Tuesday, March 27, 2012


Amaran - Selangor akan dirampas semula
mengundi masing-masing..!!
Kalau kita baca kenyataan terbaru Najib Tun Razak, jelas terbayang di muka beliau betapa yakinnya mereka untuk menawan kembali negeri Selangor.

Dengan jelas dan terang beliau kata beliau yakin dapat menawan semula Selangor.

Maklumat yang Tulang Besi dapat adalah sangat merisaukan.

DEngan bantuan SPR dan JPN, UMNO telah berjaya:
1.0 Menukar puluh ribuan pengundi2 Pakatan Rakyat dari DUN masing-masing
2.0 Mendaftar pendatang asing sebagai pengundi yang sah
3.0 Menukar alamat pengundi2 UMNO dari Johor, Melaka dan Pahang untuk mengundi di DUN PKR dan PAS
4.0 Mendaftar banyak pengundi2 hantu yang tidak dikenali dan tidak wujud di Selangor
Mengikut bilangan terkini, bilangan kerusi yang bakal dimenangi oleh UMNO/BN adalah 35berbanding Pakatan Rakyat 21

Menjelang pilihanraya umum bulan Jun 2012 nanti, bilangan kerusi yang bakal dimenangi BN adalah 43 berbanding Pakatan Rakyat 13.

UMNO dan BArisan Nasional sekarang ini bukan setakat yakin untuk memerintah Selangor tetapi yakin mendapat kembali majoriti 2/3 di DUN Selangor.

Setakat yang saya tahu, amat sedikit sangat usaha yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menangkis penipuan UMNO/BN ini.

Disebabkan kos membantah nama dalam daftar pemilih yang diragui ditetapkan oleh SPR RM10 untuk satu nama, maka PAS Selangor tidak mampu membantah dengan banyak walaupun mereka kuat bekerja.

Usaha mereka untuk mendapat wang dari sumber2 yang rasmi pun sering menemui jalan buntu.

PAS Selangor terpaksa berpekin2 menggunakan wang sendiri untuk menjalankan proses bantahan kerana tiada bantuan kewangan dari mana-mana sumber rasmi.

Sekiranya rakyat Selangor masih mahu terus menikmati pemerintahan yang adil, sayang rakyat, bersih dan menjaga kebajikan maka terletak di bahu rakyat Selangor sekelian untuk menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Tulang Besi tidak nampak siapa lagi yang mampu menghalang penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional.

Langkah pertama adalah memeriksa nama masing2 di sini. Pastikan nama2 saudara/ri tidak dipindah ke negeri atau kawasan lain kerana berpuluh ribu pengundi telah dibuang dan baling keluar dari kawasan asal mereka.

Jangan lupa berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT demi mengagalkan penipuan dan pembohongan mereka itu. Inshaalah, dengan bantuan Allah SWT penipuan mereka akan gagal.

Lakukan yang terbaik dan termampu. Inshaalah, bantuan Allah SWT akan turun.

Tulang Besi

Friday, March 23, 2012

Hasan Ali Belanja RM300 Ribu Ubah Suai Pejabat Dan Perbelanjaan Yang Terlampau: Dakwa ADUN PKR

Bekas exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali (gambar) didakwa membazirkan ratusan ribu ketika memegang jawatan khususnya ketika mengubahsuai pejabatnya, kata ADUN PKR bagi kerusi Bukit Antarabangsa Azmin Alipada sidang dewan undangan negeri Selangor hari ini.

Semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Badan Warisan dan Adat Istiadat Melayu, Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, juga membidas Hasan kerana didakwamembelakangkan dasar tender terbuka negeri ketika menganugerahkan sub-kontrak penyelenggaraan jalan. -mk

Ulasan GB

Akhirnya kudis parasit Hassan Ali itu pun bernanah.

Berlagak bersih, dan akan lebih banyak pekung yang bakal terdedah nanti.

Silap haribulan masuk "dalam" senasib Khir Toyo.

Saturday, March 10, 2012



SELANGOR - WASPADA !

KOMENTAR TUKAR TIUB

dalam suara keadilan terbaru minngu ini
ada laporan dari yb suhaimi shafiei
yang mengatakan najib telah beri
2.71 bilion ringgit untuk gerombolan selangor

ini dana untuk ambil kembali selangor
ini maknanya selangor akan jatuh

cara:
bila parliemn dibubar
maka kontrektor kan tidak pungut sampah

bila parlimen bubar
syabas akan buat kerenah air
air akan dipotong sana sini

semua ini dalam perancangan

cara ini telah digunakan oleh cia
cia pada tahun 1975 telah menggunkan taktik ini
untuk menjantuhkan kerajaan allende
yang telah memilik negarakan lombomg tembaga
yang dimiliki oleh syarikat rio tinto




NOTA:
jawabnya
ke jalan raya dahulu
sebelum ke pilihanraya


KERAJAAN NEGERI DICABAR BEKU TENDER KUTIP SAMPAH - meloay

SHAH ALAM 9 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dicabar membekukan keputusan pemberian tender mengutip sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini dalam tempoh 48 jam bermula hari ini ekoran dakwaan terdapat penyelewengan dan unsur rasuah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal berbuat demikian, persatuan itu yang mencetuskan isu tersebut akan menjelajah seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung penyelewengan dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan tender berkenaan.

Menurutnya, dakwaan itu bukan rekaan sebaliknya dapat dibuktikan melalui dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

‘‘Kita berharap SPRM dapat membuat siasatan berdasarkan dokumen yang dikemukakan itu dan menasihatkan kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pemberian tender berkenaan tidak mempunyai unsur rasuah.



TUNTUTAN INI WAJIB DITUNAI



NOTA:
jika 8 tuntutan ini tidak ditunai
maka menjadi wajib untuk kita
turun ke jalan raya sekali lagi!