAS DINAFIKAN ROYALTI MINYAK.


    • Huzir Sulaiman KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR KELANTAN

      Firman Allah Taala:

      وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَراً فَسَاءَ مَطَرُ المُنذَرِينَ

      Maksudnya: Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang menggerunkan, maka amat teruk sekali hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu. (Surah Al-Syuara' : 173)

      Pasca banjir yang terjadi pada kali ini merupakan ujian yang begitu berat kepada Kerajaan dan rakyat Kelantan tambahan pula ada sesetengah pihak yang menuding jari menyalahkan pihak Kerajaan Negeri sebagai penyebab kepada banjir besar yang melanda Negeri ini.

      Setelah Cameron Highlands dilanda banjir lumpur sedikit waktu dahulu dan dengan banjir besar yang berlaku baru-baru ini, ada pihak-pihak tertentu dengan pantas menuding jari kepada pembalakan berleluasa di Tanah Tinggi Lojing sebagai penyebab kepada banjir besar di Negeri ini. Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.

      Hakikatnya hujan lebat yang berterusan di Gua Musang untuk 3 hari berturut-turut pada 21-23 Disember 2014 telah mencatatkan taburan hujan tertinggi iaitu 1,295mm yang bersamaan dengan taburan hujan bagi 64 hari. Ini adalah berdasarkan rekod rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri manakala Jabatan Meteorologi juga telah mengemaskini amaran Jingga di mana hujan lebat di semua daerah di Kelantan bermula 20-24 Disember 2014 telah menyebabkan peningkatan paras air di hampir semua sungai utama di Kelantan.

      Ini adalah kekuasaan Allah Taala yang telah menurunkan hujan pada kadar jumlah yang amat banyak dalam jangka waktu yg amat singkat. Kekuasaan Allah mengatasi segala sesuatu. Upaya manusia hanyalah melalui izin-Nya. Allah menurunkan ujian ini kepada kita semua untuk kita merenung akan kekuasaan-Nya. 

      Saya dengan ini menyeru seluruh rakyat Negeri ini agar menginsafi isyarat daripada Allah ini. Jadikanlah ujian banjir ini sebagai penyebab untuk kita menambah pahala, bukannya penyebab untuk kita menambah dosa. Dalam fasa selepas banjir ini, sama-samalah kita membantu untuk memulihkan semula kawasan-kawasan yang musnah dan menolong mangsa-mangsa banjir yang kehilangan kediaman dan keperluan asasi mereka. 

      USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB
      Menteri Besar Kelantan

      Bertarikh: 13 Rabiul Awwal 1436 / 3 Januari 2015