Monday, January 9, 2012

Apa Betoi Ka Hasan Ali Dibuang Sebab Anwar Ibrahim?

Baca komen seorang pembaca di bawah menyentuh isu pemecatan Hasan Ali oleh Pas baru-baru ini:

... bila Hasan ali sertai himpunan anti-murtad , dia cuma diasak supaya tidak dicalonkan pada PRU13
bila hasan ali tegur negara kebajikan tu lari dari matlamat asal parti , dia cuma dipanggil untuk nasihat oleh nik aziz
bila hasan ali cakap presiden PAS lebih layak jadi perdana menteri dari Anwar Ibrahim yang membawa ideologi pluraisma tu , dia dibuang dari parti .

PAS dah jadi orang mabuk. mana mungkin seorang exco dari parti sendiri dipecat setelah didesak oleh tim. president PKR Azmin Ali sedangkan PAS jauh lagi kuat sokongannya berbanding dengan PKR.

8 January 2012 07:08

Tengok dari kenyataan Hassan Ali dan mereka yang bersekongkol dengannya nampak bahawa mereka begitu yakin yang pemecatan Hasan Ali adalah di sebabkan dia mengkritik Anwar Ibrahim. Terutamanya isu tuduhan Hasan Ali yang mendakwa Anwar mempergunakan rakyat untuk kepentingan peribadinya. Jesteru itu Hasan Ali menyeru agar semua ahli Pas tidak turut sama tertipu dengan menyetai perhimpunan 901.

Ada dua isu besar kat sini:

  1. Hasan Ali lansung tidak memperdulikan kenyataan Presiden Parti Tuan Guru Haji Hadi Awang yang lebih dahulu menyatakan sokongannya terhadap pehimpunan 901.
  2. Hassan Ali menuduh Anwar mengheret Rakyat untuk menyelamatkannya. Ini memberikan gambaran bahawa Hasan Ali telah menjatuhkan hukuman kepada Anwar dan dia nampaknya yakin Anwar memang kaki tutuh pungkoq orang dan kaki tiba bini orang dan kaki langgan jalang cina.
Dalam bab menentang keputusan parti Hasan Ali sejak dari awal pemecatan jawatan PJ nampaknya mengeluarkan kenyataan yang tidak seiring dengan apa yang telah diputuskan oleh parti. Memang dia ada hak menyatakan pendapatnya sebagai ahli biasa Pas, tetapi sebagai salah seorang anggota parti dia perlu akur dengan apa yang diputuskan secara bersama. Kalau 8 kata A dan dua kata B, yang dua orang itu perlu akur dan taat atau keluar saja dari parti jika terus menentangnya.

Perkara yang kedua nampak lebih terang lagi apabila Hasan Ali memanggil semua wakil media untuk mengeluarkan kenyataan rasminya berkenaan pemecatan keahliannya dari Pas. Hasan Ali menegaskan beliau tidak rela seorang yang kaki sontot belakang, kaki zina dan kaki belasah anak orang dilantik menjadi perdana menteri. Baginya Haji hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar.

Sekali lagi Hasan Ali menjatuhkan hukuman salah kepada Anwar dan nampaknya dia begitu yakin sepertimana orang-orang Umno bahawa Anwar begitu kotor perangainya. Dan dalam masa yang sama Hasan Ali meyakinkan bahawa dia tetap komited memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu walaupun tidak lagi menjadi ahli Pas.

Dia dengan bangga menudingjari keatas berikrar menjadi champion Islam dan dalam masa yang sama dia dengan yakin menjatuhkan hukuman bahawa Anwar memang salah telah telah berzina dan meliwat. Sebagai seorang Islam yang berikrar menegakkan Islam nampaknya Hasan Ali sudah tentu dapat membawa 4 orang saksi yang melihat sendiri anu Anwar masuk anus Saiful atau masuk faraj orang yang telah dizinanya. Jika tidak dapat bermakna Hasan Ali layak disebat 80 kali.

Hasan Ali dan geng-gengnya gagal memahami kenapa orang Pas dan semua penyokong Pakatan Rakyat setia menyahut cabaran 901. Mereka tidak percaya dan menolak semua fitnah yang telah dijatuhkan oleh media, Umno dan musuh-musuh Anwar kerana memegang syariat Islam yang menuntut syarat yang ketat terhadap pertuduhan seorang individu yang mulia dan terhormat melakukan zina/sontot.

Kalau tuduhan tersebut dikenakan ke atas seorang pelacur yang memang orang tahu dia melacur itu bukanlah satu isu kerana seorang pelacur bukan dari kalangan individu terhormat atau mulia. Bukan mudah mahu menatuhkan maruah seorang muslim yang terhormat dan mulia kalau tak cukup syaratnya.

Oleh kerana semua yang memegang prinsip Islam di atas menolak pertuduhan terhadap Anwar dan menganggap ianya satu fitnah, maka mereka terpanggil untuk menentang gejala fitnah yang semakin teruk berlaku di negara kita ini. Tidak ada berkatnya jika kita membenarkan amalan fitnah berleluasa berlaku di negara kita.

Dalam satu hadith, Nabi pernah memberikan amaran terhadap 3 dosa besar di bawah:
  1. Syirik terhadap Tuhan
  2. Menderhaka pada dua ibubapa
  3. Persaksian palsu
  4. persaksian palsu
  5. persaksian palsu
  6. persaksian palsu
dan nabi mengulang-ulang persaksian palsu dengan amat serius sekali sehingga para sahabat rimas dan memahami betapi beratnya kerisauan nabi terhadap amalan persaksian palsu tersebut. Ternyata negara kita sedang menghadapinya dan keadaannya adalah amat kritikal sekali yang tidak boleh diambil ringan oleh semua mereka yang yakin dengan keadilan Islam.

Oleh itu aku hairan macammana Hasan Ali, Nasarudin dan aku sempat tengok Ustaz Hassan Basri mempertahankan Hasan Ali sedangkan mereka lebih arif hal ehwal agama daripada aku....hahaha apa aku, hanya seorang penjaga kubur ini, akukah yang salah?

No comments:

Post a Comment