Tuesday, February 24, 2015


UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA
24 FEBRUARI 2015
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.
Hari ini merupakan hari ke-15 ayahanda kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di Penjara Sungai Buloh.
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan agar ayahahanda kami dibebaskan dari penjara.
Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dan dihukum penjara selama 5 tahun. Jesteru itu ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik.
Kami telah mengemukakan segala fakta-fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar untuk diteliti secara menyeluruh melalui petisyen tersebut.
Oleh yang demikian, kami dengan meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras
‪#‎March2Freedom‬
Like ·  

Wednesday, February 18, 2015

TGNA


Friday, February 13, 2015

Alhamdulillah sempat menatap wajah guruku TGNA buat kali terakhir.
Diceritakan oleh menantu Tokguru. Walaupun berita saat kematiannya sudah dijangka, Dr telah nasihatkan ahli keluarga Tokguru bawa pulang ke rumah. Saat itu Tokguru dah xboleh bercakap namun, setiap tutur kata yg didengar tetap difahami, sehingga mengalir air mata ketika. Us Omar berkata
"Ayah perlu dibawa pulang ke rumah, kerana ayah akan kembali kepada pemiliknya. Saat itulah kelihatan air mata mengalir di pipi Tokguru. Perasaannya terharu dan faham, tibalah masanya akan kembali kpd Sang Pencipta. Jam 8.45 ambulan sampai di rumah TGNA Pulau Melaka. Berita keadaan tokguru terus tersebar di washaap,fb, telegram keadaannya yg kritikal tersebar seluruh Malaysia . Org ramai segera dtg melihat Tokguru dari dekat. Pimpinan negeri kelihatan tiba bersama menziarahi Tokguru. Dari jam 9.00 pm. Dr terus memeriksa keadaan Tokguru, keadaannya semakin serius sehingga 3 minit terakhir. Dr telah memberi isyarat kpd ahli keluarga, Tokguru akan meninggalkan kita semua. Tepat jam 9.40 pm. Tokguru pergi buat selamanya.Semua yg mendampingi Tokguru merasa puas hati pemergian Tokguru dalam keadaan tenang, Ahli keluarga bersyukur berlaku pada malam Jumaat selepas solat Isyak 12 feb 2015,
Sepertimana hadis ada menyebut..
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.”
- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)
Berita kematian TokGuru terus tersebar dgn cepat. Melalui Washaap,Telegram dan fb. Berduyung2 kehadiran rakyat Tokguru untuk melihat buat kali terakhir. Unit Amal terpaksa mengawal kehadiran yg ramai dgn membenarkan pelawat beratur. Hanya pimpinan dan ahli keluarga terdekat dibenarkan masuk melihat dari dekat. Org awam hanya dibenarkan melihat dari cermin. Kehadiran dijangka sehingga subuh esok. Dari seluruh Malaysia dijangka tiba untuk menunaikan solat jenazah jam 10.00 am di masjid Pulau Melaka. Dan ditanam di perkuburan berdekatan Masjid Pulau Melaka.
Perginya Murabbi Ummah Tuan Guru Nik Abdul Aziz ialah satu kehilangan besar buat perjuangan PAS dan juga dakwah Islam di tanah air ini. Namun, perjuangan perlu diteruskan hingga ke nadi yang terakhir.
Selamat berehat, sampai bersua lagi di akhirat wahai murabbi yang dirindui selalu. Kutitipkan doa dan harapan agar di dalam rahmat Allah jua kau dinaungi. Pesan dan tunjuk ajarmu tidak sekali-kali kulupai.....
إنا لله وإنا إليه راجعون
الله اغفر له وعافه واعف عنه وارحمه وأعذه من عذاب القبر وعذاب النار وأدخله يا الله جنتك الفردوس الأعلى مع الذين أنعمت عليهم من النبيين والصدقين والشهداء والصالحين
03:27
13 February 2015
Akhi Zakaria Al Haj
Share jika manfaat bersama.

Wednesday, February 11, 2015

PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pemenjaraan Anwar: Hindraf nampak ke depan Hindraf rayu Yang Dipertuan Agong beri pengampunan kepada Anwar Ibrahim OLEH KUMARA SABAPATTY DI KUALA LUMPUR - 11 FEB 2015 Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy menyeru Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah supaya memberi pengampunan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dibebaskan daripada hukuman penjara lima tahun yang dijalani sejak semalam.   Anwar yang juga Ketua Umum PKR dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 2008.   Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga menyeru ahli-ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengira ideologi bersatu menuntut pengampunan baginda.   Katanya, pengampunan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara terhadap Anwar akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap undang-undang dan kehakiman negara.   "Harap para aktivis masyarakat tanpa mengira ideologi termasuk ahli politik bersatu menuntut pengampunan Tuanku yang disanjungi.   "Ramai percaya Anwar menjadi mangsa keadaan dan sebahagian konspirasi politik.   "Saya berharap faktor usia semasa serta sumbangan Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dapat dipertimbangkan dan diberi pengampunan segera," katanya kepada MalaysiaGazette. - MalaysiaGazette. Posted by mountdweller at 12:45 AM Labels: Fitnah, Mahkamah, Politik

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Sunday, February 8, 2015