Saturday, July 25, 2015


KENYATAAN MEDIA
WALAU HARI-HARI MENDATANG KELIHATAN KELAM, KITA TAKKAN MENYERAH KALAH
Setiap pagi Sabtu, sudah menjadi kebiasaan untuk saya membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat. Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat.
Namun hari ini, saya, seperti juga ribuan ahli-ahli perniagaan malah rakyat Malaysia amnya, tidak dapat menjalani rutin ini lagi. Pentabiran negara yang ala-kuku besi kelihatan seperti bukan sahaja takut kepada kebenaran, malah begitu takut kepada rakyat yang berani mempersoalkan kewibawaan kerajaan.
Tatkala Rakyat mendambakan jawapan, nampaknya hak kebebasan rakyat untuk bersuara diinjak-injak. Tidak syak lagi serangan terkini ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media akan merosakkan lagi imej Malaysia di mata dunia.
Saya amat kecewa dan sedih dengan keputusan pentadbiran Dato' Sri Najib Razak untuk menggantung penerbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily hanya kerana kedua-dua akhbar tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai media. Serangan terkini ini adalah rentetan dari banyak lagi serangan ke atas media di Malaysia; stesen radio dan laman berita online telah diberi amaran, dan wartawan juga telah ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan. Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli-ahli politik, aktivis, malah juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah dibawah Akta Hasutan hanya kerana mereka berani bersuara.
Apakah hari ini kita di berada di tepi jurang yang terbina akibat dekad-dekad keangkuhan, rasuah dan keruntuhan sistemik asas demokrasi dan kedaulatan undang-undang? Walaupun hari-hari mendatang kelihatan kelam, saya menyeru supaya rakyat Malaysia tidak patah semangat. Inilah satu-satunya Malaysia yang kita ada. Ketepikan perbezaan dan marilah kita sama-sama bangkit untuk menyelamatkannya.
Ada pihak-pihak yang mahu memecahbelahkan kita, yang mahu kita berhenti berusaha. Namun kita tidak akan menyerah kalah. Kita akan bangkit untuk membina sebuah Malaysia yang lebih baik bersama.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN
25 Julai 2015
-
PRESS STATEMENT
DARK DAYS AHEAD, YET WE WILL NEVER GIVE UP
Each Saturday morning, my usual routine would have me pick up and read through The Edge Weekly. I've always found their articles on Malaysian business, the economy, and politics to be insightful, honest, and done without any fear or favour. The writings contribute immensely to the robust debate that is so integral to our democracy.
Today I, like many thousands of Malaysian business leaders, captains of industry, and the Rakyat in general, find that this routine has been broken. The iron fist of an administration that fears not just the truth, but even those who dare to question, is unveiled yet again. At a time when the Rakyat demand answers, it appears that the right to even ask is being trampled. There is no doubt that this latest assault on freedom of speech and freedom of press will hurt Malaysia's image.
I am deeply disappointed with the Najib administration's decision to suspend The Edge Weekly and The Edge Financial Daily for doing what any member of the fourth estate should rightfully be doing. It should be noted that this suspension is just the latest of many attacks on the Malaysian press; radio stations and online news sites have been cautioned, and journalists have been arrested and investigated for sedition - only because they were doing what they rightfully should do: report the news. And let us not forget the many more politicians, activists, and even a cartoonist who are being prosecuted under the archaic Sedition Act for merely asserting their freedom of expression.
Today we stand on brink of an abyss that is the result of decades of arrogance, corruption and the systemic corrosion of the principles of democracy and the rule of law. While the days ahead appear truly dark and foreboding, I call on all Malaysians to not lose heart. This is the only country we have. We must set aside differences, come together and rise to save our nation.
There are forces that want us to divide us, that want us to give up. But we will never give up. We will never surrender. We will build a better Malaysia, together.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Leader of the Opposition
KEADILAN President

Friday, July 24, 2015

SEDAKA Sejahtera™

Diaaa... Bai’ah Talak Tiga Wakil Rakyat PAS Disahkan Benar: Macam Mana Nie? Jom Terjah!!!

















Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya.

Beliau diminta mengulas isu sumpah bai’ah yang didakwa dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.

Ahmad turut ditanya mengenai laporan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pakatan baru pembangkang, tetapi tidak melibatkan Pas.

Ahmad berkata, Pas tetap tidak akan berganjak (daripada pendiriannya) kerana parti Islam itu adalah parti yang diterima rakyat dan (programnya) telah terlaksana dengan jayanya.

“Saya tidak dapat lagi maklumat itu. Tetapi itu terpulanglah. Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini (mereka boleh lakukannya), dan jika ia diterima oleh pihak pendaftar,” katanya.

Ahmad hadir pada Majlis Ramah Mesra Mahasiswa yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi dan Ketua Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari lapor Sinar Harian


PATUTLAH AMERICA BUAT HAL DGN RUSIA
Posted by ‎احمد ازحاري‎ on Friday, March 6, 2015

gsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri
iaitu dengan mengurangkan tidur,mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut
iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur
iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir
iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan
iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat
iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik
iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t. membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan
penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t. sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w.
iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
________________________________________
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."

Tuesday, May 26, 2015



Best Roti Canai in Selangor

By Esther Chong 
Best Roti Canai in Selangor
Malaysians love their roti canai with a passion. From kids to senior folks, we Malaysians practically grew up tucking into this simple yet popularmamak dish. Given that Malaysian eateries serving this much-loved flat bread are a dime a dozen in every neighbourhood, what makes a really good roti canai? Many agree that it must be crispy and fluffy, and comes served with aromatic dhal or curry. So here's our take on five of the best roti canai available in Selangor.

Kanna Curry House in Section 17, PJ 
best-roti canai in pj & subang_kanna_shopfrontOne of the most famous banana leaf rice restaurants in PJbest-roti canai in pj & subang_kanna_roti canaiKanna's fish curry goes superbly with its crispy warm rotiOne of the most popular banana leaf rice restaurants in the Klang Valley,Kanna Curry House also serves pretty good roti canai. Unlike many similar restaurants that only serve banana leaf rice during lunch hours, you can still order a piping hot serving of roti canai if that's what you prefer for a lunch fix. Ours arrived crispy and warm, but served on an artificial piece of banana leaf paper. The dhal and fish curry was good. Each serving of roti canai costs RM1.30. 

Kedai Makanan Raju at Jalan Gasing, PJ best-roti canai in pj & subang_rajuPacked to the rafters, but thankfully service was still promptbest-roti canai in pj & subang_raju_roti canaiRaju's roti canai is crispy and fluffyOne of the most blogged about roti canai eateries in PJ has got to beRaju's. Many roti canai aficionados firmly swear by its fluffy and crispy dough. Service was fast and efficient, and true enough, our roti was served promptly on a large piece of lustrously green banana leaf; fluffy and light, with just the slightest touch of oil. We enjoyed the dhal too, which is quite thick with mushy lentils.

Restoran Al Fariz Maju in Kelana Jaya, PJbest-roti canai in pj & subang_al fariz maju_shopfrontRelatively under the radar, Al Fariz Maju churns out one of the best roti in townbest-roti canai in pj & subang_al fariz maju_roti canaiVery light and fluffy, almost greaseless. The sweet sambal on the side is excellentOf all the roti canai shops we sampled, our favourite was Al Fariz Maju. Their roti canai was the fluffliest and crispiest, as well as almost grease-free. Their dhal was also thick and aromatic. A small portion of sweet sambal was also served, which really perked up the palate and provided an appetising contrast to the savouriness of the dhal and curry. Prices here are also cheaper than other places, with each roti canai at RM1.10 and a piece of fried chicken costing RM3.50.

Sri Melur Jaya in USJ 17, Subangbest-roti canai in pj & subang_sri melur jaya_shopfrontSri Melur Jaya has been voted as serving the best roti canai, and with good reason!best-roti canai in pj & subang_sri melur jaya_roti canaiA fluffy and crispy version, served with a flavourful dhal, curry, and sweet sambalFresh from winning theStar Readers Community Choice Award 2014 for the best roti canai in Klang Valley, Sri Melur Jaya does live up to expectations with their crispy warm roti canai. Compared to Al Fariz Maju, the roti here is a tad oilier, and according to my partner, slightly more fragrant than Al Fariz’s. Their dhal, whilst flavourful, was more on the watery side. Similarly to Al Fariz, a side of sweet sambal was also provided. Each piece of roti costs RM1.30 and fried chicken was the cheapest at RM3 per piece.

Restoran Nasi Kandar Makbul in Shah Alam
M
akbul
 is definitely one of the cleanest nasi kandar restaurants I've been to. Everything's laid out neatly, from the chairs and tables to the different food sections. The interior is bright and well-ventilated.
best-roti-canai-in-pj-subang_nasi-kandar-makbul_shopfront
At night, Makbul lights up like a beacon in the sea!The roti here is also highly recommended - it is warm, crispy and there's hardly any grease. The dhal served is spicier than many places we've tried, but still very aromatic.
best-roti-canai-in-pj-subang_nasi-kandar-makbul_roti-canai
Pair their yummy roti kosong for a Milo kosong ais for a fuss-free supper optionPortion is however, noticebly smaller, but with a price that commensurates - RM1, the cheapest by far. I'd rate Makbul's roti to be on par with Raju's.

Sunday, May 24, 2015



MELAYU SENANG DITIPU ARAB







MELAYU DITIPU ARAB
Melayu Mudah Terpesona [dipetik dari blog poyomelayu] Kalau engkau nak cuba tipu Melayu dengan berkesan,engkau guna terma terma Arab.Kalau nak jual daging babi sekalipun,kau tulis pada bungkus babi tu Wal Khinzir Halalan Toiyiban.Make sure tulisan Jawi.Kalau tin Carlsberg tulis Jawi,Al Araki Wal Nikmati..

aku percaya Melayu akan beli dan minum bertin tin.Melayu pantang nampak tulisan jawi,disangka semuanya halal dan Islamik.Kalau nak jual insuran atau hire purchase,syarat-syarat perjanjian pun gunakan terma Arab.Al Mudhoroboh Wal Gila Babas,Al Bai Bitaman Ajil Wal Bhai Bitamin Ajal,


kemudian kau gunakan serba sedikit kata kata manis spt Insyaallah,Masyaallah,Alhamdulillah,Bismillah bila bercakap..nescaya engkau boleh buat sale.Kalau lagi baik,gambar bisnes kad engkau tu letak muka engkau pakai kopiah,baju putih.Kalau engkau ada janggut,simpanlah janggut.Ini utk aksesori engkau berniaga tau.Insyaallah ramai lah engkau dapat pelanggan Melayu. ------------- Haha..melayu mmg begini.. on ARAB KALI KELENTONG

Tuesday, May 19, 2015

Selamat malam Rohingya
Di mana jua kalian berada
Meski lenamu disisi mayat
Wpun hati mu tersiat siat
Jangan menangis sahabat
Kerana saudara Islam kamu sedang melihat
Ini Tuhan mengujimu
Sejauh mana ketaqwaan dan Keimanan mu

Selamat malam Rohingya
Kami terus menerus Berdoa
Dunia sedang tidur lena
Kerana Penghuni nya sedang leka
Kami doakan untukmu
Smuga Allah nenberi kesabaran pada mu
Sejahteralah selalu
Kerana pada dia saja yg lebih baik tempat mengadu

Selamat malam Rohingya
Biar malam mu merehatkan  keperitan kepedihan yg di rasa
Esokkan ada matahari 
Tapi belum ada kepastian yg di beri
Berbanyaklah berdoa
Itu saja senjata yg ada
Jangan kau terlepas darinya
Kerana ramai yg mampu berkata tapi  implement masih atas kertas saja..

Thursday, May 14, 2015





Ezam tampil tuduh  Mahathir selamatkan 

syarikat anak guna dana awam


Mohamad Ezam Mohd Noor hari ini dilaporkan menuntut Mahathir Mohamad menjelaskan penggunaan dana awam berbilion ringgit bagi menyelamatkan syarikat swasta milik anak bekas perdana menteri itu.
Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar, kiri), bekas ketua Pemuda PKR yang berpaling tadah menyertai Umno pada 2008, memberitahu Utusan Malaysia, pembelian Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir pada 1998 menggunakan wang Petronas adalah antara "bailout" oleh pentadbiran Dr Mahathir.
"Transaksi yang melibatkan syarikat perkapalan milik Mirzan ketika itu yang membabitkan sejumlah ribuan juta ringgit dana Petronas secara jelas merupakan satu langkah ‘bailout’ sebuah syarikat milik swasta menggunakan dana milik awam.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ezam-tampil-tuduh-dr-m-selamatkan-syarikat-anak-guna-dana-awam#sthash.g1zP3xP3.MhZHcIMp.dpuf