Wednesday, December 17, 2014

Detik Islam

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

Kepuasan Dari Sujud


Pernahkah kita terfikir, setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah s.w.t.? Persoalan ini kita utarakan, mudah-mudahan dapat menambahkan kefahaman kita mengenai ibadah solat yang kita dirikan selama ini. 

Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan, barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. 

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Al-Ankabut: 45) 

Sememangnya segala rukun di dalam solat, baik rukun yang melibatkan hati (qalbi), lisan (qauli) mahupun perbuatan (fi'li) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah Taala. 

Namun begitu, amalan atau rukun yang paling disukai Allah ialah rukun sujud. Dikatakan juga bahawa waktu sujud itu adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Kenapa rukun sujud itu sangat utama dan paling disukai Allah?

Cuba kita perhatikan bagaimanakah keadaan kita ketika bersujud itu. Tidakkah pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan "rasa menghina dirinya" seseorang hamba itu di depan Tuhannya. 

Dia berada di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa "Ya Allah, hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan meminta pertolongan".

Seorang Sahabat Nabi s.a.w., iaitu Huzaifah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah, daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah (sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)." (Riwayat Imam Tabrani di dalam Ausath).

Orang yang tidak mahu, tidak suka, enggan ataupun malas bersujud kepada Allah sudah dapat digambarkan tahap kesombongan, keangkuhan dan keegoannya. Sinonimnya orang yang ego untuk sujud kepada Allah, adalah orang yang juga ego dan sombong kepada sesama manusia. Tidak begitu? 

Untuk sujud, meratakan dahi (muka) setaraf bumi dirasakan terlalu leceh, kolot dan membuang masa. Kalau ia bersujud pun, sujudnya tidak sempurna ibarat patukan ayam sahaja - hendak cepat selesai. 

Apalagi kalau yang bersujud sama di sebelahnya ketika itu adalah seorang fakir miskin. Hatinya rasa mendongkol dan bibirnya menjuih ke depan penuh penghinaan. 

Inilah manusia-manusia angkuh. Manusia-manusia yang ingin memakai "selendang" Allah, sedangkan selendang sombong (kibriyak) itu hanya layak untuk Allah s.w.t. sahaja.

Monday, December 15, 2014

3 hrs · Edited · 
OH MADEYSIAMU
Setelah bertahun-tahun dinafikan pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang ahli Parlimen (MP) BN akhirnya mengaku bahawa 40 MP telah dihantar melawat Taiwan sebelum 16 September 2008 untuk menghalang mereka daripada melompat ke Pakatan Rakyat dan seterusnya membentuk kerajaan..
PS/: BUKAN NAJIB JE MENAFIKAN 16 SEPT MALAHAN LEBIH TERUK LAGI MACAI2 DAN PUAK2 UG TURUT MEMPERSENDAKAN DAN MEMPERLEKEHKAN. LA NI KETAWA LAH LAGI...KALAU BOLEH LER!!!! CHOOIII....
Like 
Dimana HEBATNYA PAS ?
Pada namanya kah?
Pada ahli2nya kah?
Pada pemimpin2 yg bertaraf ulamaknya kah?
ATAU...
See More
Kalau mahu menilai kehebatan PAS, maka lihatlah keputusan pilihanraya umum 1978, 1982, 1986, dan 1995..... PRU 1990 susah nak kira kekuatan sebenar PAS kerana bergabung dengan Parti Semangat 46, dan hasil gabungan itu memberi keuntungan yang sangat besar kepada PAS khususnya di Kelantan.... Manakala PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, sokongan terhadap PAS banyak dibantu oleh rakan dalam Pakatan iaitu PKR dan DAP terutamanya di pantai barat.
Sejak PAS bergelar ibu tunggal selepas bercerai dengan Barisan Nasional dalam tahun 1977, Pilihanraya Umum 1978 ialah pilihanraya pertama di mana PAS bertanding sendirian menggunakan logo parti sendiri.
Keputusan PRU 1978, di Kelantan, PAS hanya menang 2 dari 36 Dun yang dipertandingkan, manakala untuk parlimen, PAS menang 2 daripada 10 kerusi.
Di Terengganu, BN menyapu bersih semua kerusi Dun dan parlimen yang dipertandingkan.
Di Kedah, PAS menang 7 daripada 26 Dun, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.
Di Pulau Pinang, PAS menang 1 daripada 26 kerusi Dun dan 1 daripada 9 kerusi parlimen.
Hanya itulah saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1978.... Maknanya, di dewan parlimen, wakil rakyat PAS hanya 3 orang sahaja, iaitu 2 dari Kelantan dan 1 dari Pulau Pinang.
Pilihanraya Umum 1982..... Di Kelantan, PAS menang 10/32 DUN, manakala untuk parlimen, PAS menang 4/12 kerusi di Kelantan...
Di Terengganu, PAS menang 5/28 kerusi DUN, dan gagal memenangi sebarang kerusi parlimen... Dun yang dimenangi oleh PAS ialah Rhu Rendang (Haji Abdul Hadi Awang), Batu Buruk (Wan Mutalib Embong), Wakaf Mempelam (Mustafa Ali), Manir (Harun Taib) dan Teluk Pasu (Abu Bakar Chik).
Di Kedah, PAS menang 2/26 kerusi Dun, dan menang 1/13 kerusi parlimen.
Di Perlis, PAS menang 1/12 kerusi DUN sahaja.
Hanya itu saja kerusi yang dimenangi oleh PAS dalam PRU 1982.... Di parlimen, PAS hanya ada 5 orang wakil rakyat, iaitu 4 dari Kelantan dan 1 dari Kedah.
Pilihan Raya Umum 1986, PAS menang 10/39 DUN di Kelantan, 2/32 DUN Terengganu, menang 3/28 DUN di Kedah dan 1/12 DUN di Perlis, di Parlimen hanya 1/13 kerusi parlimen negeri Kelantan iaitu di Pangkalan Chepa yang diwakili oleh Allahyarham Hj. Nik Abdullah Arshad, bapa kepada Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang... Itulah satu-satunya kerusi PAS di parlimen pada waktu itu.
Pada Pilihan Raya Umum 1990 PAS dapat memerintah Kelantan hasil kerjasama dengan Semangat 46 di mana PAS menang semua 24 kerusi, Semangat 46 menang semua 13 kerusi, Berjasa dan Hamim masing-masing menang 1 kerusi dan BN kalah di semua 39 DUN. Di peringkat parlimen PAS menang kesemua 6 kerusi dan 7 kerusi di raih oleh Semangat 46.... BN kalah di semua kerusi parlimen.
Di Terengganu PAS menang 1 kerusi Parlimen dan satu oleh Semangat 46 dan di DUN Terengganu PAS hanya menang 3/32. Sementara itu di Kedah kemerosotan PAS amat ketara kerana hanya memenangi 1 DUN sahaja.
Pilihan Raya Umum 1995, PAS berjaya mempertahankan kemenangan di Kelantan dengan memenangi 24 kerusi, 12 kerusi oleh Semangat 46 dan BN berjaya merampas 7 kerusi DUN dari 41 yang dipertandingkan. Peringkat Parlimen PAS menang 6 kerusi sementara Semangat 46 menang 6 dari 8 kerusi yang bertanding, iaitu kalah di Peringat dan Jeli.
Di Terengganu PAS masih mengekalkan satu kemenangan di Parlimen Marang.
Pilihan Raya Umum 1999 merupakan lonjakan pengaruh PAS di seluruh negara ekoran perpecahan UMNO apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO. PAS Kelantan meningkatkan kemenangan kepada 41/43 DUN. Pilihan raya kali ini PAS bekerjasama melalui Barisan Alternatif (BA) iaitu melibatkan DAP, Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan PRM. Di Kelantan Keadilan tidak bertanding di DUN dan hanya bertanding 3 Parlimen dengan memenangi kesemuanya sementara PAS bertanding 11 Parlimen tetapi tewas 1 iaitu di Gua Musang.
Kejayaan pilihan raya atas nama BA juga membolehkan PAS memerintah Terengganu apabila memenangi 28/32 kerusi DUN dan kesemua 8 Parlimen yang mana Parlimen Kemaman di wakili oleh Keadilan. Bagi negeri-negeri lain kerjasama BA telah berjaya memenangi 8 DUN di Pahang ( 6 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan ), di Selangor 6 DUN (4 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan), di Kedah 12 DUN PAS dan 8 Parlimen PAS, di Perak 4 DUN (2 PAS, 1 DAP, 1 Keadilan) serta 3 Parlimen ( 2 PAS, 1 DAP ), di Pulau Pinang 2 DUN (1 PAS, 1 DAP) dan satu Parlimen,di Perlis 4 DUN PAS.
Pada Pilihan Raya Umum 2004 BA hanya disertai oleh dua Parti Politik iaitu PAS dan Keadilan kerana DAP telah menarik diri dari BA. Pertukaran kepimpinan BN dari Dr Mahathir kepada Abdulah Ahmad Badawi mewujudkan senario baru iaitu pengundi ingin melihat perubahan selepas era Dr Mahathir. Suasana ini meninggalkan kesan kepada BA dengan jatuhnya kerajaan PAS Terengganu yang hanya memenangi 4/32 DUN, di Kelantan 23/21 dan memenangi 6 kerusi Parlimen, di Pulau Pinang hanya memenangi 1 DUN. Di Perlis juga 1 DUN, di Kedah 5/36 dan peringkat Parlimen hanya 1/15.
Namun PAS mencatat sejarah baru apabila kali pertama memenangi 1 DUN di Johor di DUN Senggarang yang di wakili oleh Dr. Ramli bin Mat Kari yang menang tanpa bertanding. Bagi negeri-negeri lain yang pernah meraih kemenangan pada pilihan raya 1999 kecundang untuk mendapat sebarang kerusi sama ada PAS atau pun Parti Keadilan Rakyat.
Sunami politik telah melanda Malaysia dalam pilihan raya umum ke 12, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, PKR dan DAP telah berjaya memerintah 5 negeri, mengekalkan Kelantan, membentuk kerajaan di Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang disamping itu menafikan majoreti 2/3 di Dewan Rakyat yang tidak pernah berlaku dalam sejarah sejak 11 kali pilihan raya umum diadakan. Gabungan Pakatan Rakyat memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat daripada 222 yang di pertandingkan 11/15 di Kedah, 12/14 di Kelantan, 1/8 di Terangganu, 11/13 di Pulau Pinang, 11/24 di Perak, 2/14 di Pahang, 10/11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 3/8 di Negeri Sembilan, 1/6 di Melaka, 1/26 di Johor, 1/25 di Sabah dan 1/31 di Serawak.
Sementara itu sebanyak 197 kerusi Dewan Undangan Negeri menjadi milik Pakatan Rakyat daripada 505 yang dipertandingkan dengan pecahan PAS 84, DAP 73, PKR 40. Suasana ini memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat berjaya menghantar wakil ke dalam semua Dewan Undangan Negeri sepertimana pecahan berikut, 2/15 di Perlis, 22/36 di Kedah, 39/45 di Kelantan, 8/32 di Terengganu, 29/40 di Pulau Pinang, 31/59 di Perak, 4/42 di Pahang, 36/56 di Selangor, 15/36 di Negeri Sembilan, 5/28 di Melaka, 6/56 di Johor, 1/60 di Sabah.
Begitulah kehebatan PAS.... Orang yang kata PAS boleh berjuang sendiri dan tak perlu bergabung dengan parti lain, jentera pilihanraya PAS paling hebat dalam dunia, PAS boleh hidup sendiri, itu semua kenyataan dari orang yang baca sejarah..... Wakil Rakyat PAS yang mendabik dada kononnya kemenangannya dalam pilihanraya adalah kerana kekuatan PAS, bukan kerana pertolongan dari PKR dan DAP, itu kenyataan yang bongkak, angkuh, dan bodo-sombong.
Haji Hadi dan lebai-lebai yang semazhab dengannya hanya seronok menjadi pembangkang, dan tidak pernah bersedia untuk jadi pemerintah, manakala kuncu-kuncu di peringkat bawah pula hanya seronok menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja... Seronok sokong pembangkang ni... Lebih-lebih lagi pembangkang yang pakai jaket ulamak Islam.... Sokong parti pemerintah tak seronok.... Apatah lagi jika kemenangan itu hasil gabungan dengan orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim dan parti kapir seperti DAP.... PAS tak mahu.... PAS tidak gila kuasa... PAS tak mahu jadi pemerintah.... Ulamak PAS tidak bersedia.... Tok lebai PAS cuma mahu glamour sebagai tokoh pembangkang sahaja.... Sebahagian penyokong PAS dari jalur UG (Ulamak Gangster) hanya mahu menyokong PAS sebagai parti pembangkang sahaja... Haji Hadi ialah seorang agamawan, tetapi dia bukan seorang negarawan.
Saya mengundi dalam pilihanraya dengan harapan untuk memilih samada mengekalkan kerajaan atau menukarkannya.... Saya bukan mengundi sekadar untuk memilih wakil rakyat pembangkang yang sedap ceramah.... Saya akan mengundi parti yang diketuai oleh orang diyakini mampu menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri jika partinya menang pilihanraya.

Sunday, December 14, 2014

Inilah keHARAMJADAHan yg Najib pernah sebut. Memang REAL HARAMJADAH ! hehe.. PRU14 pakcik felda masih meneruskan warisan mengundi umno bn.. Teruskan.. Teruskannn...!
Kesian peneroka felda , sudah ada hak milik pun , akhirnya HUTANG TANAMAN SEMULA MENCECAH RM123K DAN BERTAMBAH DARI MASA KE SEMASA . NOTE : PERHATIANKAN JUMLAH PINJAMAN PENEROKA . Melayu juge yg MALANG DI NEGARA SENDIRI .

Wednesday, December 10, 2014

Abd Azizul Rahman Kidam Sebahagian Khutbah Jumaat dari IKRAM tentang Sheikh Dr. Ali Jumah .

Sidang Jumaat sekalian,


Sebagaimana kita tahu bahawa telah berlaku rampasan kuasa oleh kudeta yang diketuai As-Sisi di Mesir. Rampasan ini didukung oleh Israel dan mendapat dana sebahagiannya daripada beberapa negara Arab yang kaya. Yang paling menyedihkan, (kudeta) disokong oleh fatwa bekas Mufti Mesir iaitu Dr Ali Jum'ah yang mendakwa bermimpi jumpa Nabi SAW di mana perjuangan As-Sisi adalah betul dan mesti disokong dan ada juga Syeikh yang mendapat ilham/mimpi bahawa Ikhwan Muslimin adalah tali barut Israel.

Sidang Jumaat sekalian,

Kita nak tanya siapa yang sedang berjuang mempertahankan Palestin sekarang, bukankah Ikhwan Muslimin atas nama Hamas? Siapa yang berjuang mengembalikan kuasa rakyat melalui pilihan raya, yang selama ini rakyat dibelenggu oleh pemerintahan tentera? Bukankah Ikhwan Muslimin, Presiden yang menang adalah Morsi?

Siapa yang mengerahkan segala kekuatan dan ahlinya membantu tentera Mesir melawan Israel dalam perang Sinai? Bukankah Ikhwan? Siapakah yang sanggup dihukum gantung, ditembak, di penjara dek kerana berjuang untuk mengembalikan kehidupan masyarakat berlandaskan syariat Islam yang mana Al-Quran dan As-Sunnah menjadi rujukan? Bukankah Ikhwan seperti As-Syahid Hasan Al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain? 

Jawatankuasa Majlis Fatwa Saudi yang dipengerusikan oleh Almarhum Syeikh Abdul Aziz Bin Baz telah memfatwakan Ikhwan Muslimin antara tiga jamaah Islam yang dekat dengan al-Haq (kebenaran), sila rujuk fatwa nombor 6250.

Sesungguhnya mereka inilah (Ikhwan) yang membeli syurga dengan jiwa dan harta mereka seperti mana firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَۖ 

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah, maka (di antara) mereka yang membunuh dan terbunuh." (At-Taubah: 111)

Sidang Jumaat sekalian,

Imam dan khatib Masjidil Haram Mekah, Syeikh Sa'ud Ash-Shuraim menegaskan bahawa dakwaan Mufti kudeta tentera Mesir, Ali-Jum'ah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW yang menyuruh supaya membunuh rakyat adalah satu "kejahatan yang nyata". 

Beliau membawa hadis: "Akan ada di akhir zaman nanti manusia dari kalangan umatku yang berkata kepada kamu apa yang kamu tidak pernah dengar sebelumnya begitu juga datuk nenek kamu. Maka berhati-hati lah kamu dan berhati-hatilah mereka itu."

Beliau menambah: "Kadang-kadang mereka tidak menemui satu nas pun di dalam syariat atau satu alasan yang munasabah dari sudut akal untuk dijadikan sandaran kepada jenayah yang mereka telah lakukan, maka mereka cuba berpaut pada tali yang rapuh seumpama sarang labah-labah dengan mendakwa bertemu di dalam mimpi." 

وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنكَبُوتِۖ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

"Padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling rapuh ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang berpengetahuan." (Al-Ankabut: 41)

Pada Isnin 14 Oktober 2013, seorang Ulama Moroko (Maghribi) spesialis masalah Maqasid Asy-Syari’ah Al-Islamiyyah, Syeikh Dr Ahmed al-Raisuni mengatakan bahwa mantan Mufti Mesir, Ali Jum’ah, terlibat (dosanya) membunuh setiap jiwa yang terbunuh dan setiap kezaliman yang dilakukan rejim kudeta akibat fatwanya.

Pernyataan ini ditujukan kepada perkataan Ali Jum’ah di hadapan pegawai tentera dan polis Mesir yang menyeru membunuh para (peserta) demonstrasi yang menentang kudeta tentera dan menganggap mereka sebagai Khawarij.

Al-Raisuni berkata, “Perkataan Jum’ah itu adalah pemberi semangat yang jelas untuk membunuh orang-orang yang menentang kudeta. Oleh karena itu, dia termasuk dalam pembunuhan setiap jiwa yang terbunuh dan kezaliman yang dilakukan akibat fatwanya.” 

Sidang Jumaat sekalian,

Pengaruh pemikiran Ali Jum'ah ini telah meresap dalam jiwa sebahagian umat Islam di negara ini, bahkan di kalangan bijak pandai. Yang lebih mengejutkan ada seorang doktor (PhD) apabila ditanya mengenai isu Mesir dan mengenai Dr Yusuf Al-Qaradawi tentang fatwanya, berkata doktor tersebut: "Syeikh Ali Jumaah pandangannya lebih dekat kepada hak dan kepada Yusuf Al-Qaradawi, dia ulama' syaitan."

Yang paling menyedihkan ada juga penceramah selebriti menyebut bahawa pengikut-pengikut Ikhwan adalah di kalangan Wahhabi dan Salafi. Ini antara usaha untuk memecah belahkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beliau menyebut lagi, Ikhwan bercita-cita nak menutup Universiti Al-Azhar.

Ini satu lagi pembohongan yang besar sebab semasa Perdana Menteri Gaza Ismail Haniyyah melawat Masjid Al-Azhar semasa Dr Morsi memerintah tahun lepas, Ikhwan mengisytiharkan untuk mempertahankan institusi Al-Azhar di samping melancarkan jihad di Syria.

Astaghfirullahal 'azim, inilah pandangan yang menampakkan bahawa musuh Islam dalam pelbagai kelompok telah berjaya menutup pandangan hati, menilai kebenaran yang nampak jelas di hadapan mata. Bagaimana peranan Israel membantu rampasan kuasa dan didokong oleh golongan anti Islam serta disokong oleh kumpulan tarikat yang menyeleweng? Apakah boleh dipakai hujjah mimpi Rasulullah SAW yang membenarkan kezaliman As-Sisi membunuh rakyat yang tidak berdosa?

Ya Allah! Selamatkan kami daripada terpengaruh dengan pandangan yang menyesatkan. Berilah hidayah kepada kami agar kami dapat membezakan yang hak itu hak dan yang batil itu batil. Tunjukkanlah jalan yang benar kepada hamba-Mu yang tidak boleh membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Amin ya Rabbal 'Alamin.

Gambar Mengerikan Sempena Perhimpunan Agong HAMNO




Mana satu Kitol? Mana satu Mandeliar?
Adakah kedua mereka ini berasal dari Kerala?
Kah kah kah kah kah kah!!!

Kesian member2 kat Penang.
Habis ditipu Anwar,
digoreng Lim Guan Eng,
dikelentong Mat Sabu.

Kah kah kah kah kah kah!!!

http://alhusseyn51.blogspot.com/2014/12/fatwa-syaikh-al-maqdisi-mengenai.html

Fatwa Syaikh Al-Maqdisi mengenai ancaman ISIS menyembelih aktivis kemanusiaan Alan Henning Syaikh Abu Muhammad Al-Maqdisi (hafizahullah)

ISIS dalam menjalankan syari’at “pemenggalan kepala” kian memojokkan Islam ke dalam stigma “agama yang keji dan tak berbelas kasihan”. Sementara, predikat rahmatan lil ‘alamin tenggelam dalam lautan foto dan video berdarah-darah yang diunggah bebas oleh ISIS dan pengikutnya bukan untuk pelajaran bagi kaum Kuffar, namun dengan kebanggaan nan menipu. Subhanallah. Alan saat ini dalam tawanan ISIS, dan ini adalah cuplikan dari ancaman ISIS kepadanya Tidakkah ISIS memahami Qur’an Surat Al-Baqarah (2) ayat 190? وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلاَ تَعْتَدُواْ إِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبِّ الْمُعْتَدِينَ “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, karena sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.” Maka pantaslah Syaikhuna Al-Maqdisi mengecam keras perbuatan ISIS yang kian tak adil terhadap lawannya, termasuk kepada non-Muslim sekalipun. Berikut fatwa yang beliau -semoga Allah melindunginya- terkait ancaman ISIS atas pemenggalan seorang aktivis kemanusiaan Alan Henning beberapa waktu lalu. *** PENOLAKAN DAN PENGINGKARAN TERHADAP SIAPA SAJA YANG MENANGKAP ATAU MEMBUNUH PARA PEKERJA KEMANUSIAAN MESKIPUN MEREKA ADALAH ORANG-ORANG KAFIR بسم الله الرحمن الرحيم Segala puji bagi Allah Rabb semesta alam, shalawat serta salam semoga tercurahkan kepada penutup para nabi dan rasul, sayyidina Muhammad, kepada keluarga dan kepada para sahabat beliau, wa ba’du: Allah Ta’ala berfirman: وَٱتَّقُواْ فِتۡنَةٗ لَّا تُصِيبَنَّ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمۡ خَآصَّةٗۖ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢٥ “Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. dan ketahuilah bahwa Allah Amat keras siksaan-Nya” [Qs. Al Anfal: 25]. Nabi Muhammad SAW telah memberikan sebuah permisalan kepada kita di dalam sebuah hadits shahih: مَثَلُ القَائِمِ في حُدُودِ اللهِ وَالوَاقعِ فِيهَا ، كَمَثَلِ قَومٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَصَارَ بَعْضُهُمْ أعْلاها وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا ، وَكَانَ الَّذِينَ في أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوا مِنَ المَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقهُمْ ، فَقَالُوا : لَوْ أنَّا خَرَقْنَا في نَصِيبِنَا خَرْقاً وَلَمْ نُؤذِ مَنْ فَوقَنَا ، فَإِنْ تَرَكُوهُمْ وَمَا أرَادُوا هَلَكُوا جَميعاً ، وَإنْ أخَذُوا عَلَى أيدِيهِمْ نَجَوا وَنَجَوْا جَميعاً “Perumpamaan orang yang menegakkan hukum-hukum Allah dan yang melanggarnya adalah bagaikan suatu kaum yang mengadakan undian untuk naik sebuah kapal, maka jadilah sebagian mereka ada di atas dan sebagian lagi di bawah. Lalu orang-orang yang ada di bawah jika mereka hendak mengambil air maka harus melewati orang yang di atas mereka. Maka mereka berkata: “Seandainya kami melubangi kapal ini maka kami tidak mengganggu orang yang di atas kami.” Jika para penumpang kapal itu membiarkan apa yang mereka kehendaki itu maka semuanya akan binasa. Tetapi jika mereka mencegahnya maka selamatlah dan selamat semuanya.” [HR. Bukhari No. 2493] Kesimpulan dari hadits tersebut adalah bahwa berdiam diri dan tidak mengingkari perbuatan yang mungkar akan menyebabkan turunnya bencana kepada semua orang, maka dari itu ketika kami melihat kesalahan yang dilakukan oleh sebagian kaum muslimin, maka kita tidak berhak untuk berdiam diri dari kesalahan itu walaupun kita akan terbebani dengan mara bahaya atau permusuhan, dan walaupun para penentang kita mencoba untuk merubah perkataan kita dari maksud sebenarnya, atau mencemarkannya, karena Allah telah mengambil perjanjian kepada para penyandang Al Kitab, “Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya”. Risalah saya ini adalah nasehat kepada Tanzhim Daulah yang masih merupakan bagian dari bahtera umat, ia tidak keluar darinya, walaupun ia berusaha untuk mengeluarkan banyak kaum Muslimin darinya. Yang kami khawatir adalah pelanggaran-pelanggarannya dan Ummat yang bersamanya, karena Nabi kita shallallahu ‘alayhi wa sallam telah mewasiatkan kepada kita dengan sabdanya: “tolonglah saudaramu yang dzalim maupun yang didzalimi”. Tanzhim Daulah pada hari ini terzhalimi dengan serangan para salibis terhadapnya dan terhadap kaum muslimin secara keseluruhan, tidak halal bagi seorang pun untuk mendukung salibis dalam memeranginya. Akan tetapi, Tanzhim Daulah juga dzalim karena permusuhannya terhadap kaum Muslimin, sebagaimana yang terjadi di Utara Syam (Aleppo – red.), yang sampai saat ini senjata dan alat tempur pasukannya masih mengarah kepada kaum Muslimin. Namun jika ternyata akhir-akhir ini hal tersebut sudah mulai berkurang, maka kami berharap agar dia dapat berhenti dan mencukupi serta meneruskan sikapnya untuk berhenti itu, jangan sampai hanya sementara saja, yaitu hingga kecaman internasional kepada mereka berkurang. Kami memandang bahwa tekanan global dan prilaku dzalim yang menimpa mereka adalah disebabkan apa yang telah mereka perbuat, yaitu berbuat dzalim kepada kaum Muslimin dan menumpahkan darah para Mujahidin serta melenceng dari kebijakan syariat Nabi, hingga dunia takut terhadap mereka dan terhadap kaum Muslimin. Mengapa mereka tidak bertaqwa kepada Allah dan bertaubat dari kedzaliman mereka, dan mencukupkan permusuhannya terhadap kaum muslimin? Semoga Allah mencukupkan serangan orang-orang kafir terhadap mereka. Jika kebanyakan dari mereka mengkafirkan banyak Mujahidin dan mengkhianati mereka serta meneriaki mereka dengan tuduhan pro-orang-orang kafir, maka hendaknya sekarang mereka berpikir, mengapa ada banyak kelompok-kelompok perlawanan yang menolak kedatangan musuh salibis yang kafir dan enggan untuk bersikap pro terhadapnya meskipun di antara kelompok-kelompok ini dengan Tanzhim Daulah terdapat permusuhan dan darah? Apakah itu tidak menjadikan sebuah pelajaran dan pencegah bagi mereka tidak mengkafirkan saudara-saudara mereka? Karena sesungguhnya kembali kepada kebenaran itu lebih baik dari pada terus-menerus berada di atas kebathilan. Kemudian di dalam kalimat ini saya ingin menjelaskan hukum Islam mengenai membunuh sebagian sandera yang bukan Islam, dengan tujuan menjelaskan hukum syariat dan menjaga wajah syariat agar tidak diperburuk citranya. Sesungguhnya orang-orang bukan Islam yang masuk ke dalam negeri-negeri kaum Muslimin untuk menjalankan tugas kemanusiaan dan tidak terbukti bahwa mereka adalah mata-mata, maka mereka harus diperlakukan seperti para pencari suaka yang haram untuk dibunuh dan diambil harta serta hak-hak mereka. Karena tujuan mereka masuk adalah untuk membantu kaum Muslimin yang miskin dan merawat mereka yang terluka serta memberi makan kepada mereka yang lapar, disertai penghormatan mereka terhadap agamanya kaum Muslimin, dan tidak menampakkan permusuhan terhadapnya, wajib hukumnya untuk disambut dengan hormat dan diberikan jaminan keamanan sebagaimana Rasul kita shallallahu ‘alayhi wa sallam memperlakukan setiap orang-orang musyrik yang membantu atau menolong beliau. Dan ini adalah bagian dari sikap adil yang dicintai oleh Allah, sehingga orang-orang seperti mereka tidak boleh dizhalimi. Allah ta’ala berfirman: لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ ٨ “Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang Berlaku adil” [Al Mumtahanah: 8]. Sebelum hari-hari penyembelihan yang dilakukan oleh Tanzhim Daulah terhadap sandera warga negara Inggris (David Haines), media mengatakan bahwa ia bekerja di bidang kemanusiaan. Namun terlepas dari kebenarannya, para penyembelih mengancam di dalam rekaman video mereka bahwa mereka akan menyembelih seorang warga negara Inggris lainnya yang bernama Alan Henning. Menurut informasi yang kami terima, lelaki ini adalah seorang sopir yang menjadi relawan pengantar bantuan kemanusiaan, ia dikirim oleh sebuah badan amal Inggris yang bernama Lembaga Al Fatihah. Lembaga ini telah mengirim beberapa konvoi bantuan kemanusiaan ke Suriah yang berisi obat-obatan dan bantuan-bantuan lainnya untuk rakyat Suriah, kami juga telah melihat foto-foto aksi dari lembaga kemanusiaan ini dan aksi dari sang lelaki yang bersamanya ini. Lalu Qatadah, putera dari Syaikh Abu Qatadah Al Filishthini – semoga Allah segera membebaskan beliau – mengabarkan kepada saya bahwa ayahnya telah mengirimkan surat kepada Tanzhim Daulah 8 bulan yang lalu. Beliau meminta untuk membebaskan lelaki ini namun belum ada hasil, bahkan mereka membantah jika ia ada di tangan mereka. Kemudian setelah itu kami terkejut karena di dalam rekaman video penyembelihan terhadap warga negara Inggris yang pertama, mereka mengancam akan menyembelih lelaki ini. Qatadah juga mengatakan kepada saya bahwa lembaga yang konvoi bantuannya ini datang (ke Suriah) bersama sang lelaki (Alan Henning) didirikan oleh seorang lelaki muslim yang ia kenal, dan sekarang ia ditahan di Inggris karena mengirim konvoi seperti ini. Maka kami katakan kepada Jamaah Daulah untuk bertaqwa kepada Allah dalam urusan kaum Muslimin, serta bertaqwa kepada Allah dalam urusan jihad dan Mujahidin. Permasalahannya tidak terletak pada Inggrisnya, atau membela Inggris – seperti yang akan digambarkan oleh orang-orang bodoh – karena kami tidak condong untuk membela Inggris. Inggris telah membunuh ribuan kaum Muslimin dan mendzalimi jutaan orang lainnya dengan menanamkan kompleks yahudi di jantung negeri kaum Muslimin. Akan tetapi permasalahannya adalah pada membela Islam dan jihad agar keduanya tidak dicemarkan nama baiknya; karena Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: الْمُؤْمِنُونَ تَكَافَأُ دِمَاؤُهُمْ يَسْعَى بِذِمَّتِهِمْ أَدْنَاهُمْ وَهُمْ يَدٌ عَلَى مَنْ سِوَاهُمْ “Orang-orang mukmin darah mereka sederajat, orang yang paling rendah di antara mereka berjalan dengan jaminan keamanan dari mereka dan mereka adalah satu tangan atas orang selain mereka..” [HR. Nasai No.4664]. Dan lelaki warga negara Inggris ini datang sebagai relawan bersama sebuah badan amal yang didirikan oleh orang-orang Islam, maka kaum Muslimin harus menghormati status jaminan keamanan (amaan) lelaki yang datang untuk membantu dan menolong rakyat Suriah. Orang-orang Islam yang datang bersamanya telah memberikan jaminan keamanan kepadanya, begitu juga dengan orang-orang Islam yang ada di Suriah, yang ia masuk ke dalam wilayah mereka atas seizin mereka, maka apakah masuk akal jika balasan yang ia terima adalah penangkapan dan penyembelihan?! Ia datang untuk membantu kaum Muslimin, dan ini sudah cukup menjadi alasan agar ia diberikan ucapan terima kasih, bukannya justru disembelih atau didzalimi, yang itu tidaklah dicintai oleh Allah! Maka kepada Tanzhim Daulah – jika mereka ingin agar Allah mengangkat kezhaliman yang berbondong-bondong menimpa mereka pada hari ini, dan membantu mereka untuk mengatasi kekuatan salibis yang pada hari ini dikerahkan untuk menghadapi mereka dan kaum muslimin – hendaknya ia menghilangkan kedzaliman yang merkea lakukan terhadap kaum Muslimin dan Mujahidin secara umum, serta menjaga alat tempur dan senjata mereka untuk tidak mengarah ke dada para Mujahidin dan mengarahkannya kepada musuh-musuh Allah. Dan juga untuk menghentikan kedzaliman mereka terhadap para relawan kemanusiaan apapun kebangsaannya, dan tidak menangkap seseorang karena ia berasal dari negara yang mendzalimi kaum muslimin tanpa memerhatikan status individunya dan mencari tahu kebenaran mengenai dirinya. Ia adalah seorang yang rela membantu kaum muslimin yang tidak ada sangkut-pautnya dengan kedzaliman yang dilakukan oleh negara tempat ia berasal serta permusuhan negara tersebut terhadap kaum Muslimin. Maka wajib bagi Tanzhim Daulah dan bagi seluruh kaum Muslimin untuk membedakan antara orang-orang semacam mereka yang tidak datang untuk memusuhi kaum Muslimin, sebagaimana Nabi kita shallallahu ‘alayhi wa sallam membedakan antara Uqbah bin Abi Mu’ith, seorang yang memerangi dan memusuhi (Islam) beserta orang-orang semisalnya, dengan Al Muth’am bin Adi, yang seorang pembela dan penolong, meskipun keduanya adalah orang musyrik yang menyembah berhala. Dan barangsiapa yang di dalam berjihad ia tidak membedakan antara ini (orang yang memerangi – red.) dan ini (orang yang tidak menolong – red.) dan memukul rata tanpa membeda-bedakan, maka ia bukanlah bagian dari mujahidin. Tidak, demi Allah ia bukanlah bagian dari mujahidin! Akan tetapi ia adalah bagian dari musuh jihad yang melakukan pencemaran nama baik terhadapnya dan menghalangi perjalanannya, baik ia tahu maupun ia tidak tahu. Kaum Muslimin harus ingat, bahwa jihad merupakan sarana untuk mengangkat panji tauhid, maka janganlah menjadikan sarana ini sebagai alat untuk mencemarkan nama baik panji ini dan menghalangi perjalanannya. Oleh karenanya, kami mengingkari penangkapan terhadap orang-orang semisal para pekerja kemanusiaan yang beroperasi di Suriah atau di negeri-negeri kaum Muslimin lainnya ini, mereka mendapat jaminan keamanan – selama tidak ada bukti yang menunjukkan bahwa mereka adalah mata-mata atau musuh –. Hukum asalnya adalah mereka mendapatkan jaminan keamanan bahkan berhak diberikan apresiasi dan tidak boleh diganggu, karena Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia berarti tidak bersyukur kepada Allah”. Maka dari itu kami mengajak kepada Tanzhim Daulah untuk melepaskan lelaki ini dan orang-orang semisal dirinya dari kalangan para pekerja kemanusiaan yang masuk ke dalam negeri-negeri kaum Muslimin dengan berbekal jaminan keamanan dari badan-badan amal dan lembaga-lembaga bantuan untuk rakyat Suriah atau rakyat lainnya, sebagai sikap keselarasan dengan hukum syariat, sebagai pencontohan kepada panduan Nabi dalam memperlakukan orang yang membantu dan menolong kaum muslimin, sebagai penolakan terhadap kedzaliman, sebagai bentuk bersikap adil dan sebagai penjagaan terhadap nama baik jihad dan mujahidin. Semoga dengan keberkahan dari itu semua, Allah mau mencukupkan tekanan dari orang-orang kafir serta memusnahkan pasukan dan kekuatan mereka. Saya meminta kepada Allah Ta’ala untuk menunjuki kami dan juga mereka ke jalan yang lurus. shalawat serta salam semoga tetap tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad, kepada keluarga dan para sahabat beliau. Abu Muhammad Al Maqdisi 22 Dzul Qa’dah 1435 sumber Make Money at : http://bit.ly/copy_win

Wednesday, November 5, 2014

DIALOG RAKYAT

Membawa pelbagai topik semasa untuk perbincangan umum....

Cameron Highlands: 

khazanah negara yang 

perlu dilindungi

Huzir Sulaiman,













Tinjauan wakil NGO, Green Clean World (GCW) baru-baru ini bersama-sama wakil daripada Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang serta wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Cameron Highlands tidak menolak kemungkinan berlakunya bencana alam sekitar, jika tiada tindakan drastik diambil oleh pihak berkuasa termasuklah daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri terhadap pembangunan lereng bukit yang dilihat tidak terkawal.

“Pemantauan yang dilakukan oleh kami dari Ringlet ke Blue Valley jelas menunjukkan kerja-kerja pembangunan dilereng bukit sedang rancak dijalankan oleh pihak tertentu di sana”, ujar Zulkefly Mohamad Omar selaku AJK PAS Pusat/Pengerusi Lajnah Alam Sekitar merangkap Pengerusi GCW.

Beliau menekankan betapa pentingnya seluruh pihak yang berkepentingan di Cameron Highlands bangkit untuk sama-sama membantu di dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar di sana untuk mengelak berlakunya lagi tragedi yang tidak diingini khususnya kerosakan harta benda awam dan nyawa manusia.

“Pada tahun 1961, 16 orang terkorban dalam Tragedi Ringlet dan pada tahun 2011 pula, 7 orang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang. Sepatutnya kejadian ini menjadi pengajaran berharga buat kita, terutamanya Kerajaan Umno-BN sama ada peringkat Negeri dan Persekutuan. Mereka sepatutnya mengambil inisiatif segera untuk mengawal dan mencegah pembangunan lereng bukit yang dilihat tidak terkawal itu. Namun, tinjauan kami beberapa hari yang lalu membuktikan sebaliknya, seolah-olah kerakusan mengejar keuntungan ekonomi dijadikan keutamaan mereka berbanding pemuliharaan alam sekitar,” ujar Zulkefly.

Zulkefly juga kecewa dengan kondisi sungai di sana khususnya di Tringkap yang dipenuhi sampah sarap walaupun papan tanda “Cintailah Sungai Kita” terpampang jelas di sebelah sungai itu.



“Jelas wujud kelemahan dari aspek pemantauan dan penguatkuasaan pihak tertentu khususnya Kerajaan Negeri Pahang. Pencemaran sungai khususnya di negeri Pahang seharusnya dapat dielakkan,” ujar Sdr.Zulkefly dengan nada kecewa.

Menurut Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, Andansura Rabu (gambar), pencemaran sungai bukan sahaja berlaku di Cameron Highlands, tetapi juga di Sungai Bentong yang disyaki berpunca daripada salah sebuah kilang di Kawasan Industri Bentong. Malah, insiden yang sama telah dilaporkan di Sungai Semantan Temerloh yang telah menyebabkan kematian hampir 1 tan metrik ikan patin, kelah, baung, lampam, tengalan dan talapia. Pencemaran sungai ini juga berlaku di Sungai Tanum di Kuala Lipis sehingga menjejaskan sumber air bersih penduduk di Kampung Chegar Perah.

“Jelas, Kerajaan Negeri Pahang yang dipimpin oleh Dato’ Sri Adnan Yaakob sentiasa memandang remeh aspek pemuliharaan alam sekitar termasuklah keselamatan dan kesihatan rakyat Pahang kerana rakus dengan projek ekonomi semata-mata. Berlaku banyak ketirisan dari aspek kelulusan projek di Pahang. Lihatlah sahaja kepada insiden banjir lumpur yang berlaku di Maran tahun lalu akibat pecahnya takungan air lombong bijih besi di kawasan tadahan yang diluluskan,” ujar Andansura.




Menurut Pengerusi NGO People’s Green Coalition (PGC), Dr T Jayabalan, yang juga seorang Pakar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, terdapat 1,200 sungai, aliran, dan mata air di Cameron Highlands. Kajian awal ke atas sungai dan kawasan tadahan air yang dibuat jelas menunjukkan peningkatan tahap pencemaran e-coli dan salmonella Hal ini membuktikan berlakunya pembangunan ekonomi yang tidak seimbang serta pengabaian pihak tertentu terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan penduduk serta pemuliharaan alam sekitar. Isu pelepasan sisa buangan manusia terus ke sungai serta penggunaan racun dan baja kimia merupakan punca utama kepada pencemaran itu.

Di sebalik pembangunan lereng bukit yang tidak terkawal dan pencemaran sungai, penduduk Cameron Highlands dikejutkan pula dengan pembangunan Loji Rawatan Termal Sisa Pepejal (Insinerator) di Blue Valley pada tahun 2009. Projek ini mendapat bantahan meluas penduduk melalui Jawatankuasa Anti-Insinerator Cameron dan Majlis Perwakilan Rakyat Cameron(MPRCH). Bantahan ini kerana kesan secara lansung pusat Insinerator itu terhadap kesihatan penduduk setempat serta pekerja pusat itu khususnya pendedahan kepada pembebasan metals, dioxin dan bahan pencemar lain ke udara, tanah dan tumbuh-tumbuhan serta organisma, serta sungai yang mengalir di bawah tapak incinerator itu.

Suresh Kumar, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands, menegaskan bahawa pendedahan gas yang mutagenik itu mampu merosakkan DNA manusia dan seterusnya menyebabkan kanser.

“Projek insinerator ini sudah siap sepenuhnya tetapi masih belum operasi. Hal ini jelas merupakan satu projek yang tidak selamat dan membazir apabila wujud alternatif yang lebih selamat dan murah.”

“Malah kelulusan Kajian Terperinci Alam Sekitar (DEIA) yang diluluskan jelas bercanggah dengan fakta sebenar dan tidak memenuhi syarat-syarat kelulusan yang telah ditetapkan Jabatan Alam Sekitar. Pihak kami juga kecewa dengan sikap angkuh menteri yang bertanggungjawab kerana tidak memberikan maklum balas yang sewajarnya kepada wakil penduduk walaupun satu surat rasmi bantahan telah pun di sampaikan kepada wakil kementerian semenjak tahun 2010 lagi,” ujar Suresh dengan nada kecewa.


Kenyataan Suresh Kumar ini disokong oleh Zulkefly yang pernah memimpin bantahan penduduk Broga bersama-sama S Arutchelvan (PSM) dan Ronnie Liu (DAP) terhadap pusat insinerator di sana sehinggalah berjaya dibatalkan pada tahun 2006.

Lawatan wakil GCW baru-baru ini bersama-sama wakil dari Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang, serta wakil PSM Cameron Highlands, berakhir di lokasi Projek Hidroelektrik Ulu Jelai di antara Pos Betau dan Ringlet. Projek ini melibatkan kawasan seluas 388 hektar serta 2.5 peratus kawasan tadahan hujan meliputi pembinaan dua Terowong Pengalihan Air, Empangan Susu, Stesen Janakuasa Bawah Tanah, Terowong Tenaga, Lapangan Suis, Bangunan Kawalan dan Jalan Masuk.

Satu pemandangan yang menyedihkan apabila hutan dan sebahagian bukit terpaksa dikorbankan untuk memberi laluan kepada projek yang bernilai RM 2.15 Billion itu.

Zulkefly menegaskan bahawa masa hadapan alam sekitar di Cameron Highlands kini diambang kehancuran jika keadaan seperti ini berterusan. Umum mengetahui betapa pentingnya penggantungan sektor pelancongan dan pertanian tehadap kestabilan elemen Alam Sekitar ini kepada penduduk setempat dan pengaruhnya kepada ekologi di sekelilingnya.

Malah kesan buruk daripadanya mampu memberi kesan secara langsung kepada Negara kerana Cameron Highlands adalah ‘public interest’ atau kepentingan umum di peringkat nasional. Rakyat Malaysia adalah ‘stakeholder’ kepada Cameron Highlands dan tanggungjawab itu terletak di bahu semua pihak khususnya pembuat dasar khususnya Kerajaan Umno-BN yang gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka untuk memelihara Khazanah Negara yang unik ini.

(Artikel ini adalah susulan pendedahan PAS pada 28hb Jun yang lalu bagaimana beberapa keluarga di Cameron Highlands terpaksa tidur di khemah selama 32 hari. Artikel tersebut boleh dicapai di http://bm.harakahdaily.net/ index.php/ berita-utama/11315-32-hari-tidur-di-khemah-bimbang-dihempap-batu)

(Liputan susulan berkenaan isu incinerator dan isu pencemaran sungai di Cameron Highlands akan dipaparkan selepas ini)


Penulis adalah setiausaha Lajnah Perumahan, Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pahang dan AJK Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat