Tuesday, April 3, 2012

PERHATIAN - INI BLOG KURANG AJAR...!!!!

Dengan penggunaan bahasa kasar, biadap serta maki hamun yang mungkin keterlaluan bagi sesetengah pihak, jika boleh terima konsepnya teruskan pembacaan. Jika sebaliknya dengan penuh hormat gua mohon lu orang supaya 'logout' secepat mungkin.

Agar ianya tidak menyakitkan hati lu orang. Berkemungkinan juga bakal membuatkan sesetengah pihak (pembaca) menjadi gilababi, hilang akal atau meroyan sekaligus menambahkan dosa di sini.

Kalau lu orang nak baca bahasa skema, sopan santun lagi tertib... pi baca suratkhabar pencachai jelah... !!!!

Kepada SKMM dan Special Branch (SB - Polis) tak payah laaa.. lu orang nak menyemak kat blog gua nih... fitnah2 takda kat sini, pi cari blog fitnah dari puak2 umno... kat sana ramai beb... hahahaha..

Tak puashati..??? ini email gua: zergdukes@gmail.com

Bangangnya Kerajaan 55 Tahun...!!!!

Petang tadi dok melepak kat port melayan kerenah member2 pelbagai fahaman politik, terpacul isu jalan jem di Federal Highway yang dah sekian lama, lepas tu ada pulak suara lembu sumbang cuba provoke kononnya sekarang nih Pakatan Rakyat dah memerintah Selangor, apasal tak hapuskan saja Toll Batu 3 (Shah Alam) dan Toll Sungai Rasau (Klang).

Lepas tu apalagi... mamat lembu umporno tu terus kena lanyak cow.. cow.. aaarrr... hahahaha... pasal tahap bangang lembu tu lebih daripada Nazrina Lembu... kah... kah... kah..., tak sampai 20 minit kena taruk kiri kanan lembu umporno tu start motor terus blah... pasal kaum2 lembu yang lain tak boleh nak back-up kepala otak lembu dia tuuu... hahaha...

Apa punya bengap laaa.. puak2 lembu nih, kedua-dua toll tersebut di bawah kuasa Kerajaan Pusat laaaa..., wahai lembu2 bangang umporno... kalau di bawah kuasa kerajaan negeri Selangor... gua ingat dah lama tutup toll tuuuu... hahahaha..

Tapi apa yang gua ceritakan kat atas tu.. hanyalah nak membuktikan pemikiran mangkaq puak2 lembu umporno yang dah lanjut usia... nasib baik malaun lembu tu tak rebah kat port tadi pasal lembu tu baru jer... buat "bypass jantung" beberapa bulan yang lepas... hahaha...

***** Noktah *****

Berkaitan dengan toll batu 3, kebelakangan nih gua tengok dah semakin teruk beb..., lorong tunai jer... dia punya beratur hampir 1 km pada waktu puncak... gilababi punya buang masa kat situ.

Dan gua pun tak nampak apa perlunya pengguna membayar toll Batu Tiga (RM1.10) dan toll Sungai Rasau (RM 1.00). Jalan tetap jem... lagipun bukan sikit punya jem..., jadi apa gunanya pengguna bayar toll, tapi confirm tersekat dalam jem...?

Walau bagaimanapun gua tetap hairan dan kagum betul tengok ketabahan orang2 sebelah Klang dan Shah Alam yang sanggup beratur panjang gileerrr... kat Toll Batu Tiga...(lorong tunai). Tak berbaloi langsung dan buang masa, kalau dah tahu hari2 lalu di situ, adalah lebih baik lu orang beli sajalah Smart Tag atau T & G..., selagi kedua Plaza Toll tu tak dilupuskan... hahahaha...

So... gua cadangkan kepada kedua-dua parti Politik samada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Sesiapa yang nak menang Piliharaya Umum Ke-13 samada hendak merampas atau pertahankan Negeri Selangor..., elok lu orang berlumba untuk menghapuskan kedua-dua toll tersebut, kompom rakyat Selangor akan berterima kasih beb... kah... kah... kah...!!!!

***** Noktah Lagi... hehehe... *****

Kepada pengguna2 yang melalui Federal Highway setiap hari, lu orang pasti akan kantoi dalam jem... setiap kali selepas/sebelum bayar toll Batu 3 Shah Alam samada pergi atau balik... betul tak...???

Lu orang sedar tak port2 yang menjadi punca jem... tersebut..???
Pernah tak lu orang terfikir negara mana yang ada tempat Perhentian Bas (Bus Stop) sepanjang Highway... hahahaha...

Hanya di Malaysia jelah agaknya kannnn..., yang ada Bus Stop sepanjang Federal Highway, iaitu di Motorola, Seri Setia, Avon, PJ Hilton, Amcorp Mall, Kwsp, Kerinchi, Mid Valleys, Brickfields, Sekolah Cina Jalan Istana dan mungkin ada lagi yang gua terlepas pandang...

Selepas tu banyak sangat susur keluar masuk highway yang menjadi punca jem..., letaklah seberapa banyak kuda putih sekalipun... kadang2 bukannya menyelesaikan masalah tapi menambahkan lagi sesak...

So... lu orang nampak tak macamana bangangnya Kerajaan yang mempunyai "Track Record" 55 tahun membuli rakyatnya, dengan rantaian songlap duit rakyat secara halus..., bermula dengan tiada pengawalan jumlah kereta atas jalanraya, dengan keadaan jalanraya semasa di mana tahap jalanrayanya masih di takuk lama dengan peningkatan jumlah kereta yang membuatkan jalan semakin sesak setiap masa.

Bila jalan sesak (jem).. penggunaan minyak kereta akan bertambah, secara tak langsung menyumbang kepada penggunaan/pembelian petrol/diesel yang tinggi denganharga yang paling rendah jika dibandingkan dengan negara2 jiran... hahahaha...

Selepas itu Kerajaan 55 tahun ini juga secara saikologi telah mendera mental dan fizikal rakyatnya, lu orang cuba cari statistik berapa ramai rakyat Malaysia yang Stress di Jalanraya dan mengakibatkan tekanan perasaan itu hingga ke rumah dan menjadi penyumbang kepada pembunuh senyap (penyakit).

Kalau gua sembang banyak pasal ini pun tak guna jugak kannnn.., kepada pengguna2 Federal Highway khususnya dan Jalan2 dalam bandar amnya... lu orang tepuk dada dan hantuk kepala ke dinding, tanya secara jujur dan ikhlas pada diri sendiri... adakah lu orang stress atau tidak menghadapi kerenah sesak atau jem di jalanraya setiap hari...

Cuba2 lahhh... renung dan fikirkan sudah berapa lama perkara ini berlaku, apakah penyelesaiannya oleh kerajaan 55 tahun ini untuk membantu rakyatnya dari segi ekonomi, kesihatan dan mental... hahahaha... sendiri mau ingat laaaaa...

Kesimpulannya bagi diri gua sendiri... "Pembunuh Senyap" itu adalah "Kerajaan Barisan Nasional"... dan gua nak hasut lu orang semua untuk bersama2 pancung Kerajaan 55 tahun ini dalam PRU-13 nanti..... muakakakakaaaa...

Jom bebaskan diri kita dari Belenggu Stress akibat daripada salah satu faktor kelemahan Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional....!!!!

Monday, April 2, 2012

.

Again, didn’t I say so? (UPDATED with Chinese Translation)


Friday, 16 December 2011 Super Admin
E-mailPrintPDF

PAS vice-president, Mahfuz Omar, has suggested that Hasan Ali -- who openly indicated his willingness to become the matchmaker for Prime Minister Najib Abdul Razak to unite the Malays and Muslims, plus who said he was prepared to leave PAS (presumably to join Umno) -- leave the party and join Umno if he wants to.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Well, this is what I wrote almost three years ago back on 15th February 2009:

Dr Shad Faruqi gives his opinion on what many now perceive as a Constitutional Crisis in Perak. Call it a constitutional crisis or a political crisis if you want, but Perak is not the only state that is going to fall to Barisan Nasional. Kedah and Selangor may be next on the cards.

Five Pakatan Rakyat State Assemblypersons from Kedah have already met the higher echelons of Umno and have given their undertaking to cross over en bloc once the numbers enable Barisan Nasional to form the new government in Kedah. RM100 million has been allocated to the Kedah exercise and those crossing over are going to be well rewarded.

In Selangor, Hasan Ali has been promised the post of Menteri Besar if he can convince enough of his people to join him in crossing over. This is of course further to the millions he and his gang are going to receive. So far he has only two from PAS and another two or so from PKR who have agreed to join him. So he will need a couple more to finalise the plan.

Rest assured it is all about power and money. Hasan Ali wanted to be the Menteri Besar of Selangor way back in 1999. The only problem is that in 1999 the opposition did not win Selangor. He still wants to be Menteri Besar. And if crossing over to Barisan Nasional with enough of his supporters to enable Barisan Nasional to form the new Selangor government is what it takes, then that is how he will do it as long as he can become Menteri Besar.

Even Hee Yit Fong, the State Assemblywoman who had been with DAP for 20 years, crossed over for money. She has thus far received RM15 million from Vincent Tan of Berjaya fame. She will probably be paid another RM10 million once the dust settles. It seems she needed the money to bail out her husband who was heavily in debt. This was the same situation with Lee Lam Thye who was forced to leave DAP so that he could bail out his wife from her gambling debts. Barisan Nasional, of course, helped settle all his wife’s debts once he ‘abandoned his cause’ and turned pro-establishment.

When we told Pakatan Rakyat that Perak was going to fall, they replied they have things under control. Now we are telling them that Kedah and Selangor too are in a precarious situation and they had better do something about it. Please don’t tell us you have everything under control and then, a few weeks down the road, we see these two states go the way of Perak.

Anyway, while Pakatan Rakyat figures out how to defend Kedah and Selangor from the RM200 million onslaught by Barisan Nasional, read Dr Shad Faruqi’s take on the Perak crisis.

********************************************

And I wrote the following article on 23rd September 2009:

Many ask me why I refuse to go into active politics. I try to tell to these people that I am not a politician but a political activist. Most do not appear to understand the difference. I try to explain it as simply as I can. A politician seeks power. A political activist seeks change. I seek change, not power. So I am a political activist, not a politician.

That may not be the most accurate way to explain it but I think this would probably clear the air as to why I wish to be one and not the other. The analogy I normally use is the comparison between Fidel Castro and Che Guevara. Castro wanted power. Che just wanted change. And when they toppled the Cuban government and formed the new government, Castro went on to become its new leader while, after only six years in government, Che went off to start a new revolution in another country -- and died, of course.

Make no bones about it. Most people who are in politics are in it because of their lust for power -- be it the ruling party or the opposition. They are not in politics for the sake of change or to serve the people. Most times, serving the people is the last thing on their minds. It’s all about their lust for power and the pursuit of power. And that is why it is very difficult to comprehend the actions of politicians, even those in the opposition.

Take the Selangor issue as an example. Way back in 1999 there was already a power struggle between the two Alis -- Hasan Ali and Azmin Ali of PAS and PKR respectively. Both thought that their party was going to win the most number of seats in Selangor so both wanted to become Selangor’s new Menteri Besar. In the end, the opposition did not win, of course, so this ‘settled’ the dispute.

That was ten years ago. But when the opposition did eventually win Selangor in March last year, the power struggle resurfaced. PKR won the most number of seats while DAP came in second. PAS was at the bottom of the list of number of seats.

This means the new Menteri Besar has to come from PKR, not PAS. So the question of whether Hasan Ali should become the Menteri Besar is not even open for discussion. There was no way he could become the Menteri Besar. The Menteri Besar has to come from PKR.

But if Anwar appoints Azmin Ali as Menteri Besar this would antagonise Hasan Ali. In fact, Hasan Ali was already engaged in secret negotiations with Umno to explore the possibility of Umno and PAS forming the new state government with Hasan Ali as the new Menteri Besar. It was not about whether Umno, instead of PKR-DAP, is a better partner for PAS Selangor. It is about which equation would benefit Hasan Ali. With PKR-DAP, Hasan Ali would not be able to become Menteri Besar. With Umno, he could.

But a PAS-Umno alliance would not offer them enough seats to form the government. They would need more seats than that and only if there were some crossovers from PKR would they have enough seats. So it can’t be done with just PAS and Umno. It has to be PAS and Umno plus some from PKR as well. However, since they could not get any PKR state assemblypersons to crossover, the plan was a non-starter.

DAP thought it could get the most number of seats in Selangor. A problem would then arise that since DAP did not have any Malay assemblypersons then how are they going to take the Menteri Besar’s post? This, in fact, happened in Perak. Although DAP won the most number of seats in Perak they had to offer the post of Menteri Besar to the party that won the least number of seats, PAS -- which was actually not a bad choice on reflection considering that Nizar Jamaluddin is an ideal candidate.

DAP could accept the fact that PKR won the most number of seats in Selangor so the Menteri Besar has to come from that party. But DAP won the second highest number of seats so at least they could hold the post of Deputy Menteri Besar. After all, the opposition won Selangor because of the non-Malay votes and not because of the Malay votes. The Malays were split 50-50. It was the non-Malay votes that saw the opposition victorious.

But this posed two problems. First was the fact that Selangor was won with the support of the non-Malays and not the Malays, who were split 50:50. This, no one can deny. But this also means that the Malay support is very dicey. Umno is already saying that the Chinese now control Penang, Perak and Selangor. If a Chinese Deputy Menteri Besar were to be appointed in Selangor, then the opposition would play right into Umno’s hands. The opposition would actually be helping Umno ‘prove’ that Selangor is now under the control of the Chinese and that Umno’s rhetoric is an undeniable fact and no lie.

It is not about the opposition not wanting a Chinese as the Deputy CEO in Selangor. It is about being very careful and not giving Umno the ammunition it needs to exploit the sentiments of the Malays in the race game that Umno is playing. Umno is screaming that the 8th March 2008 General Election is a repeat of the 11th May 1969 General Election. Therefore, said Umno, they need a 13th May 1969 ‘solution’ to the problem. Remember Hitler’s ‘final solution’?

It was very crucial that the opposition does not allow Umno to use the argument that Selangor has been ‘lost’ to the Chinese. They are already saying that about Penang and Perak -- being lost to the Chinese. And Selangor is the jewel in the crown of the three states that control more than half the economy of Malaysia.

The second problem is within DAP itself. DAP Selangor is split into various factions, each at odds with the other. So, who from DAP should become the Deputy Menteri Besar if the opposition dared throw caution to the wind and appoints a Chinese from DAP to become the Deputy Menteri Besar? Some aspirants from DAP were even organising protests and demonstrations to pre-empt the ‘other side’ from getting appointed as the Deputy Menteri Besar. DAP Selangor would break up and some might even leave the party and declare themselves ‘independent’ candidates just like our DAP lady from Perak.

If nobody from DAP gets the post of Deputy Menteri Besar then everyone would be happy. Never mind if I don’t get it as long as no one else gets it. But if you appoint someone from one faction, the other faction would revolt.

And that is the same reason why Anwar decided that Khalid Ibrahim should become the Menteri Besar. Khalid is not the best choice of candidate. Some even go so far as to say he is the worst choice. Azmin Ali, they argue, would be a better choice. I think so too. But if Azmin Ali were to be appointed as the Menteri Besar then Hasan Ali will merajuk (sulk) and would seriously consider the Umno proposal to form a PAS-Umno government in Selangor.

Hasan Ali is not realistic enough. No doubt Umno is courting him. However, they are courting him not because he is a fantastic guy but because they know he lusts for the post of Menteri Besar. So they dangle this sweet carrot in front of his face and watch his mouth drool. Once Umno grabs Selangor they will then move into phase 2 of the plan. And phase 2 is how to get rid of Hasan Ali.

Actually, it is not that difficult to kill off Hasan Ali once he goes to bed with Umno. Umno knows that the Sultan of Selangor does not like Hasan Ali. And I got this confirmed by my palace sources. So, all they need to do is to announce that PAS and Umno are now going to form the new Selangor government and then request an audience with the Sultan. Since Umno and PAS -- with some ‘independents’ from PKR/DAP they hope -- now control the most number of seats in Selangor, the Sultan will have no choice but to swear in the new government.

However, while the Sultan has no choice but to agree to a new PAS-Umno government, he does not have to agree that Hasan Ali becomes the new Menteri Besar. And, in fact, he will not agree. So Umno can then just shrug their shoulders and say that we agree you become the Menteri Besar but the Sultan does not. So, sorry mate, you can’t become the Menteri Besar after all. It has to be someone from Umno.

Hasan Ali can be shot down even while he is still taxiing on the runaway and before he can take off. Remember Pearl Harbour and what the Japanese did to the Americans? Hasan Ali will meet his Pearl Harbour at the hands of Umno and with the help of the Sultan.

It is therefore not difficult to understand why there is so much chaos in Pakatan Rakyat Selangor. Not only are PKR, DAP and PAS trying to outmanoeuvre each other. Internally, within PKR, DAP and PAS, there are many factions and each is trying to kill off the other.

We have inter-party and we have intra-party wars going on. And it is all because no one is interested in bringing changes or to serve the rakyat. They are only interested in seeking power because politicians naturally lust for power.

So we, the people, need to keep them in check. If power goes to their heads they will very quickly forget that it was the people who put them there. They will forget that they are supposed to work for the rakyat. They will become just like Barisan Nasional in thinking that the rakyat are the slaves while they are the masters.

Never trust politicians. They will use us when it best suits them. Then they will turn on us and betray the trust we gave them. And that is why the need for some of us to remain as political activists and not become politicians. This is so that we can whack the politicians when they forget themselves, which will be as soon as they win the election and form the new government.

Translated into Chinese at:http://ccliew.blogspot.com/2011/12/blog-post_8882.html

Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali

by Dr Maszlee Malik on Thursday, February 9, 2012 at 1:31pm ·

Surat Terbuka Kepada Dato' Dr Hasan Ali

Assalamualaykom w.b.t.

YB Dato’ Dr Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Dato merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Dato’ juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Dato’ sekeluarga. Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Dato’ sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Dato’ menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Dato’ mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan. Kesedaran bahawa apa yang telah Dato’ lemparkan kepada mantan parti Dato’ sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Dato’ di media dan juga lewat ceramah-ceramah Dato’ yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Dato’ untuk menilai beberapa kenyataan Dato’ dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya. Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik. Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Dato’. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Dato’ mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Dato’.

Saya kira Dato’ mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring). Kemenangan kesemua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka. Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya. Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka. Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator. Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip. Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut. Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu. Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan. Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Dato’ merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Dato’ tersilap. Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Dato’ dakwa, tetapi ianya merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit. Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Dato ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Yakinlah Dato’, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut. Inilah yang ditakuti oleh UMNO dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji. Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang. Malang sekali apabila Dato’ pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Dato’ menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak UMNO dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Dato’ lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja. Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka. Seperkara yang perlu Dato’ ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah Berjaya di negara masing-masing. Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS. Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Dato’, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Dato’ anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud. Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai. Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu. Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Dato’ benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Dato’ lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Dato’. Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Dato’ untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Dato’ miliki. Mungkin juga Dato’ boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Jika dulu mungkin Dato’ sibuk dengan tugas exco, kini Dato’ lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Dato’ yang ingin menjaga aqidah itu. Saya kira Dato’ juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Dato’ itu. Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Dato’ untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Dato’ kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal. Saya amat meyakini, jika Dato’ berdakwah seperti itu, Dato’ akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Dr Maszlee Malik

Ahli Akademik Politik Warga

UIAM

Tuesday, March 27, 2012


Amaran - Selangor akan dirampas semula
mengundi masing-masing..!!
Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

DEngan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35berbanding Pakatan Rakyat 21

Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

UMNO dan BArisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.

Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.

Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.

PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.

Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.

Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.

Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.

Tulang Besi

Friday, March 23, 2012

Hasan Ali Belanja RM300 Ribu Ubah Suai Pejabat Dan Perbelanjaan Yang Terlampau: Dakwa ADUN PKR

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali (gambar) didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwamembelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. -mk

Ulasan GB

Akhirnya kudis parasit Hassan Ali itu pun bernanah.

Berlagak bersih, dan akan lebih banyak pekung yang bakal terdedah nanti.

Silap haribulan masuk "dalam" senasib Khir Toyo.

Saturday, March 10, 2012



SELANGOR - WASPADA !

KOMENTAR TUKAR TIUB

dalam suara keadilan terbaru minngu ini
ada laporan dari yb suhaimi shafiei
yang mengatakan najib telah beri
2.71 bilion ringgit untuk gerombolan selangor

ini dana untuk ambil kembali selangor
ini maknanya selangor akan jatuh

cara:
bila parliemn dibubar
maka kontrektor kan tidak pungut sampah

bila parlimen bubar
syabas akan buat kerenah air
air akan dipotong sana sini

semua ini dalam perancangan

cara ini telah digunakan oleh cia
cia pada tahun 1975 telah menggunkan taktik ini
untuk menjantuhkan kerajaan allende
yang telah memilik negarakan lombomg tembaga
yang dimiliki oleh syarikat rio tinto




NOTA:
jawabnya
ke jalan raya dahulu
sebelum ke pilihanraya


KERAJAAN NEGERI DICABAR BEKU TENDER KUTIP SAMPAH - meloay

SHAH ALAM 9 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dicabar membekukan keputusan pemberian tender mengutip sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini dalam tempoh 48 jam bermula hari ini ekoran dakwaan terdapat penyelewengan dan unsur rasuah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal berbuat demikian, persatuan itu yang mencetuskan isu tersebut akan menjelajah seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung penyelewengan dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan tender berkenaan.

Menurutnya, dakwaan itu bukan rekaan sebaliknya dapat dibuktikan melalui dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

‘‘Kita berharap SPRM dapat membuat siasatan berdasarkan dokumen yang dikemukakan itu dan menasihatkan kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pemberian tender berkenaan tidak mempunyai unsur rasuah.



TUNTUTAN INI WAJIB DITUNAI



NOTA:
jika 8 tuntutan ini tidak ditunai
maka menjadi wajib untuk kita
turun ke jalan raya sekali lagi!