Thursday, August 25, 2016



MELAYU DITIPU ARAB
Melayu Mudah Terpesona [dipetik dari blog poyomelayu] Kalau engkau nak cuba tipu Melayu dengan berkesan,engkau guna terma terma Arab.Kalau nak jual daging babi sekalipun,kau tulis pada bungkus babi tu Wal Khinzir Halalan Toiyiban.Make sure tulisan Jawi.Kalau tin Carlsberg tulis Jawi,Al Araki Wal Nikmati..

aku percaya Melayu akan beli dan minum bertin tin.Melayu pantang nampak tulisan jawi,disangka semuanya halal dan Islamik.Kalau nak jual insuran atau hire purchase,syarat-syarat perjanjian pun gunakan terma Arab.Al Mudhoroboh Wal Gila Babas,Al Bai Bitaman Ajil Wal Bhai Bitamin Ajal,


kemudian kau gunakan serba sedikit kata kata manis spt Insyaallah,Masyaallah,Alhamdulillah,Bismillah bila bercakap..nescaya engkau boleh buat sale.Kalau lagi baik,gambar bisnes kad engkau tu letak muka engkau pakai kopiah,baju putih.Kalau engkau ada janggut,simpanlah janggut.Ini utk aksesori engkau berniaga tau.Insyaallah ramai lah engkau dapat pelanggan Melayu. ------------- Haha..melayu mmg begini.. on ARAB KALI KELENTONG

Saturday, August 6, 2016

lllll 

SharpShooter Followers Friday, November 13, 2015 PM wajib pecat Jamil Khir Kita mohon PM Malaysia pecat Ds Jamil Khir sebagai Menteri dan pecat terus Dari UMNO jika terbukti terlibat Dalam skandal wang Dana Ummat Islam Bukti dan kenyataan sdr Akmal Nasir bagaimana Menteri terlibat dalam #skandalYaPEIM JAMIL KHIR GUNA WANG YaPEIM BIAYAI PERJALANAN KE LUAR NEGARA BERSAMA ISTERI, MAIN GOLF DAN LAWATAN KE PUSAT MEMBELI-BELAH DENGAN JUMLAH KESELURUHAN RM 410, 978.56 National Oversight and Whistleblowers (NOW) hari ini tampil dengan pendedahan yang paling mengejutkan berkaitan skandal melibatkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dimana wang yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalah gunakan oleh Menteri Hal Ehwal Islam, Y.B Dato' Seri Jamil Khir Baharom. Mengikut dokumen yang NOW perolehi, Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri beliau Datin Seri Fatmawati Saidin dan seorang lagi individu bernama Cik Biby Haslinda telah mengikuti satu rombongan ke Amerikat Syarikat bagi tempoh perjalanan 21 Mei 2014 sehingga 29 Mei 2014. Lawatan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dikatakan melewati bandar Washington D.C, Minnesota dan Iowa. Walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan 'Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM', berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat bersuka ria dan langsung tiada unsur amal jariah. Di antara pembayaran yang telah dibuat adalah seperti berikut:- 1. Golf – keraian Menteri 2. Jamuan Promosi / keraian VVIP ( flower Chocolates and Fresh Fruits) 3. Jamuan Makan – keraian Menteri 4. Cenderahati Menteri 5. 22, 23, 26 & 27 Mei 2014 (GROUP: VVIP) USAGE TO LEESBURG OUTLET + OT Berdasarkan semakan kami, Leesburg Corner Premium Outlet merupakan sebuah Pusat Membeli-belah "upscale outlet" barangan berjenama yang terletak di Washington DC yang dikunjungi oleh rombongan Menteri Hal Ehwal Islam sebanyak 4 hari dimana perbelanjaan pengangkutan sahaja mencecah RM 5,908.35. Lebih mendukacitakan lagi, pembayaran bagi perbelanjaan-perbelanjaan oleh Menteri dan rombongannya ini dibuat melalui institusi dibawah kawalan YaPEIM iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) yang mana duit tersebut adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin. Lembaga Pengarah PEMANGKIN adalah Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu pemimpin Wanita UMNO yang berpengaruh di YaPEIM manakala Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil merupakan pengerusi PEMANGKIN. Kedua-dua individu inilah yang dilantik oleh Dato' Seri Jamil Khir sebagai Presiden dan Pengerusi serta Timbalan Presiden dan Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM. Jumlah keseluruhan perbelanjaan yang diambil daripada tabung anak yatim dan miskin bagi menampung perjalanan Dato' Seri Jamil Khir Baharom bersama isteri dan rombongannya dianggarkan sebanyak RM 410, 978. 56. Saya pasti pendedahan ini menjangkau imaginasi rakyat Malaysia bagaimana satu badan Yayasan berkaitan Islam yang terletak di bawah YAB Perdana Menteri boleh disalah gunakan untuk aktiviti-aktiviti Menteri seperti golf, ke pusat membeli-belah dan sebagainya. NOW dengan ini mendesak agar satu siasatan secara menyeluruh dijalankan dimana setiap perbelanjaan YaPEIM dan institusi-institusi dibawah YaPEIM disemak dan diaudit secara terbuka kerana rakyat terutamanya pencarum berhak mengetahui setiap perbelanjaan yang dibuat. Siasatan ini juga perlu mengesan jumlah wang yang hilang akibat ketirisan, kebocoran dan salah guna kedudukan. Buat Dato' Seri Jamil Khir Baharom, jika beliau masih mempunyai maruah, beliau sewajarnya meletakkan jawatan dengan serta-merta dan tampil memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia kerana telah menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai. NOW juga menuntut agar Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin dan Dato' Haji Abd. Malek B. Awang Kechil memulangkan kembali setiap sen yang diambil daripada YaPEIM termasuk gaji, elaun dan juga perbelanjaan perjalanan luar negara. Kita sama-sama doakan agar ketiga-tiga individu ini akur dengan kesilapan mereka dan memulangkan kembali wang kepada YaPEIM, pengurusan YaPEIM perlu dirombak dan pengurusan baru perlu memastikan setiap wang tersebut diagihkan kepada mereka yang benar-benar susah dan turut melaporkan kemajuan agihan secara berkala dan terbuka. 13 NOVEMBER 2015 AKMAL NASIR Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) https://www.facebook.com/nowmalaysia/posts/915607001809266 Anda mungkin juga meminati:



Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Thursday, August 4, 2016

Di Petik dari Sumber




SIAPA DIA MO1 DI CARI FBI










 M.O1




SIAPA MALAYSIA OFFICIAL NO 1
Tetiba dengan tak semena-mena Rosmah Mansor tidak lagi mengakui dirinya sebagaiFLOM - First Lady of Malaysia. 

Pasal apa  ini terjadi? Apa sudah jadi? Betulkah berita ini? Atau ini satu fitnah? Mustahil  dan tidak masuk akal Siti Gedebab ini mahu melepaskan glamour First Lady. Mustahil Minah Botox ini tidak lagi dipanggil First Lady. Apakah kucing sudah   mula pakai gincu?

Sabar dulu. Biar gua buka surah agar kita semua dapat tahu kesah dibelakang kesah. Surahnya  panjang macam saher Siti Zubaidah. Lebih ajaib dari Jula Juli Bintang Tujuh. Lebih menakutkan dari Tok Tok Kai Serondong Batang. Lebih lawak dari Gambir  Serawak.  Surah ini  akhirnya memberi pencerahan untuk kita  semua memahami geopolitik dunia.  Amin.

Kesah bermula pada Rabu 20hb Julai 2016 di Washington DC. Seorang Minah telah membuat sidang akhbar. Minah ini telah diapit oleh  tiga   sosok. Sosok pengapit ‘ orang gagah’ ini tidak ada apa-apa hubungan dengan Gedebe New York. Adalah tidak benar berita mengatakan pengapit tiga orang ini berdiri sebagai pengawal pribadi kerana Minah ini  takut kena simin macam  yang telah  terjadi kepada Kevin Morais. Tidak benar. Semua ini hanya kentut dan khabar angin.

Minah ini wanita paling dihormati - paling berkuasa di Amerika Syarikat. Minah ini menjadi Minah ini kerana dilantik oleh Presiden Obama dari Rumah Puteh. Manakala sosok-sosok pengapit itu adalah    wakil Lembaga Daulah Amerika.

Minah ini bernama Loretta Lynch. Minah ini ialah Peguam Negara Amerika - sama macam Ghani Patail. Cuma  Loretta Lynch   membuat kerja tanpa disuruh  arah oleh Obama. Atau buat kerja kerana  dedak.

Sosok yang  mengapit ialah Pegawai Besar  dari  FBI.  Seorang lagi Pegawai Besar dari Jabatan Kehakiman Negara Amerika. Dan hadir sama ialah  Pegawai Siasatan Jenayah. Saya ulangi - Pegawai Siasatan Jenayah - Trial Attorney Criminal Division. 

Ada yang tak faham apa itu jenayah ke? Kalau tak faham sila tanya Ketua Twitter Negara atau Noh Omar. Mereka berdua ini amat  arif dalam hal jenayah menjenayah.  Noh Omar ada seorang adik bernama Mat Suka Buat Jenayah Susahkan Politik Abang. Manakala Ketua Twitter juga ada  seorang  adik yang bernama Mat Suka Nak Jadi Gebebe Macam Abang.

Rabu 20 Julai yang lalu menjadi satu sejarah dalam kes jenayah dunia telah dicatit. Jabatan Kehakiman  Amerika (JKA) telah mengeluarkan   Waran Rampas. Sila baca sekali lagi - waran rampas. 

Sidang akhbar Loretta Lynch ialah untuk mengumumkan kepada dunia tentang waran rampas yang telah disediakan oleh JKA. 

Faham atau tidak apa ertinya rampas? Rampas ialah mengambil sesuatu tanpa kebenaraan tuan yang empunya barang. Hebat. Cukup hebat JKA ini  - berani mengeluarkan waran rampas. R-A-M-P-A-S.
Kenapa rampasan ini menjadi sejarah dunia? 

Rampasan kali ini menjadi sejarah dalam dunia kerana  belum pernah dalam sejarah dunia harta bernilai 1 bilion dolar atau 4 bilion ringgit Malaysia akan dirampas dan disita oleh kerajaan Amerika. Belum pernah terjadi rampasan sabagini besar. Satu rekod dunia. Orang Belgium kata - jamais.

Malah harta Pablo Escobar ketua geng dadah kokain  Cartel Medellin dari Colombia yang dirampas di Amerika tidak sampai  berbilion dolar. Hebat. Gila babi kes  rampasan kali ini.

Juga  TIDAKpernah dalam sejarah Amerika - Peguam Negara datang ke sidang akhbar bersama pegawai  anti-jenayah, pegawai FBI dan pegawai kehakiman  negara. Kalau di Putra Jaya sidang akhbar   pada 20 Julai Rabu lalu  dihadari oleh Tan Seri Gani Patail, oleh Datuk Hamid  Bador dan Tan Seri Abu Kassim. Gila babi punya gempak.

Apa cerita sebenaranya? Apa kesnya. Apa sangkut paut dengan FLOM? Apa sangkut paut dengan  Mufti Pahang?  Ada apa dengan Najib?

Jabatan Kehakiman Amerika  akan merampas harta  yang pada ketika ini dimiliki oleh seorang  China Tembam  bernama Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang. Harta milik Riza bin Aziz juga akan dirampas sama. Arahan JKA untuk merampas harta ini bukan hanya di Amerika malah diseluruh dunia.

Adalah dimaklumkan kepada saentaro alam bahawa rampasan tidak akan berlaku  dalam dua buah negara - Korea Utara dan Malaysia.

Belum pun sempat  Loretta Lynch duduk memanaskan kerusi pulang dari sidang akhbarnya - polis Switzerland telah merampas tiga lukisan milik China Tembam ini. Dua hasil  lakaran Monet dan satu kerja seni   Van Goh. Pihak berwajib Swiss merahsiakan dari mana mereka merampas lukisan ini.

Biasanya orang jahat atau orang  jahat menyamar baik akan menyimpan lukisan-lukisan dalam  peti besi milik bank. Ini dilakukan untuk keselamatan. Lukisan lukisan ini bernilai berjuta juta dolar dan harganya terus meningkat. Lukisan jenis ini dijadikan cagaran pelaburan oleh orang jahat  yang mengaku baik. 

Selesai berita lukisan - tetiba meletup  berita dari Temasik pulak. Harta Jho Low dan harta ayah China Tembam ini telah dibekukan oleh kerajaan Singapura. Harta  yang dibekukan berjumlah 240 juta dolar Singapura. Gila kaya China Tembam ini.

Bagaimana satu sidang akhbar di Washington DC  boleh merebak  ke seluruh dunia. Kenapa ianya berlaku sabagini rupa?

Semua ini ialah kes Najib. Semua ini kes  1MDB. Kes ini telah lama berjalan.  Sebelum Anwar Ibrahim masuk  penjara. Si Anwar ini pernah menimbulkan tentang ‘ kucar kacir’ dalam 1MDB dalam Parlimen. Ini lama dulu.

Kucar kacir putar belit dalam 1MDB ini telah lama berjalan. Anwar menimbulkan pekara ini  sebelum Justo ditangkap  di Bangkok. Ini sebelum Sarawak Report membuat pendedahan. Ini sebelum  wartawan The Edge dan MalaysianInsider ditangkap. Ini sebelum The Edge diharamkan dan MalaysianInsider dibedil.

Sila putar ingatan - dua tahun dahulu Minah bernama  Louise Story dari  The New York Times telah menerbitkan satu laporan panjang lebar tentang Najib, Jho Low, Riza dan putar belit ‘rompakan’ dalam 1MDB. Ramai kurang sedar tentang laporan ini. Sebenarnya ialah permualan keterlibatan kerajaan Amerika dan usaha untuk membedil  Najib.

Berita New York Times ini selari dengan laporan Portal Sarawak Report yang  berpusat di London. Portal  ini   telah berkali-kali membocorkan salah laku yang telah terjadi dalam 1MDB. Di Parlimen Tony Pua dan Rafizi telah berkali-kali menimbulkan salah laku yang telah, yang sedang dan yang akan berlaku dalam 1MDB. Malah Parlimen telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas untuk menyiasat  kes  1MDB ini.

Pada 2013 - filem Wolf of Wall Street telah dibuat. Dana pelaburan membuat filem ini datang dari Riza Aziz dan Jho Low. Mereka berdua ini memiliki syarikat membuat filem di Los Angles. Duit  modal Riza  dan Jho Low ini datangnya dari 1MDB. Duit 1MDB ini diluluskn oleh Najib kerana Najib Menteri Keewangan. Sebagai Menteri Keewangan Najib mengendalikan dan mempengerusikan semua pelaburan negara. 1MDB ialah lembaga pelaburan negara. Khalas.

Wajib diberitahu kepada dunia bahawa Riza pula  ialah anak Rosmah.  Rosmah ialah suami Najib. Tapi Riza bukan anak bioloji Najib. Maka terbonggenghlah kesah  dan  cerita  Si Rosmah ini telah kahwin berkali-kali. Riza ini sah anak tiri Najib. Anak dari isteri pertama Rosmah.

Tapi ini  bukan gua buat fitnah. Semua ini  gua pungut dari isi  sidang akhbar Loretta Lynch. Semua yang gua tulis ini telah menjadi rahsia umum. Apa yang dituturkan oleh oleh Loretta Lynch hanya mensahehkan apa yang diketahui oleh rakyat dunia.

Bezanya  antara gua dan  Loretta Lynch  hanya dalam penggunaan kata sifat. Gua gunakan China tembam. Loretta Lynch tidak menggunakan kata sifat ini. Sebagai Peguam Negara Amerika si Loretta ini berhati-hati  dalam pemilihah kata sifat. Si Loretta  takut dianggap rasis dan politically incorrect. China Tembam ialah kata sifat dari gua bukan dari Peguam Negara Amerika. Jangan silap.

Gua nak beritahu bahawa KES RAMPAS - harta Riza dan Jho Low ini termuat dalam sebuah buku satebal  139  muka surat.  Buku ini adalah isi hujah awal dari JKA. Dari ucapan media  Loretta Lynch - siasatan telah lama berjalan. Mengikut kata Perguam Negara Amerika ini harta-harta saperti kondo  dan bunglow di Los Angles, apartment di London, dana pelaburan filem di Los Angles  - semuanya hasil dari duit  curi.

Kunci perkataan ialahDUIT CURI. Apabila Peguam Negara Amerika menuduh duit curi  maka siapakah  si Pencuri itu. Tidak dapat tidak dua orang yang terawal dituduh oleh JKA ialah China Tembam dan anak tiri Najib.

Ada orang lain ke yang terlibat dalam rompakan terbesar ini? Jawabnya ada. Satu  lagi nama telah muncul sebanyak 36 kali dalam buku satebal 139 muka surat ini. Nama yang disebut ialah Malaysian Official 1 - MO1. 

Malaysian - semua orang tahu ialah warga  negara Malaysia. Tetapi Malaysian Official 1?  Siapa? Ini yang menjadi tanda tanya. 
Pelik  binti Hairan - apakah kerana Loretta Lynch menyebut nama Malaysian Official 1 maka Rosmah Mansor merasa dirinya sedang dicari oleh FBI.  Ini kerana Rosmah ialah FLOM -  Fat Lady of Malaysia... ooops silap ... First Lady of Malaysia. First ialah One. Apakah First Lady itu ialah Malaysian First? Jika betul  apakah Rosmah sedang dicari oleh FBI?  Tunggu minggu depan. Jeng jeng jeng. (TT)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



Akmal menang kes saman Jamil Khir skandal YaPEIM MENANG & BEBAS KES SAMAN FITNAH JAMIL KHIR & SKANDAL YaPEIM Alhamdulillah, 

Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman fitnah DS Jamil Khir terhadap saya berhubung pendedahan skandal Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

 Kemenangan ini adalah untuk rakyat dan semoga ianya memberikan kita  semangat untuk terus berjuang dan menentang penyelewengan. 

Terima kasih kepada pemberi maklumat, barisan peguam, pimpinan, sukarelawan NOW serta semua yang membantu dan menyokong usaha ini. Hanya Allah mampu membalas jasa saudara-saudari. 

Insyallah NOW akan teruskan usaha dalam melawan rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa demi kepentingan rakyat kebanyakan. Terima kasih. AKMAL NASIR Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW)

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ