Friday, September 21, 2012



...pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting
 Arab Saudi pohon MAAF pasai dah pecahkan lobang

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah 
menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia
untuk menambah kuota haji mereka tahun ini...
 ianya berikutan projek-projekpembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah
 menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut
hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih
 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan
 INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan
 hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma
 cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje
 yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.
P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamanya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui - EraPasca

Monday, September 17, 2012


Kenapa Tak Marah Kate Masuk Ke Masjid?

SEALAM PERASAAN

Kate dan suami memasuki masjid.
Bekas setiausaha politik kepada bekas Perdana Menteri Malaysia menghantar sms kepada saya mempertikaikan kenapa kunjungan puteri di Raja Britian Kate Middleton dan suaminya Putera William ke masjid berhampiran KLL tidak dibantah dan diterima seadanya.

Tanya beliau mengapa umat Islam yang sebelum ini bagaikan histeria memarahi pemimpin DAP memasuki ke surau dimaki hamun dan dikatakan mencemari Islam.

Kaki Kate yang mugil melangkah tangga masjid.
Tanya beliau apakah kaki mugil Kate suci dari kaki pemimpin DAP itu? Apakah bezanya kaki mugil dengan kaki kematu? Beliau juga menyuruh saya membelek gambar-gambar terkini Kate yang dipaparkan dalam majalah Closer yang boleh diakses menerusi internet.

Memang dalam paparan gambar itu Kate memasuki masjid. Sekeping gambar menunjukkan Kate berjalan menaiki tangga dan kedua belah kakinya nampak jelas. Gambar itu juga turut memaparkan kasut Kate yang diletak di atas tangga.

Saya yakin gambar kaki dan kasut Kate yang diletakkan di atas tanggan beralasankan permaidani tidak disiarkan dalam akhbar penjilat buntut, atau majalah Kiblat dan Al Islamterbitan Utusan Melayu.

Kasut Kate diletak atas permaidani.
Soal bekas setiausaha itu lagi sepatutnya mereka yang sebelum ini sasau dan menunjukkan keprihatinan mereka yang tinggi terhadap agama dan mengkritik orang Islam memasuki masjid atau surau walaupun untuk menyampaikan bantuan kepada orang Islam memprotes tindakan Kate itu. Kalau kita marah kepada kafir DAP, mengapa kita mendiamkan diri dengan menantu Puteri D itu?

Beliau juga menarik perhatian apa pandangan Hasan Akidah di dalam soal ini. Apakah perbuatan Kate yang jelas seorang Kristian tidak mencemari masjid? Atau pun kerana kemasukan Kate itu tidak menjejaskan politik Umno maka ia dibenarkan?

Tidak lupa pegawai berkenaan turut bertanya mengenai apa pandangan ulamak muda Umno Fatu Bari an juga ulama tua Harussani Zakaria. Beliau berharap mereka dapat memberi penjelasan kerana menurut maksud sebuah hadith kalau kita berbuat sama dengan mereka (orang kafir) maka kita juga seperti mereka?

Seterusnya pegawai itu memberi pandangan hendaklah kita adil dan berkata benar mengenai Islam dan jangan mengurusnya mengikut perasaan dan memikirkan kepentingan kita.[kk.sbh 10:50 am 15/012/12]

Monday, September 3, 2012


Syabas Kepada Pengibar Sang Saka Malaya

GALANG MENTARI

Polis tidak perlu meneruskan siasatan terhadap mereka yang mengibarkan bendera selain dari Jalur Gemilang pada sambutan ambang merdeka anjuran Ngo malam menjelang kemerdekaan dua tiga malam lalu. Ini kerana individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera puteh merah berlambangkan bulan sabit berbintang pecah 11 itu sudah mengakui kerja itu kerja mereka.

Bendera Sang Saka Malaya.
Seperti mana diakui individu berkenaan menerusi blognya,mereka membawa bendera bernama Sang Saka Malaya itu bukan atas suruhan atau idea mana-mana pihak termasuk parti pembangkang, tetapi ia adalah atas inisiatif mereka sendiri.

Kata individu berkenaan mereka berbuat begitu kerana mahu tonjolkan kebenaran dan sejarah yang telah ditenggelamkan oleh pihak tertentu.

Kata individu itu juga perbuatan itu bukan untuk menukar Jalur Gemilang kepada Sang Saka Malaya itu seperti mana dituduh ke atas mereka. Mereka membawa atau mencipta semula bendera itu bagi mengimbasi perjuangan menutut kemerdekaan ke atas negara ini yang dimulakan oleh Kesatuan Melayu Malaya (KMM) dibawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Ibrahim dan rakan-rakan adalah mereka yang awal memperjuangkan kemerdekaan tahun 1938 bukannya pemimpin Umno kacukan kolonial.

Justeru kalau kita rasional dan tidak prejudis isu kibarkan bendera Sang Saka Malaya itu sudah selesai. Janganlah melihat sesuatu fenomena itu dari kaca mata gelap dan minda yang sempit. Selagi kita melihat sesuatu itu dengan kaca mata gelap mengikut nafsu dan ideologi politik kita maka selamanya sesuatu yang jernih itu tidak akan nampak akan kilauan sinarnya.

Syabas diucapkan kepada individu yang mengibar bendera berkenaan. Walaupun satu segi ia boleh dikecam kerana bertindak songsang namun keberanian mereka membongkarkan sejarah bendara itu yang juga ada kaitan dengan sejarah negara penting dan perlu disanjung.

Saya sendiri tidak mengetahui bahawa bendera asal negara kita sebelum merdeka bercorak demikian. Saya yakin juga ada dikalangan menteri sendiri butan akan hal ini termasuk Rais Yatim. Dari satu sumber memberi tahu bendera itu pertama kali dikibar oleh Dr Burhanuddin Al Helmi semasa satu kongres di New Delhi India. Apabila individu berkenaan mengibar bendera berkenaan ia mengajak kita menyelami sejarah negara.

Atas motif itu saya rasakan ia tidak menjadi kesalahan? Pengibaran itu jika dilihat dan direnung dari hati sejarah ia tidak merosakan apa yang ada hari ini sebaliknya akan menebalkan lagi kecintaan kepada negara.

Satu kunci kata yang kita dapat bahawa yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini adalah orang Melayu bukannya Cina dan India atau lain-lain bangsa. Ia bukan juga Melayu Umno yang memperdagangkan prinsip untuk mendapat kemerdekaan yang dibentuk.

Apakah salah untuk kita menoleh ke belakang melihat sejarah negara kita? Bukankah pemimpin hari ini melaung-laungkan supaya rakyat negara ini ingat kepada sejarah dan menjadikan sejarah sebagai panduan?

Umno seperti hendak gila memberi tahu generasi baru ini bahawa negara ini adalah hak Melayu, Melayu menjadi tuan rumahnya. Nah... apabila ada individu atau anak muda yang celik dan bingkas mengenai sejarah kenapa harus disalahkan? Bukankah pejuang kemerdekaan menerusi KMM itu orang Melayu? Atau kerana mereka tidak kacukan British maka mereka tidak diterima dan dianggap sebagai penentang?

Sekali lagi diucapkan syabas kepada individu berkenaan. Selepas ini hendaknya banyak lagi monumen-monumen sejarah akan dicungkil dan diangkat ke pengetahuan rakyat. Di samping menonjolkan sejarah moden sejarah lama (klasik) perjuangan Melayu yang tinggi nilai sejarahnya juga perlu dibangkitkan sama.

Dalam melihat usaha ini 'kelih' lah dengan penuh rasional dan bukannya mereng kepada kepentingan parti politik masing-masing. Tidak ada guna perjuangan untuk menegakkan ideologi sendiri sehingga membelakangkan idealisme bangsa. [wm.kl.1:04 t/hari 03/09/12]

Yang penting adalah kebahagiaan dan itu adanya didalam hati...

Gambaq lawak...

Salam semua...

Pak Long tak mau komen apa-apa pasai Pak Long dah ter'konfius'. Takut disalah anggap pulak, maklum ja la kan dunia moden nih... yang jantan pun boleh jadi pompuan, nak heran apa nya kalau yang muda camni pun nampak macam dah tua... haha...

Mungkin dia ni sebenaqnya masih muda walaupun muka dah baya Pak Long. Sebab tu dia ni layak pakai baju 'T' pilihan orang muda nih...

Tapi pasai apa pulak yang Mak Long hang tetiba ja pesan, biaq di timpa buah nyioq daripada kita di timpa perasan... addeeh, hihi...

Wassalam...