Thursday, February 23, 2012

Bukti! Putera Umno terlibat menyerang ceramah Anwar di Johor!

Kongsi124
TERBARU, ceramah Anwar Ibrahim di Johor, iaitu di daerah Semberong, Kluang Johor diserang oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai diupah oleh pihak Umno.

Ceramah Anwar Ibrahim dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya. Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.



Menggelupur blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba menafikan berita ini. Seperti biasa mereka akan putar belikan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Kali ini kita dedahkan bukti salah seorang anak muda yang menyerang ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong Kluang Johor tempoh hari. Anak muda ini pada malam kejadian tersebut mengakui, baru pulang menghalau Anwar dari tanah Kluang.

Dia menulis di akaun Facebook miliknya yang dihantar melalui telefon bimbit BlackBerry, mengakui bahawa dia terlibat menghalau Anwar Ibrahim atau dengan kata lainnya dia terlibat melakukan kekecohan pada malam itu [Facebook].


Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya [facebook].


Regim United Malays No Otak, Umno akan terus melakukan apa sahaja untuk mengalahkan lawan politik mereka. Politik rasuah, penyalahgunaan kuasa dan samseng akan terus jadi amalan regim ini.

ReJaM© " Polis sila jalankan tugas anda! "

Wednesday, February 15, 2012

Nizar | Coretanku

Replika dan Gambar Rumah Rasulullah SAW

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, “saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. Umar menangis.

Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”

Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana).”

Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”.

Umar menjawab, “ tentu, wahai Rasul.”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “ Memang demikianlah adanya.” -(HADIS RIWAYAT AHMAD)-

Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah
yang terbahagi kepada ruang solat, ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri.


Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. itu lah gambaran Rasulullah SAW yang dapat "tukanglawan" cari.


Dibawah ini adalah gambar replika binaan semula rumah berkenaan untuk renungan kita.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar diwaktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu disiang hari untuk tempat orang-orang duduk” -(HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI DAN AL-BAIHAQI)-


Dibawah ini pula kesan-kesan runtuhan rumah Baginda



http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/reruntuhan-rumah-khadijah_o.jpg
Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.
.
http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/pintu-masuk-kmr-rasul-di-rmh-khadijah_o.jpg
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as
.
http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/kamara-nabi-sayyidah-khadijah.jpg
Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
.
http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/tempat-ketika-sayyidah-fathimah-zahra-dilahrirkan_o.jpg
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.
.
http://qitori.files.wordpress.com/2007/12/mihrab-tempat-rasulullah-biasa-shalat-di-rmh-khadijah_o.jpg
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat2nya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.

Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka?

Tuesday, February 14, 2012


KOMENTAR TUKAR TIUB


dalam suara keadilan terbaru minngu ini
ada laporan dari yb suhaimi shafiei
yang mengatakan najib telah beri
2.71 bilion ringgit untuk gerombolan selangor

ini dana untuk ambil kembali selangor
ini maknanya selangor akan jatuh

cara:
bila parliemn dibubar
maka kontrektor kan tidak pungut sampah

bila parlimen bubar
syabas akan buat kerenah air
air akan dipotong sana sini

semua ini dalam perancangan

cara ini telah digunakan oleh cia
cia pada tahun 1975 telah menggunkan taktik ini
untuk menjantuhkan kerajaan allende
yang telah memilik negarakan lombomg tembaga
yang dimiliki oleh syarikat rio tinto




NOTA:
jawabnya
ke jalan raya dahulu
sebelum ke pilihanraya


KERAJAAN NEGERI DICABAR BEKU TENDER KUTIP SAMPAH - meloay

SHAH ALAM 9 Mac – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dicabar membekukan keputusan pemberian tender mengutip sampah di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini dalam tempoh 48 jam bermula hari ini ekoran dakwaan terdapat penyelewengan dan unsur rasuah.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Dr. Jacob George berkata, sekiranya kerajaan negeri gagal berbuat demikian, persatuan itu yang mencetuskan isu tersebut akan menjelajah seluruh negeri bagi menjelaskan kepada rakyat berhubung penyelewengan dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan tender berkenaan.

Menurutnya, dakwaan itu bukan rekaan sebaliknya dapat dibuktikan melalui dokumen yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

‘‘Kita berharap SPRM dapat membuat siasatan berdasarkan dokumen yang dikemukakan itu dan menasihatkan kerajaan negeri apa yang perlu dilakukan bagi memastikan proses pemberian tender berkenaan tidak mempunyai unsur rasuah.

TUNTUTAN INI WAJIB DITUNAI
NOTA:jika 8 tuntutan ini tidak ditunaimaka menjadi wajib untuk kita
turun ke jalan raya sekali lagi!
Publish Post


Mana Lebih Bahaya: Anwar atau Najib ?

Oleh Shahbudin Husin

Tindhttp://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/anwar-najib.jpgkan Najib menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves bersama jutaan penganut agama Hindu dengan berpakaian Kurta kuning baru-baru ini, yang kemudian disifatkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai perbuatan yang menggadai akidah dan ke arah syirik, kini menjadi isu baru yang memalukan Najib dan umat Islam seluruhnya.

Jika mengikut pandangan Harussani itu bahawa nasihat mengenai perkara itu sudah diberikannya sebelum ini tetapi tidak didengari oleh Najib, jelas memberi gambaran bahawa Najib tahu tindakannya hadir ke Batu Caves itu adakah suatu yang salah dan bertentangan dengan kehendak agama.


Apakah semata-mata Najib memikirkan kepentingan politik dan undi yang mungkin boleh diperolehi bagi meneruskan tempoh hayat UMNO dan BN sebagai parti pemerintah, maka soal akidah dan pegangan hidup boleh diketepikan begitu saja?

Jika itulah pendirian dan mazhab politik yang cuba diamalkan oleh Najib, sebenarnya tidak ada apa-apa lagi yang boleh kita harapkan daripada Perdana Menteri Keenam ini? Ini kerana akidah dan pegangan hidup adalah nilai yang paling tinggi dalam kehidupan seseorang sebelum mereka mahu bercakap soal-soal lain seperti kepentingan keluarga, kasih sayang, membela rakyat, keharmonian, kekeluargaan, agama dan sebagainya.

Keikhlasan dan kejujuran seseorang akan segera diragui apabila pegangan agamanya tidak kuat dan mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor lain yang bersifat sementara dan keduniaan.

Apa yang boleh kita rasakan sebagai orang Melayu dan Islam bila Najib dikata oleh mufti telah menggadai akidahnya ialah hanya perasaan sedih dan malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang begitu lemah iman sehingga sanggup tunduk kepada hal-hal sebegitu.

Di merata tempat dan di pelbagai kelompok masyarakat Melayu sekarang ini memperkatakan tentang tindakan Najib itu dan tidak ada satu pun kedengaran suara yang memuji dan menyokong beliau. Rata-rata sedih dan kecewa.

Dengan kesediaan Najib menggadaikan akidah (sebagaimana yang disebut oleh Harussani sendiri) kerana politik bermakna kebolehpercayaan rakyat terhadapnya dalam soal membantu rakyat dan memperjuangkan hak orang-orang Melayu dengan automatik terpadam sama sekali. Bagaimana kita mahu percaya Najib betul-betul serius mahu menolong rakyat dan memperjuangkan nasib masa depan Melayu sedangkan nilai paling tinggi yang ada dalam dirinya pun boleh ditolakansur dengan kepentingan lain untuk mendapatkan undi serta sokongan.

Adakah Najib berfikir bahawa nilai paling penting dalam hidup ini hanya semata-mata dapat mengekalkan jawatan Perdana Menterinya sahaja tanpa memikirkan bahawa ada kehidupan lain selepas kematian nanti?

Dalam hal ini umat Islam dan orang Melayu memang berhak berasa malu dengan tindakan Najib itu, lebih-lebih lagi beliau baru saja menunaikan haji di Mekah tahun lalu.

Dalam soal ini turut dipersoalkan ialah ke manakah perginya penasihat-penasihat agama di sekeliling beliau seperti Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom, timbalannya yang petah berbicara Mashitah Ibrahim, penasihat agama di Jabatan Perdana Menteri, Dr Abdullah Md Zain dan para mufti yang semuanya berkelulusan tinggi dalam bidang agama.

Turut ditanya ialah di manakah suara Dr Hasan Ali yang baru dipecat dari PAS yang kononnya salah satu asas perjuangannya ialah berkaitan dengan Islam dan murtad?

Adakah mereka takut menegur dan menasihati Najib kerana takut kehilangan jawatan dan kemewahan dunia yang dinikmati selama ini? Atau apakah mereka beranggapan oleh kerana Najib Perdana Menteri kepada semua kaum, maka dia berhak melakukan apa saja dan tidak perlu ditegur?

Kalau sebelum ini sebahagian daripada mereka ini begitu lantang bercakap dan mengkritik Anwar Ibrahim berkaitan isu pluralisme yang kononnya diucapkan oleh Anwar di sebuah persidangan di London, apakah tindakan Najib yang dianggap menggadaikan akidah ini hanya perkara remeh dan isu kecil oleh mereka berbanding pluralisme. Lebih-lebih lagi pluralisme yang dikaitkan dengan Anwar itu pula hanya tafsiran mereka sahaja dan Anwar sendiri sudah menjelaskan pendiriannya yang tidak bermaksud demikian. Ini berbeza dengan Najib yang terang lagi nyata hadir di Batu Caves bersama-sama kaum India sambil berpakaian Kurta dan sedia pula dikalungkan dengan bunga manggar paling besar. Dalam masa yang sama, ramai juga rakyat ingin melihat sesekali Najib berjubah dan berserban ketika ke masjid pada hari Jumaat.

Jika dalam isu pluralisme, Jamil Khir begitu lantang bersuara dan mahu menyiasatnya dan meluahkan pelbagai kecaman terhadap Anwar, tidak mahukah isu akidah Najib ini turut disiasat atau ditubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai mengenainya pula.

Berbanding Anwar yang tampil berani menafikan ucapannya sebagai berunsur pluralisme, Najib sebaliknya memilih hanya berdiam diri dan bungkam seribu bahasa dalam hal ini. Ketakutan Najib untuk bersuara sama ada mengakui keterlanjurannya atau tampil dengan hujah-hujah yang menghalalkan kehadiran meraikan Thaipusam itu, tidak lain memperlihatkan bahawa Najib memang mengakui kesilapannya tetapi dalam masa yang sama juga taksub kepada undi dan kepentingan politik.

Maka berdiam diri adalah jalan terbaik sambil mengharapkan isu ini akan reda dengan sendirinya ditelan masa dan dalam masa yang sama undi kaum India yang diharap-harapkan tidak pula berkurangan. Namun hakikatnya ini memperlihatkan keperibadian Najib yang sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan politiknya. Orang Melayu mesti menghadkan sokongan kepada Najib mulai sekarang ini.

Lebih-lebih lagi dalam soal kehidupan, perbuatan menggadai akidah dan syirik adalah jauh lebih besar daripada pluralisme. Akidah bukanlah komoditi dagangan yang boleh dinilai dan ada tanda harganya. Apakah rupa manusia kalau akidah dan pegangan hidupnya sudah boleh digadai dan dijualbeli?

Sunday, February 12, 2012



Rafizi: SPRM Perlu Segera Siasat Muhyiddin

SHAH ALAM 12 FEB: Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyoal siasat Timbalan Perdana Menteri, Tan Muhyiddin Yasin berhubung skandal lembu Fidlot (NFC).

Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menjadi orang pertama dipanggil memandangkan beliau merupakan orang yang meluluskan dana RM250 juta kepada keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

"Isu pokok NFC adalah salahguna kuasa dan pemberian dana sebegitu besar pada keluarga menteri. Ini membenarkan lagi bagaimana amalan rasuah yang begitu menyerlah berlaku dalam kerajaan.

"Keduanya adalah wang negara dan wang rakyat berjumlah RM250 juta diserahkan kepada kroni yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang ternakan lembu.

"Saya rasa orang-orang Umno lebih faham tindakan Muhyiddin tersebut menyerahkan projek mega yang begitu besar kepada keluarga Shahrizat." kata beliau.

Sehubungan itu beliau menyelar tindakan SPRM yang masih tidak memanggil Muhyiddin untuk di soal siasat sedangkan hal tersebut adalah perkara asas siasatan.

"Saya kira sekiranya SPRM mengambil tindakan terhadap Muhyiddin sekarang akan diberi persepsi oleh rakyat sebagai sudah terlambat.

"Saya tidak mahu memperkatakan sesuatu perkara yang tidak berfakta tetapi SPRM perlu bersikap profesional dan tidak memilih bulu.

"Janji BN dan tranformasi Najib akan dianggap sebagai hipokrasi sekiranya masih agensi-agensi kerajaan masih bersikap menjaga kepentingan pemimpin tertenyu." kata beliau ketika di hubungi.

Pada 8 Februari lalu, Rafizi turut mendedahkan maklumat terbaru kepada pihak media berhubung dakwaan pembelian dua kondo mewah di Singapura oleh NFC bernilai RM34.6 juta.

Sehubungan itu pada sebelah petangnya pula Shahrizat dipanggil oleh SPRM untuk di soal siasat. Shahrizat sebelum itu telah mengambil cuti selama tiga minggu namun SPRM tidak mengambil sebarang tindakan menyiasat terhadap beliau.

Ketika ditanya kepada Rafizi kenyataan Muhyiddin bahawa BN tidak tergugat dengan serangan pembangkang kerana isu yang dibangkitkan membabitkan serangan individu beliau berkata kenyataan tersebut disebabkan Muhyiddin merasakan diri beliau tidak lagi selamat.

"Muhyiddin telah merasakan diri beliau tidak lagi selamat kerana orang Umno sendiri telah tahu agenda disebalik pemberian projek tersebut kepada keluarga Shahrizat.

"Lagi pun ini bukan isu individu, isu ini libatkan dana rakyat bernilai RM250 juta. Rakyat nak tahu kemana wang tersebut telah disalurkan dan apakah faedah yang dapat dinikmati oleh rakyat hasil dari sumbangan wang mereka keluarga menteri tersebut." kata beliau.

Menurut beliau, gesaan Pakatan Rakyat supaya ditubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat isu NFC dianggap jalan terbaik.

"Inilah yang Muhyiddin takutkan kerana beliau bimbang dengan trand sokongan rakyat yang semakin menolak BN disebabkan pelbagai amalan rasuah dan salah guna kuasa amat berleluasa berlaku ketika BN memerintah negara." kata Rafizi lagi.

Thursday, February 9, 2012

NFC: KAIN SHAHRIZAT DI SELAK MAT JAMBU… RM173K BAYARAN BALIK BULANAN BANK…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


NFC: KAIN SHAHRIZAT DI SELAK MAT JAMBU… RM173K
BAYARAN BALIK BULANAN BANK…

Datuk Seri Shahrizat Jalil dicabar membuat perisytiharan harta ekoran pembelian dua unit kondominium mewah di Singapura oleh keluarga beliau, tegas NGO anti rasuah, Jingga 13.

Semalam, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan kondominium berkenaan dibeli atas nama suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anak mereka, Wan Nur Shahinur Izran Mohamad Salleh

Dua kondominum berharga RM34 juta di Marina Bay Suites itu dibiayai oleh United Overseas Bank Limited (UOB) dan Malayan Banking Berhad (Maybank).

“Anggaran berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Datuk Seri Shahrizat perlu membayar RM173,000 bagi dua pembiayaan pinjaman.

“Beliau perlu menjelaskan bagaimana keluarganya mampu menanggung bayaran bulanan yang besar,” kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa ketika ditemui di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor di Shah Alam pagi ini.

Citer seterusnya KLIK DI SINI

Sebelum ini Shahrizat sering mengelak dirinya dari dikaitkan dengan NFC. Alasannya – beliau hanya isteri kepada Pengerusi NFC.

S
hahrizat mengatakan yang dia tak tau menahu urusan NFC… Bengong sungguh la bini Mad Salleh ni…. Apa laki ngan anak2 buat… dia tak tau menahu…. Bejughuh bedeah… Wanita UmNo bagaikan lembu, boleh la hang pemohong…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



NFC: MARINA BAY SUITES – KANDANG LEMBU TERMEWAH RM34.6 JUTA


Beruntung sungguh la lembu2 zaman akhir zaman ni.. diternak di kondo2 mewah dalam dan luar Negara.

Pembongkaran skandal lembu terkini, pembelian 2 lagi kondo di Marina Bay Suite bernilai RM34.6 juta adalah satu kemewahan yang terlampau.






Cerita seterusnya KLIK DI SINI

Monday, February 6, 2012

Masjid Indah bertempat di Kawasan Exclusive.



Di Petik Dari Sumber

Bukti Terbaru PRU13 Bakal Diadakan Mac Ini

Dengan maklumat yang diperolehi oleh YB Husam Musa, memaklumkan bahawa parlimen Malaysia akan dibubarkan pada minggu hadapan, menguatkan lagi kebenaran PRU13 akan diadakan pada bulan Mac 2012. Bukti terbaru pilihanraya akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Mac ini, adalah terdapatnya arahan terbaru untuk kesemua Majlis Perbandaran membekukan kesemua permohonan dan kelulusan menyewa dewan perbandaran dari 8 Mac sehingga 18 Mac 2012.

Maklumat dari guru-guru yang menjadi petugas SPR juga memaklumkan bahawa satu mensyuarat khas bersama SPR akan diadakan pada 9 Februari, Khamis ini, bagi membincangkan persiapan pilihanraya.

Bagi... ambil, tetapi undi Pakatan Rakyat

Memandangkan pengagihan Bantuan Rakyat RM500 yang tidak banyak mengubah kebijaksanaan Rakyat yang menganggap memancing undi... dalam masa terdekat ini, Najib Razak akan mengumumkan penurunan harga minyak berkuatkuasa serta merta sebagai taktik meraih sokongan rakyat.

Bagaimana pun, harga minyak akan dinaikkan kembali selepas pilihanraya jika BN berjaya mendapat kemenangan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Pandangan PRU13 Bukan Pada Bulan Mac

Terdapat pandangan yang mengatakan PRU13 tidak diadakan pada bulan Mac yang mengambil kira pengumuman Najib yang mengetepikan kata-kata agar dibubarkan Parlimen awal minggu ini, beberapa hari selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan agar mengambil masa untuk mendapatkan sokongan.

Ini adalah tektik ‘reverse psychology’ yang diamalkan sejak dulu lagi bagi MELALAIKAN semua jentera Pakatan Rakyat yang beranggapan pilihanraya lambat lagi. Keadaan sebegini juga berlaku pada tahun 2008 apabila Abdullah Badawi mengatakan pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat, tetapi tidak lama selepas itu mengumumkan pembubaran parlimen.

Maklumat risikan Special Branch dan Military Intelligence melaporkan jika Najib tidak mengadakan pilihanraya dalam masa terdekat, Najib dan Bn akan menghadapi kesukaran di luar jangkaan untuk tempoh yang lebih lama, memandangkan keputusan mahkamah yang membebaskan Anwar Ibrahim telah membuka ruang yang amat luas kepada Anwar Ibrahim merancang dan menyusun strategi yang amat berbahaya kepada Bn. Lebih lama ruang diberikan kepada Anwar, lebih parah BN akan menghadapinya.

Isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam, terpaksa Najib hadapi menyelesaikannya dengan segera, kerana isu-isu ini akan menjadi barah yang menghancurkan Bn jika ditunggu lama lagi. Apatah lagi apabila kakitangan awam tidak setuju dengan skim gaji baru yang membuatkan Najib Razak terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan kerajaan.

Pengumuman pembentukan jawatankuasa khas yang akan membuat semakan gaji sehingga 16 April, adalah hanya akan menjadi alasan Najib kononnya prihatin dengan kakitangan awam. Bila tiba masa pengumuman pembubaran parlimen, semua perkara ini dilupakan dengan mengalih isu-isu yang lain di dalam media arus perdana.

‘Kuasa Ketiga’ yang sedang berkembang sekarang ini menyukarkan Najib mempertahankan “fixed deposit” di Sabah dan Sarawak yang menyaksikan banyak parti politik baru dan NGO ditubuhkan di sana, dan malang bagi Najib, kebanyakan ‘“Third Force’ tersebut lebih condong ke arah Pakatan Rakyat. Lebih lama Najib menangguhkan pilihanraya, lebih bersedia ‘Kuasa Ketiga’ ini bergerak menyusun strategi mengalahkan Bn.

Parlimen akan bersidang pada Mac dan akan meminda beberapa transformasi pilihan raya. Ini juga perlu dielakkan oleh Najib untuk membincang dan meluluskan transformasi tersebut, kerana hanya satu cara sahaja Bn boleh memenangi PRU13, iaitu hanya DENGAN PENIPUAN DI DALAM PILIHANRAYA.

Petugas dan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat jangan LALAI. Mulai sekarang pastikan semua jentera sudah digerakkan dan bersedia 100%. Pastikan semua jentera bersedia menghadapi PRU13 pada 11 Mac 2012 ini.

Thursday, February 2, 2012


Jamil Khir Cari Jalan Keluar.

.
Tindakan Jika Hidupkan Al-Arqam.

PUTRAJAYA (Bernama) - Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menghidupkan kembali gerakan Al-Arqam yang diharamkan pada 1994 atau menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata semua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia akan terus memantau gerakan berkenaan termasuk aktiviti Kelab Taat Suami (KTS) yang baru-baru ini diserbu pihak berkuasa semasa sedang menganjurkan satu program.



Program KTS itu dikatakan bermatlamat menangani gejala seks dalam masyarakat dengan mengaitkan nama Rasulullah secara langsung dengan isu seks.

Jamil Khir berkata cubaan untuk menggerakkan kembali ajaran yang bertentangan Islam akan sentiasa didedahkan kepada masyarakat supaya mereka lebih berwaspada, sekaligus memberi isyarat kepada pihak terlibat bahawa gerakan mereka sedang diperhatikan.



"Apabila dia tidak buat lagi kita tidak boleh tuduh. Cuma kita nampak trend pernubuhan KTS itu seolah-olah dia nak kembali kepada trend wujudkan al-Arqam," katanya kepada pemberita di sini Khamis. -BERNAMA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Gerai3Abdul~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Cerita2 mcm nih semuanya cerita nak lari isu besar..
Kita rakyat sejak dulu selalu sgt di mainkan benda mcm nih.. Bila timbul isu besar yg tak dpt lagi nak di elak umno.. Maka isu agama yg memancing kita bersatu akan timbul..

Satu perkara yg jelas kat sini ialah..
Pihak kerajaan yg kononnya berkuasa..
Cuma keluar kenyataan media..
Sekali pun kita dengar ada tangkapan dibuat..
Jarang2 kita dengar tindakkan susulan di ambil..


Isu kristianisasi beberapa bulan lepas adalah contoh yg baik.. Kecoh berapi rapi, melalak perkosa & pejuang me-Layu bangang.. Last2 senyap... Himpunan Sejuta Ulat pun last bila Pas tak terikut... senyap.. Rancangan bangang umno mcm nih dah tak termakan lagi akhir2 nih... Masa depan Jamil Khir pun makin hari makin malap nampaknya...

Banyak rancangan umno berdepan jalan buntu...
Agak2nya bila najib nak bubar parlimen?



Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.

-kandis-