Tuesday, December 30, 2014

..manusia lupa Allah dn Rasulnya..


Pesanan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang;

"Peristiwa besar yang berlaku di Kelantan pada masa ini adalah sebagai tanda Allah SWT hendak menyucikan kembali negeri Kelantan sebelum terlaksananya hukum hudud di negeri tersebut pada tahun hadapan. Kisah sebegini kita boleh lihat dalam peristiwa banjir besar yang melanda kota Makkah ketika pembukaan awal kota Makkah. Makkah dahulunya dijadikan tempat himpunan patung-patung berhala, kemudiannya Allah SWT mendatangkan banjir besar di Makkah untuk menyucikan kembali kota Makkah darpada perkara-perkara kufur. Begitu jugalah peristiwa banjir paling besar berlaku ini di Kelantan pada masa ini kerana Allah SWT hendak menyucikan keseluruh negeri Kelantan sebelum terlaksanya hukum Allah di bumi kelantan pada tahun hadapan. InsyaAllah..."

Iktibar dr banjir .

Banjir dan hujan berlaku apabila Allah mahu menunjukkan kuasa mutlaknya kpd sang hamba, tdk ramai yg merespon dgn hati y g tawadhuk, mengaku bhw, kami perlu takut pd yg membuat arahan kpd hujan utk turun selebat2nya!Jgn berhenti selagi Allah tdk perintahkan supaya berhenti. 

Bukankah Allah itu Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani?

Takkan Allah tidak kesian kepada mangsa2 banjir tu? Allah yg Maha bijaksana Maha Tahu knp banjir sedahsyat itu perlu berlaku? 

Ia utk buat hamba2 nya dptkan rasa takut dan gerun dgn kuasaNya yg Maha hebat itu..

Bila manusia terdesak, mrk akan cari Allah! merayu padaNya..hingga acara2 hiburan utk menyambut tahun baru dibatalkan di seluruh negara dan ditukar dgn program selawat dan budget2 utk acara itu digunaan utk kebajikan mangsa banjir!

Alangkah berjasaNya Allah demi utk mnyelamatkan bumi Malaysia dr dosa dan maksiat di Ambang 2015, diciptakan satu bencana yg mengandungi hikmah yg besar disebalik musibah itu. 

Allah nak buat hingga hamba2 Nya hilang selera utk sambut Tahun 2015 ini dgn pesta hiburan, dia buat kita tukar acara sambutan itu dgn ibadah!

Perlu diingat Maha Suci Allah dr menzalimi hamba2Nya..sblknya kitalah yg menzalimi diri kita sdri.. 

Dapatkan rasa Takutkan Allah, Gerun dan patuh pd syariatNya.. Nescaya bencana besar akan berkurangan..

Kpd mangsa2 banjir, kita sama2 memohon ampun, bertaubat bermati-matian kene dibuat sgra di pusat2 pelindungan banjir, terima ujian ini dgn penuh sangka baik kpd Tuhan pencipta langit dan bumi. 

Dia penguasa alam semesta.. Jika Allah Mahu, dgn serta merta diarahkan sja hujan agar berhenti, dan bumi telan segera air yg membasahimu agar hamba2 ku boleh hidup spt sediakala. 

Spt yg berlaku kpd Nabi Noh.. banjir dan hujan itu hanya berlaku dgn arahan TuanNya.. 

Ia itulah Tuhan Yg Maha Berkuasa! Jd mari kita muhasabah diri atas peristiwa yg dianggap bencana besar ini..

Kalau kita hubungkan dgn bencana di akhirat, kita akan rasa bencana ini kecil sgt.. 

Bukann kita tidak tahu setiap kali smbtn tahun baru diadakan akan ramai lah yg terlibat dgm zina, arak dan hiburan yg sgt merosakka
n..manusia lupa Allah dn Rasulnya..

Demi utk menyelamatkan manusia dr neraka yg disediakan utk penzina, peminum arak, dan bergaul bebas menyaksikan konsert2 yg melalaikn, Hujan dan banjir diutuskan agar manusia terpaksa tunduk dan mengaku bhw, mahu x mahu kenalah rapat dan berdamping dgn Allah . 

Gugurkanlah airmata penyesalan dan taubat krn selama ini manusia x peduli pun akan kehebatan kuasa Tuhan! 

Sesungguhnya banjir dan hujan ini membawa isyarat dr Allah spy Jgn takut pd banjir, hujan ataupun cuaca, tetapi takutilah Aku! itu semua tentera2 ku .

Jika Aku berkehendak, Aku boleh kerahkan air yg lebih besar dari ini lg utk mengugut kamu..

Bknkah Tsunami pernah aku utuskan? Tidak cukupkah lg?..Menangislah wahai hambaku...air mata yg engkau alirkan krn takutkan Aku itu amat mahal, ia pemadam api neraka! Banjir ini utk itu...

Monday, December 29, 2014


Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar enggan makan bahkan berkata: “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat ‘Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu ‘Umar bertanya: “Dari mana diperolehi ini?”. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata ‘Umar: “Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa” (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Saturday, December 27, 2014

Ameno World

Insurans & Darurat - Jawapan Agen Takaful Kepada Najib Razak YG Anda Mesti Baca.



INSURANS TIDAK DAPAT CLAIM KALAU DARURAT?

Saya banyak menerima soalan yang berkaitan isu darurat yang dikatakan tidak dapat diisytiharkan supaya mangsa-mangsa banjir dapat membuat tuntutan insurans. 

Katanya, jika darurat diisytiharkan maka syarikat insurans berhak menolak tuntutan yg dibuat. 

Ini pandangan saya:

+ Betul, memang dalam banyak polisi insurans seperti insurans kenderaan, insurans perniagaan, insurans bangunan, insurans kemalangan meletakkan darurat sebagai salah satu situasi yang dikecualikan untuk dibuat tuntutan.

+ Tapi dalam masa sama, berdasarkan pengalaman saya sebenarnya majoriti pelanggan sangat jarang mengambil coverage tambahan bencana banjir yang membolehkan mereka membuat tuntutan jika kerosakan akibat banjir. Jadi, sama ada isytihar darurat atau pun tidak, majoriti besar pengguna memang tidak dapat membuat tuntutan kerana tidak mengambil insurans yang cover banjir.

+ Banjir sudah masuk hari ke-5 dan sekiranya darurat diisytiharkan hari ini 27/12/2014, mangsa-mangsa banjir masih boleh membuat tuntutan sebab kerosakan berlaku SEBELUM darurat diisytiharkan. Jadi, syarikat insurans / takaful dan ejen serta staff boleh memberi pengetahuan (educate) kpd pelanggan supaya meletakkan tarikh berlaku kerosakan SEBELUM tarikh darurat diisytiharkan.

+ Situasi sekarang sangat genting memandangkan majoriti yang terlibat dari kalangan orang-orang kampung, orang-orang miskin, rakyat marhaen yang melibatkan nyawa. Jadi menjadikan alasan insurans sebagai penghalang darurat diisytiharkan bukanlah tindakan terbaik kerana nyawa majoriti rakyat lebih penting berbanding kerosakan bangunan / kenderaan utk claim insurans.

+ Statistik menunjukkan kadar penembusan insurans takaful hanya sekitar 15% sahaja di kalangan rakyat bumiputera. Dan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu Bumiputera. Maka alasan "insurans tak boleh claim kalau darurat" hanya menjaga kepentingan minoriti berbanding kepentingan majoriti rakyat yang langsung tidak memiliki insurans. Apatah lagi insurans melibatkan coverage banjir.

+ Situasi-situasi di atas hanya melibatkan claim yg berkaitan insurans / takaful am seperti kenderaan, bangunan, isi rumah dan sebagainya. Manakala jika insurans hayat atau takaful keluarga, pemegang polisi tetap boleh claim sekiranya berlaku musibah.

KESIMPULAN: Menggunakan alasan "insurans tidak boleh claim kalau isytihar darurat", bukanlah alasan yang kukuh utk tidak mengisytiharkan darurat.

Afyan Mat Rawi, IFP.
27/12/2014

Disclaimer: Saya bukan pakar insurans. Saya hanya ejen takaful cabuk yg baru 11 tahun dalam bidang perkhidmatan kewangan dan takaful, serta sebagai Pengurus Agensi di Takaful IKHLAS.


Rujukan : sini
Tulahan

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win


Abu Ubaidah bin Al-Jarrah maut bersama rakyat dan tenteranya hadapi bencana Nama sebenarnya adalah ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Jarrah al-Fihri al-Quraisy al-Makki. Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga, memiliki wajah yang berseri, tampan orangnya tinggi lampai, tidak gempal dan berjambang nipis. Beliau mudah mesra, tawaddhu' dan pemalu. Namun, di saat yang genting beliau bagaikan singa yang mencari mangsa. Kualiti iman dalam dirinya dapat kita ketahui melalui sabda Baginda Nabi S.A.W, “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” - Riwayat al-Tirmizi Abdullah bin ‘Umar pernah menjelaskan perwatakan Abu Ubaidah ini, “Tiga lelaki Quraish yang paling berseri wajahnya, paling baik akhlaknya, dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakr, Uthman bin ‘Affan dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” Manakala diriwayatkan yang dinayatakan oleh Saidatuna Aishah R.A.H, beliau berkata, “Rasulullah S.A.W pernah ditanya, Siapa yang engkau cintai (dari golongan laki-laki)?” Baginda menjawab, “Abu Bakar.” Lalu ditanyakan kepada Baginda lagi, “Kemudian siapa?” Baginda menjawab, “Abu Ubaidah bin al-Jarrah.” - riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah. Dalam riwayat lain mengatakan bahawa Umar al Khattab. Abu Ubaidah bin al-Jarrah dilahirkan di Makkah, di dalam sebuah rumah keluarga suku Quraish yang dihormati dan disegani oleh pemuka kabilah masyarakat Arab. Meskipun demikian, Abu Ubaidah juga tergolong di dalam golongan yang paling awal memeluk Islam, agama yang menjadi ancaman kepada masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu. Abu Ubaidah memeluk Islam sehari selepas pengislaman Abu Bakar dan ini adalah hasil daripada dakwah Abu Bakar kepada Abu Ubaidah. Pengislaman Abu Ubaidah disaksikan Abdul Rahman bin ‘Auf, Uthman bin Maz’un dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang telah mengucapkan syahadah di hadapan Rasulullah S.A.W. Maka, ini bermakna Abu Ubaidah adalah golongan yang bersama Rasulullah daripada awal hingga akhir perjuangan mereka di Makkah. Seperti mana yang kita ketahui, pada waktu itu mereka ditimpa pelbagai seksaan disebabkan ajaran yang dibawa oleh Baginda Nabi. Kehidupan Abu Ubaidah tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan perjuangan menegakkan Islam. Ketika Baginda Rasulullah mengizinkan umat Islam berhijrah ke Habsyah, beliau turut serta berhijrah ke sana bersama rombongan Muslim yang lain di saat gelombang kedua kekejaman musyrikin Quraish demi menyelamatkan aqidahnya. Walaupun Abu Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling mencabar yang dihadapinya adalah ketika perang Badar di mana dugaan ini benar-benar melampaui jangkaan dan khayalan. Ketika peperangan itu, Abu Ubaidah menyerang musuh-musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan mencari syahid dan tidak takutkan mati. Semangat kepahlawanan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mereka berwaspada dan cuba mengelak daripada bertempur dengan Abu Ubaidah. Dalam pada jumlah tentera Quraish yang ramai itu, ada seorang sahaja yang benar-benar ingin bertempur dan mengekang semangat kepahlawanan Abu Ubaidah itu. Keadaan ini menyebabkan Abu Ubaidah cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat kemaraan Abu Ubaidah dengan menghunuskan pedang ke arah Abu Ubaidah sehingga tiada pilihan lain lagi untuk beliau mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu Ubaidah. Allah menurunkan firman-Nya terhadap tindakan nekad Abu Ubaidah terhadap bapanya sendiri : “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah redha akan mereka dan mereka redha (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.” (Al Mujadilah:22) Ketika Abu Ubaidah di medan perang Uhud, beliau adalah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah S.A.W. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka tembok yang menghalang panah dan tombak musuh. Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu Ubaidah berkata, “Biarlah saya yang mencabutnya.” Abu Bakr berundur dan memberikan laluan kepada Abu Ubaidah kerana bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Abu Ubaidah berusaha mencabutnya tetapi beliau menggunakan gigi kacipnya dengan cara menggigitnya sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan sebahagian giginya lerai ke bumi. Abu Bakr as-Siddiq R.A berkata, “Abu Ubaidah merupakan manusia rongak yang berakhlak mulia.” (rujuk dalam Siyar A'lam an Nubala') Sepeninggalan Rasulullah S.A.W, Umar bin al-Khattab R.A mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Saqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiah kamu, kerana saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.” Lalu Abu Ubaidah menjawab, “Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah S.A.W menjadi imam kita di waktu solat (yakni Saidina Abu Bakr as-Siddiq R.A), oleh sebab itu kita sayugia memilih Abu Bakr menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah S.A.W.” Di sisi lain tentang kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin oleh Umar bin al-Khattab R.A hampir-hampir membebaskan Baitul Maqdis daripada belenggu Rom, Umar telah mengadakan kunjungan dan singgah ke khemah Abu Ubaidah. Namun, tidak terlihat sesuatu pun di dalamnya yang berharga kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umar pun lantas berujar kepada Abu Ubaidah, “Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?” Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini sahaja sudah cukup menyenangkan.” Abu Ubaidah bin al-Jarrah menyertai dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai kesempatan besar untuk mengumpul kekayaan dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berhasil menakluki semua wilayah di negeri tersebut. Ketika wabak taun merebak di negari Syam sehingga menyebabkan ramai nyawa yang terkorban akibat penyakit itu, Khalifah Umar bin Al-Khattab mengirim surat dengan tujuan memanggil kembali Abu Ubaidah, sahabat kepercayaannya. Namun, Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi, “Saya tahu tujuan Amirul Mukminin terhadap saya. Beliau ingin saya terus hidup sedangkan tiada siapa yang boleh kekal hidup. Sesungguhnya saya merupakan sebahagian anggota tentera Islam. Oleh itu saya tidak ingin menjaga diri saya daripada bencana (taun) yang telah menimpa mereka. Saya tidak akan berpisah meninggalkan mereka sehingga Allah membuat keputusan-Nya untuk menyelamatkan saya dan mereka. Sama ada Dia mencabut nyawa atau menyelamatkan kami. Maka apabila surat ini sampai kepadamu, gugurkanlah tuntutanmu terhadap saya. Izinkan saya untuk terus kekal di sini.” Tatkala Umar bin al-Khattab membaca surat tersebut, air mata beliau mengalir. Lalu para sahabat yang ada bersamanya bertanya, “Apakah Abu Ubaidah telah meninggal dunia wahai Amirul Mukminin?” “Tidak, tetapi beliau mahu menjemput kematian,” jawab Umar teresak-esak. Setelah beberapa hari, Abu Ubaidah diserang penyakit taun. Sedang beliau nazak bertarung dengan penyakit tersebut, beliau berpesan kepada tentera-tenteranya. “Saya berpesan kepada kamu semua, jika kamu menurutinya, kamu akan sentiasa memperolehi kebajikan. Dirikan solat, tunaikan zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersedekahlah, tunaikan Haji dan Umrah, salinglah berpesan dan memberi nasihat kepada pemimpinmu. Jangan kamu memperdayakan mereka. Jangan kamu dilalaikan oleh dunia. Lantaran jika seseorang mampu hidup 1000 tahun sekalipun, dia tetap akan menemui kematian seperti yang kamu lihat saya sekarang. Sesungguhnya Allah Taala telah menjanjikan kematian kepada anak Adam. Oleh itu mereka pasti mati. Manusia yang paling bijak ialah mereka yang paling taat kepada Tuhannya dan paling banyak melakukan amalan sebagai persediaan untuk hari kebangkitan.” Kemudian Abu Ubaidah berpaling kepada Mu’az bin Jabal, “Wahai Mu’az, imamkan mereka (menjadi ketua).” Apabila Abu Ubaidah meninggal dunia, Mu’az pun bangun di hadapan rakyat dan berucap, “Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah ditimpa kesedihan disebabkan kematian lelaki ini. Demi Allah! Saya tidak pernah kenal lelaki yang lebih berhati mulia dan jauh daripada hasad dengki, terlalu cinta dengan mati dan paling menunaikan tanggungjawab berbanding lelaki ini. Doakanlah kerahmatan untuknya, pasti Allah akan merahmati kamu semua.” Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18 Hijriah di Jordan dalam wilayah Syam. Jenazahnya dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom dan Parsi. Ketika itu beliau berumur 58 tahun.

Sunday, December 21, 2014

10,916 Views
Ustaz Iqbal Zain uploaded a new video.
NASIHAT HABIB ALI AL-JUFRI KEPADA REMAJA
http://youtu.be/AhdOwSXVko0

Saturday, December 20, 2014

Kebenaran Itu Tetap Menang Mengatasi Kebatilan
Perjuang Kalimah ALLAH Stail PERKASA: Dedah Dada Merata-rata!


Gambar-gambar konvoi bermotor PERKASA pertahankan kalimah Allah.

Hai perkasa. I dengar u nak pertahankan kalimah Allah. Lebih tepat you nak pertahankan kesucian kalimah Allah dari digunakan oleh mana2 pihak non muslim di malaysia be it kristian ke sapa ke seme tak boleh hanya muslim je boleh menggunakan ia.

Itulah tujuan asal you all seme berkonvoi semalam. Menggunakan motor. Konvoi bermotor nama diberi. Matlamat pertahankan kesucian kalimah Allah jadi sasaran.

Maaf, i tak dapat join. Bukan sebab busy. Atau malas. Cuma i tak cukup alim macam you all.

Terus terang. Bagi orang macam i, momantai la kristian nak guna ke apa ke nak gunakan Kalimah Allah.. dalam bible ke dalam gereja ke apa ke.. lantak la.

Itu bukan my biggest concern, currently.

Boleh dikatakan aku tak memandang non muslim ancaman kepada akidah umat islam.

Boleh dikatakan aku beranggapan ada isu yang lebih penting untuk diselesaikan dan ditumpukan berbanding isu kalimah Allah itu.

Maka, begitulah aku berfikir.

Jadi, PERKASA i am so sorry because not supporting your cause. Apa pun tahniah ek, cara korang pertahankan kalimah Allah agak unik untuk direnungkan.

Well, yang harus itu harus hukumnya. Yang wajib itu wajib hukumnya. Sebelum pertahankan yang harus, marila kita mengimani yang wajib, oke? Bai. -malaysiansmustknowthetruth



ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan verjalan. Terserlah siapa "munafik" sebenar dalam masyarakat kita..
Ini lah Realiti nya..

Komen yg baik dari......Tanpa Nama berkata...
munke msia cukup bijak walau.makan dedak... naik harga tak payah bincang 2 tapi masa nak turun kena bincang 2...kah kah kah bincang sampai 7 hari 7 malam...kah kah kah... memang dasar penipu sejak turun temurun...ingat rakyat masih bodoh....ingat rakyat masih jenis sunsidi... rakyat tau apa yang dibuat munke...harta dikumpul saban hari... undang 2 diguna mengekang rakyat...ugut... dakwa ... jangan silap...jangan alpa...setiap perjuangan bagi menegak keadilan menjadi sejarah... munke hidup kaya raya... apa pun buat lah drama lakon lah setakat mana mampu..jadi pelakon terbaik... kah kah kah semua menjadi perhatian rakyat kah kah kah jangan nak.tumpang hidup...jangan jadi free loader... jangan makan tanggung berak cangkung... hidup biar ada maruah diri...biar ada jati diri sebagai manusia berakal kah kah kaj

Thursday, December 18, 2014


AKHIRNYA IMPERIALIS UNDUR


KOMENTAR
rakyat  CUBA
dibawah parti komunis
yang dipimpin oleh CASTRO dan CHE
telah angkat sejata
berjaya menggulingkan 
ditaktor batista 
pada tahun 1959  SOSIALIS CUBA  lahir

kelahiran
republik sosialis cuba
dikatakan mengancam amerika
yang tak jauh dari cuba
imperialis amerika telah melakukan:

pelbagai keganasan
pelbagai taktik
pelbagai sabotaj
pelbagai kempen
pelbagai bentuk boikot
pelbagai bentuk tekanan
pelbagai bentuk larangan
untuk menjatuhkan
republik sosialis cuba

puluhan kali cuba diserang
belasan kali castro cuba dibunuh
ledakan demi ledakan dilakukan
ajen ajen amerika merusuh
soldadu upahan menyerang



rancangan imperialisGAGAL

cuba tegak berdiri
sebagai sebuah negara merdeka



CUBA  menjadi contoh
untuk warga dunia ketiga
hari ini republik cuba:

pengeluar doktor terbanyak dunia
teknoloji mata terulung dalam dunia
nisbah warga dengan doktor paling kecil
negara paling banyak ilmuan
negara sifar buta huruf
negara jaguh sukan dunia
negara pemusik latin 
cha cha rumba dan samba adalah cuba

di cuba ada 627 dan 94 doktor gigi
untuk 100,000 warga
di amerika ada 225 doktor dan 54 doktor gigi
untuk 100,000 warga
perubatan percuma di cuba
perubatan wajib bayar di amerika

















cuba menjadi contoh kepada amerika latin nicaragua bolivia venuezula
hinduras dan dan dan
semua menCUBAkan 
ekonomi mereka

hari ini dua musuh ketat
cuba dan amerika
telah memulakan sejarah baru 
memulakan hubungan berbaik-baik

kita lihat dan tunggu

NOTA
hanya ini sahaja yang dapat
dilakukan oleh obama
untuk menebus kejahatan
dan kerosakan dunia
yang telah dilakukan
dengan harapan sejarah
akan mengingati obama

Obama and Raúl Castro thank pope for breakthrough in US-Cuba relations
Barack Obama and Raúl Castro have thanked Pope Francis for helping broker a historic deal to begin normalising relations between the United States and Cuba, after 18 months of secret talks over prisoner releases brought a sudden end to decades of cold war hostility.
Ralat:Nabi Muhammad s.a.w. dgn segala mukjizat dianugerah Allah SWT, pun perlu 23 tahun untuk membawa musyrikin pd Islam dan gagal untuk mengislamkan semuanya termasuklah bapa saudaranya sendiri. Apakah kelebihan yg ada pd sang menantu ini boleh lakukan untuk memberikan kefahaman Islam pd yg bukan Islam dlm masa yg singkat pula? Hebat sangatkah dia tu?


Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat

HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.

"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. 
-Bernama (9/5/2012)


pasal hudud,pasal sebat ni memang ada sebut dlm quran ,tapi yg paling banyak sebut dlm quran bantu org miskin,tolong anak yatim,kasih sayang,lebih banyak di sebut,aku tak le pandai tapi aku tahu bahawa islam ni di turun ada lah lebih banyak membawa rahmat pada sekelian alam,hudud tu wajib tapi mene ntang kezxaliman kertajaan yg yg menekan kehidupanm rakyat terutama2 rakyat2 yg miskin yg nak makan pun kadang takde,nak berbelanja anak2 sekolah pun takde,bayar rawatan kos hospital puin tak mampu,rasa2 aku lah yg lebih penting,rahmatan lil alamin,wallahualam

dia mcm ni..taraf hidup perlu diperbaiki terlebih dahulu.. dah baik, rakyat miskin tiada then baru buat hudud..ini korang tak buat ape2 kemudian mahu laksanakan hudud..rakyat mencuri sebab taraf hidup kat malaysia ni susah..ditekan sana sini..budak melayu mengentot sebab ape ? sebab nak kawin kene byr smpi 20k dan sebagainya.. lepas tu budak2 tu buat salah ko terus nak hududkan dia.. aku sokong 100% hudud.. cuma ada perkara major yang perlu dilakukan terlebih dahulu.. cuba lah fikir sket wey.. korang yg duk atas tu boleh la.. makan gaji..duit ada byk..nk makan senang.. semua senang..tak kira bn atau pakatan.. aku taj pernah tgok wakil rakyat pakatan atau bn hidup melarat..yang hidup melukut tepi gantang adalah rakyat .. rakyat bhai..

so aku mohon kepala-kepala pas ni fikir dulu di manakah situasi taraf hidup kita ni . adakag kita hidup senang atau susah skrg ni.. perbaiki ini dulu.. kalau kita dah hidup senang, semua rakyat tiada yang miskin.. so aku yakin akan kurang masalah2 ini.. bila dah kurang, buatlah hudud.. sebab apa, sebab kalau masih ada yang mencuri, mengentot ertinya manusia ini memang cari nahas bahkan waktu tu hidup dah cukup senang.. itu fundamentalnya..

 FACE BOOK

di Kala orang bukan islam mempamerkan konsep kasih sayang, ada sebilangan orang Islam pula pamerkan kebencian, perkauman dan permusuhan.
di waktu orang bukan islam sedang berusaha mempamerkan budaya debat dan wacana tentang agama, ada jabatan-jabatan agama Islam menggunakan kuasa halang budaya wacana yang melibatkan islam.
Sebagai orang islam, saya malu dengan budaya sebilangan orang-orang islam yang pamerkan tindakan memalukan imej Islam ini. Islam yang saya fahami, amat bermaruah dan cukup indah. Bukan seperti yang mereka pamerkan
ISLAM ITU INDAH
.Cakap islam itu indah tapi nasih menindas penganut agama lain.apalah kita dapat dengan merampas kitab agama lain.apakah kita mahu jadi monyet terkinja2 membuat bantahan dikedutaan negara yang buat perkara yang sama dengan merampas alquran, mengecop kitab dan melarang penyebaran islam dikalangan kafir?