Tuesday, August 26, 2014

Addin

Menentang dengan kebenaran..

Sah!! PAS Tidak Bersama Lagi Pakatan Rakyat?


PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.



Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor,” kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 tahun lalu

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu. ~mk

Wednesday, August 6, 2014




Agaknya itulah yang Mahathir bising ketika ini


Dilulus untuk paparan oleh memo

Analisis IsuOleh Jepiardy Semenyih

Dalam tempoh beberapa minggu lagi perintah panel arbitrasi London akan diputuskan, sama ada kerajaan Malaysia untuk sekian kalinya tewas dan di dalam kes ini Malaysia terpaksa membayar levi sebanyak lebih kurang RM2.12 bilion kepada kerajaan Singapura, ataupun keputusannya memihak kepada Malaysia agar levi yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ini kepada Khazanah Nasional tidak perlu ditunaikan.

Akar punca kepada isu ini ialah berkaitan bekas tanah milik Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Singapura. KTM yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia telah diberi hak untuk mengurus sebidang tanah di Tanjong Pagar secara pajakan selama 999 tahun yang seluas 217 hektar melalui satu perjanjian yang telah dimeterai semenjak era kolonial British lagi.

Stesen keretapi ini menempatkan pusat kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kerajaan Malaysia, justeru menjadikan para pengguna perkhidmatan keretapi ini berada di dalam zon sempadan negara yang kabur, di mana lokasi stesen itu adalah wilayah Malaysia sedangkan secara fizikalnya dikelilingi oleh Singapura.

Di dalam perjanjian berkenaan, KTM tidak dibenarkan membangunkan wilayah anugerah tersebut, dan ianya hanya boleh digunakan untuk tujuan keretapi sahaja. Oleh yang demikian, Malaysia tidak dapat mengkormesialkan wilayahnya di Singapura ini kecuali syarat pajakan tersebut diubah dengan persetujuan Singapura.

Bagi mengatasi masalah persempadanan ini, pada tahun 1998 kerajaan Singapura telah menaiktaraf stesyen keretapi Woodlands sebagai pusat CIQ yang baru, dan seterusnya mendesak KTM supaya memindahkan operasi stesyennya ke Woodlands. Sehinggalah pada tahun 2010, melalui pendekatan ‘memberi dan menerima’, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memindahkan pengoperasian KTM ke Woodlands dan menyerahkan kembali stesyen keretapi Tanjong Pagar ini kepada Singapura bermula 1 Julai 2011.

Apabila operasi KTM berpindah ke Woodlands, secara automatik perjanjian yang telah dimeterai selama ini termansuh, dan kerajaan Singapura berjaya mengambil alih wilayah Malaysia ini melalui desakan undang-undang domestiknya yang bersifat kata dua kepada kerajaan Malaysia. Kerajaan Singapura sudah tentu setelah berjaya mengambil alih wilayah kabur seluas 217 hektar ini dari Malaysia, akan memajukannya dengan pelbagai lagi projek hartanah bernilai berbilion dolar.

Sebagai timbal balasnya, beberapa projek pembangunan telah dirangka untuk manfaat bersama kedua-dua negara yang mana termasuklah menubuhkan usahasama untuk membangunkan projek hartanah di empat bidang tanah di Marina South, dan dua bidang tanah lagi di Ophir Roche, dengan Malaysia mempunyai 60% pegangan saham dan Singapura pula sebanyak 40% pegangan saham. Dipercayai nilai hartanah projek usahasama ini sebenarnya jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan nilai semasa bekas tanah KTM di Tanjong Pagar jika ianya boleh dikomersialkan.

Namun kegagalan kerajaan Malaysia untuk memastikan tiada sekatan terhadap hak, untuk bagaimana Malaysia boleh memanfaatkan wilayahnya sendiri ketika memeterai perjanjian berkenaan, seharusnya menjadi pengajaran yang berguna kepada pemimpin generasi sekarang. Akan tetapi, mengapa pula di dalam terma rujukan JV ini tidak mengambil kira halangan-halangan dan muslihat terkemudian seperti levi yang menyusahkan ini? Kerajaan Malaysia berulangkali terpedaya dengan muslihat diplomatik Singapura.

Ketika Malaysia mempunyai hak yang sangat jelas untuk membina 'jambatan bengkok', keputusan ditarik semula hanya gara-gara kononnya menghormati perjanjian air 1961 dan 1962. Sedangkan Singapura dilihat dengan begitu mudah memperdayakan perjanjian pajakan 999 tahun tanah wilayah Malaysia dengan undang-undang domestik yang diperkenalkan.

Kerajaan Malaysia perlu menjadikan sejarah Thailand yang walaupun terlewat 23 tahun 'diperalatkan' oleh Singapura melalui MoU pertahanan yang dirangka sehingga membolehkan SAF secara unilateral menggunakan pangkalan udara dan ruang udara Thailand untuk kepentingan strategik Singapura di rantau Asia Tenggara ini, namun kesedaran untuk tidak selamanya dicaturkan oleh Singapura akhirnya membolehkan MoU yang tidak seimbang tersebut dinaiktarafkan supaya Thailand juga mendapat hak yang sewajarnya di dalam hubungan bilateral mereka bersama Singapura selepas ini.

Sesungguhnya sejarah telah merakamkan bahawa sesuatu transformasi hanya boleh direalitikan apabila sesebuah kerajaan mempunyai sang ketua yang berprinsip dan tegas. Pilihannya hanya dua, sang ketua berubah atau sang ketua diubah. Agaknya itulah yang Tun Dr. Mahathir bising-bisingkan ketika ini.-hd

*Penulis merupakan calon PhD tahun akhir di bidang pengajian strategi dan keselamatan, UKM.

shared Mestica's photo.

Kenyataan pemimpin HAMAS Khaled Meshaal berkenaan gencatan senjata antara Gaza dan Israel;
Kami tidak pernah menipu. kami akan sentiasa di hadapan menunaikan janji janji kami, jangan bermain-main dengan pejuang Palestin.
Isu mensasarkan orang awam, mereka Israel terlebih dahulu mensasarkan orang awam bahkan tentera komando mereka mensasarkan orang awam, manakala kami di hadapan mereka seperti benteng yang kuat.
Kami tak akan kalah depan mereka kami mempertahankan rakyat kami, syuhada kami adalah orang awam dan pembunuh nya adalah askar.
Israel hanya fikir untuk menghancurkan kami. Kami tahu Israel lebih kuat dari kami kerana mereka mempunyai kelengkapan perang yang jauh ke hadapan.
Kami tidak akan meletakkan senjata, tiada sesiapa mampu melucutkan senjata kami, dengan izin allah.
Kami beri 2 syarat untuk letakkan senjata:
1. berhentikan penjajahan,
2. kalian (Israel) lucutkan senjata.
Sesetengah menyangka itu adalah mustahil. Kerana apa ia mustahil?
Kami menolak syarat gencatan senjata yang melihat kami di kedudukan yang sama sedangkan kami ditindas dan mereka penindas.
Mereka perompak tanah air kami dan kami adalah pemilik sebenar tanah air ini.
Mata dan badan kami tak pernah lena dari menjaga bangsa yang hebat ini.
Sehingga kini syuhada Palestin seramai kira-kira 700 orang yang kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, orang tua, dan wanita.
Netanyahu yang gagal dan kalah cuba untuk membalas dendam ke atas orang awam. Mereka memasuki Gaza dengan mata yang buta melepaskan peluru buta.
Telah berlalu 3 buah peperangan di samping penjajahan yang tak pernah berhenti.
Kami melakarkan hidup kami dari tempat kematian, kami tidak akan keluar dari tanah ini tetapi akan memanggil para pelarian kami supaya kembali ke tanah ini dan jarak masa itu semakin dekat dengan izin Allah.
Berapa banyak hospital telah mereka musnahkan, berapa banyak masjid yang telah mereka nodai, dan lebih 1,000 rumah dihancurkan secara total dan 1,500 rosak teruk.
Kami adalah korban keganasan bukan Israel yang terkorban. Wahai Ban Ki Moon dan John Kerry, yang mana kalian lebih cenderung memilih dan berpihak kepada aduan Israel.
Seperti mana kita bersedih akan kapal terbang Malaysia yang ditembak jatuh oleh pemberontak, begitu jugalah kami.
Dan aku secara peribadi sangat bersedih di atas apa yang menimpa Malaysia kerana mereka adalah saudara kami dengan rakyatnya yang mulia dan kerajaannya yang terhormat.
Kami menyeru semua kerajaan dan para pemimpin dunia agar menghentikan perang ke atas Gaza.
Kami menyeru untuk membuka pintu sempadan yang patut dimiliki oleh orang Arab. Ia digunakan untuk menghantar ubat-ubatan dan bekalan bahan-bahan mentah dari negara-negara Arab.
Wahai Ban Ki-moon Israel adalah PENJENAYAH dan bukannya rakyat kami di GAZA!
Kami adalah orang yang paling berpegang dengan janji dan gencatan senjata. Namun kami tidak akan membelakangkan tuntutan perjuangan Palestin. Kami tak akan pernah memungkirinya.
Tetapi kami tak akan tertipu dengan permainan mereka. Israel telah gagal dan cuba untuk menutup kegagalan mereka, kemudian meminta diberhentikan peperangan.
Kami bersedia untuk gencatan senjata tetapi kami hanya akan menerima sekiranya kepungan terhadap Gaza dihentikan sepenuhnya dengan JAMINAN dan bukannya cakap-cakap kosong!
Sesetengah orang mengatakan bahawa Turki dan Qatar yang menekan Israel.
Tetapi sebenarnya John Kerry yang mengarahkan mereka memujuk kami. Kami tidak melawan mereka di atas inisiatif mereka tersebut, tetapi kami menentang apa jua bentuk cubaan untuk memujuk kami dari menuntut hak kami ke atas bumi Palestin.
Kami meminta untuk dihentikan kepungan terhadap Gaza sebelum apa sahaja Perjanjian Gencatan Senjata!
Kedahsyatan perang tidak akan pernah memberhentikan kami untuk menuntut hak kami sebagai rakyat Palestin. Dunia akan menekan kamu.
Mereka mengajak kami untuk memberhentikan serangan kami. Kemudian kami mempersoalkan, apa selepas itu? Dan mereka jawab, selepas itu kita akan berunding.
Kami menolak tawaran sebegini sejak dari hari pertama perang lagi. Apakah permintaan kami? Kami telah menggariskan semua permintaan dan telah serahkan semua tuntutan kami kepada semua yang terlibat.
Tuntutan agar kepungan ini perlu berhenti dan perlu diberhentikan.
Kami, para pemimpin Hamas telah menghadapi rintangan ini dengan penuh amanah. Kami tak akan mengkhianati amanah bangsa ini semasa Ramadhan ataupun selepas Ramadhan.
Kepungan berlaku sejak 2006, kerana Hamas berjaya memenangi pilihanraya Gaza.
Kami ingin sampaikan kepada mereka bahawa tindakan mengepung sebuah bangsa yang merdeka akan membawa kepada sebuah kekuatan letupan yang dahsyat.
Kekuatan letupan itu akan terjadi di hadapan muka-muka penjajah dan muka-muka pelampau.
Bangsa kami akan meletupkan kekuatannya di hadapan muka-muka penjajah dan sesiapa pun yang menzalimi kami.
Ada pun yang menolong dan menyokong kami, kami akan kembali menyokong dan membantu mereka.
Membunuh dengan cara melaparkan dan mengepung adalah sama dengan membunuh dengan cara menembak di sisi undang-undang antarabangsa.
Kalian akan berjumpa dengan rakyat Palestin di tanah yang merdeka selepas ini.
Tentera Israel yang ditawan sebelum ini ingin kembali kepada keluarga dan ibu mereka. Begitu jugalah kami ingin melihat anak-anak dan saudara-mara kami.
Tuntutan kami semua adalah sama.
Kami sebagai sebuah bangsa yang merdeka, menuntut untuk mereka mengangkat segala sekatan dan kepungan atau kami akan terus berjuang.
Kami boleh meletakkan senjata jika tuntutan kami didengari dan ditunaikan. Tiada kata lain selain tuntutan-tuntutan tersebut.
Kami memang akan memberhentikan serangan dengan syarat kalian memenuhi tuntutan-tuntutan kami iaitu menghentikan sekatan dan kepungan ini. Kemudian barulah kami akan berunding.
Kenapa mereka tak setuju ?
Kerana terdapat tekanan dari Israel yang tidak mahu tuntutan kami ditunaikan.
Jika kalian kepung tempat kami, kami akan kepung kalian danjika kalian mengepung udara kami kami akan mengepung udara kalian. Umpama seekor nyamuk yang tahu bagaimana menyerang seekor singa, walaupun engkau bukanlah singa tidak layak dipanggil singa wahai netanyahu.
Wahai rakyat Gaza sesungguhnya kalian telah memberikan banyak pengorbanan sesungguhnya aku sangat berbangga di sisi kalian bahkan selain ku masih ramai yang ingin bersama kalian.
Saya ingin bertanya, berapa ramai lagi tentera yang Israel mahukan mereka terbunuh dan tercatat di atas bil sehingga mereka akan menghentikan kepungan ini?
Dr Khalil Al-Hayyah telah kehilangan sebahagian keluarganya, dan kami dengan segala jiwa-jiwa yang sedia berkorban kami akan berdiri di sisi kalian.
Wahai bangsaku di Tebing Barat, kalian telah memberikan banyak kesabaran namun kami meminta sedikit kesabaran lagi.
Jangan dirisau, umat akan bersama mu, kalian kan melihat semua bangsa arab dan kaum muslimin seluruh dunia akan bersamamu.
Harapan bahawa perang Gaza ini akan menyatukan kami, cumanya kesatuan ini perlu berpegang atas asas yang kuat.
Kami akan bersatu seperti mana kami pernah bersatu ketika Intifadhah kedua dahulu.
Ucapan terima kasih buat seluruh yang terlibat dan seluruh bangsa dunia yang cintakan kebebasan.
Adapun kerajaan dunia khususnya Amerika mereka perlu menukar pendirian politik mereka dan kami tidaklah berharap sangat(kerana sudah tahu) dunia akan menekan mereka satu hari nanti.
Kita akan berjumpa lagi dengan izin Allah di sebuah negara Gaza yang bebas dan merdeka dan berdaulat.
Kami akan berdepan dengan Israel dengan berperang dan dengan menggunakan undang-undang ke atas mereka.
Para pejuang kami dengan segala kemampuan dan semua fraksi mampu bersabar dan bertahan di atas penjajahan, sabar kami itu sangat panjang.. maka begitu jugalah kami akan bersabar dan bertahan dalam peperangan ini..!!